Friday, December 24, 2010

TAHUN BAHARU DAN 9 BULAN YANG AKAN DATANG....


Pejam celik..pejam celik, sekejap saja kalendar sudah bertukar kedudukan. Cepatnya masa berlalu pergi meninggalkan kita. Nampaknya umur pun sudah bertambah satu lagi angka. Tapi apa ada hal....age just a number! So, jangan takut pada peningkatan usia ok! Bagi Mia, peningkatan usia itu menandakan kita yang semakin matang. Tak gitu.

Tetapi ada juga umur dah banyak, tahap matang masih berkurangan. Bukan disebabkan perangai yang kebudak-budakan atau childish. Tetapi apabila tidak matang dalam bertindak atau membuat keputusan. Mia ingin kaitkan senario tidak matang dalam bertindak dengan sambutan tahun baharu.

Pastinya ramai yang ingin celebrate kedatangan tahun baharu bukan. Tetapi jika tersilap celebrate, padah dibuatnya. Terutamanya bagi golongan kekasih. Ada yang celebrate dengan melakukan hubungan yang terlarang. Yelah dah syok tengok percikan api di Dataran Merdeka atau di mana-mana jua, bersama berdua-duaan sehingga lewat malam, makin sejuk...dan pastinya ada pihak ketiga yang menemani, sapa lagi kalau bukan syaitan yang dok menghasut melakukan perkara-perkara yang terlarang. Perkara sebegini sebenarnya bukan sahaja berlaku pada malam tahun baharu, merdeka atau pun Valentine’s Day. Malam-malam tanpa sebarang keraian pun ia tetap boleh berlaku. Pokok pangkalnya hati dan kekuatan Iman masing-masing.

Seperti yang Mia katakan tadi, bila dah berdua berada di satu kawasan yang strategi, pastinya syaitan menemani. Maka, kebarangkalian untuk melakukan perkara yang mungkar ini, peratusannya sangat besar. Bila sudah ‘terjadi’, buat pertama kali, bukan hendak menyesal. Sebaliknya gian pula mengulanginya. Tidak pernah terfikir akan impak di masa yang agak datang. Nauzubillah.

Bila si perempuan sudah memboyot, barulah gelabah. Paling hilang akal, bila ramai yang sanggup bergelar pembunuh dengan mencampakkan janin atau mayat bayi hasil hubungan luar nikah itu di merata tempat. Dalam tong sampah, semak belukar mahu pun longkang! Sifat yang mengalahkan binatang ini sangat kejam bila sanggup menghabiskan nyawa si kecil yang tidak berdosa itu tanpa perasaan bersalah atau dibaluti rasa berdosa.

Mia teringat keluhan seorang teman yang aktif dalam pertubuhan sosial bersama NGO. Dia sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah akhlak yang melibatkan remaja khususnya. Sebelum hari raya tahun lalu, dia hampir mati akal untuk memujuk seorang gadis berusia 16 tahun yang telah berhenti sekolah. Si gadis itu mengandung 6 bulan dan menunggu si kekasih untuk membawanya melakukan pengguguran haram. Namun si kekasih tidak kunjung tiba, lantas si gadis (eh bukan gadis lagi kalau dah hilang dara kan?) bertemu dengan teman Mia mengadu masalah. Dia mengugut mahu membuang bayi tersebut sebaik sahaja dilahirkan. Puaslah teman Mia memujuk, akhirnya gadis tersebut bersetuju untuk tinggal sementara di rumah perlindungan dan pemulihan akhlak sehingga melahirkan anak. Dan bayi tersebut akan dijadikan anak angkat bagi mana-mana pasangan yang berminat tetapi harus melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terlebih dahulu.

Menurut teman Mia, gadis tersebut mengandung selepas melakukan hubungan seksual dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya ketika sama-sama menyambut tahun baharu 2010. Kemudian mereka banyak kali mengulangi perkara yang sama sehinggalah mengetahui si gadis mengandung 6 bulan. Kemudian si lelaki menghilangkan diri, pastinya tidak mahu bertanggungjawab. Lalu membuatkan si gadis mengelupur!

Itu baru satu kisah yang berlaku berpunca menyambut tahun baharu dengan aktiviti yang sangat bodohlah! Adohaiii... Mia haraplah agar janganlah sampai ada yang melakukan perbuatan yang sama iaitu dengan memperbodohkan diri sendiri. Memang tak salah menyambut tahun baharu tetapi biarlah secara berhemah, matang dan bijak.




NOTA KAKI : Selamat tahun baharu 2011 pada semua!

Tuesday, November 30, 2010

JANGAN TERBANG TERLALU TINGGI....

Cuaca sekarang nie memang tak menentu. Ada masanya panas berpanjangan. Ada ketikanya, di saat suhu panas menyelubungi, tiba-tiba saja hujan datang menyerbu. Yer....cuaca memang sukar untuk diramalkan secara tepat biar pun menggunakan teknologi secanggih mana pun.

Emmm...mesti ada yang tertanya, mengapa intro Mia kali ni berkaitan dengan cuaca? Ala takde apa pun lah.. Saja nak peka soal cuaca. Memang lah masa suhu tengah panas, ramai yang mengharapkan hujan turun dan bakal menyejukkan suasana. Mia pun begitu tetapi Mia sangat berharap hujan tidaklah turun dengan lebat hingga mengakibatkan bencana alam seperti banjir yang berlaku di utara dan pantai timur Semenanjung. Apa pun..siapalah kita untuk menidakkan takdir dan kebesaran Ilahi....

Ok lupakan sejenak mengenai cuaca yang tak menentu. Mia hendak bercerita mengenai orang yang bercita-cita tinggi. Bagi Mia, memang tak salah kalau kita memasang cita-cita yang tinggi. Ia mampu merangsang diri kita sendiri untuk mencari jalan bagaimana hendak merealisasikan cita-cita itu. Cuma apa yang Mia ingin katakan, janganlah kerana cita-cita yang terlalu tinggi melangit itu, membuatkan ada orang lain yang rasa ditindas.

Ini berdasarkan kisah duka seorang kawan rapat Mia. Dia bekerja di sebuah production house hampir 5 tahun semenjak syarikat itu mula beroperasi. Tugasnya mendapatkan dan menyelia projek-projek komersial dari para pelanggan yang terdiri daripada syarikat korporat. Memang dah banyaklah projek-projek yang kawan Mia berjaya dapatkan. Baru-baru ini, ada seorang ahli lembaga pengarah baru menyertai syarikat itu. Si mamat ni memang tak boleh tengok orang lain lebih dari dirinya, bak kata kawan Mia tu lah. Apa-apa projek, kalau berjaya, dia mahu namanya yang dijulang tinggi biar pun bukan dia yang jalankan projek tersebut. Kalau projek itu bermasalah, amboii macam naga yang mengganas, dia melaharkan api kemarahannya tak tentu pasal.

Projek terkini yang kawan Mia uruskan ini memang dari syarikat korporat berprofil tinggi. Kawan Mia ni lah yang dok lobi syarikat tersebut hampir setahun untuk mendapatkan projek ini. Bila berjaya, kawan Mia dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya. Baru suku tempoh projek ini berjalan, si mamat tadi yang memang terkenal dengan gelaran Conman tu sibuk nak masuk campur. Habis dia bawak masuk kroni-kroninya yang kurang berpengalaman atau dalam bahasa lainnya kurang tahu buat kerja. Lepas tu team kawan Mia pulak yang menjadi kuli batak dorang. Silap sikit saja, ambik! Terus kena tembak bertubi-tubi! Memang tak tahan lah dengan sikap mamat dan kroninya tetapi kawan Mia masih boleh bersabar. Tetapi sampai satu peringkat, bila hasil kerja dan tahap kreativiti disekat tanpa alasan, maka kawan Mia pun hilang sabar dan meluahkan ketidakpuashatinya kepada pihak pengurusan syarikat. Tetapi memang silap besarlah kawan Mia buat camtu. Mana tidaknya, pihak pengurusan sudah tentu menyebelahi conman tu, ala nama pun ahli lembaga pengarah, saham mesti besar dan pengaruh mesti didengari! Akhirnya kawan Mia pulak kena pecat. Habis team dia pun kena sekali!

Dan si conman mengubal semula perjalanan projek tersebut tetapi kurang berjaya dan hasil kerja mereka kurang disenangi oleh pelanggan. Atau dalam bahasa lainnya, projek tersebut yang menelan belanja hampir RM sejuta hampir punah ranah! Paling ‘bestnya’, si conman ni menyalahi kawan Mia. Dia cakap kawan Mia lah punca kepincangan projek ini, habis dijajanya cerita buruk mengenai bekas staffnya itu. Tetapi dalam masa yang sama, dia tidak sedar, sikapnya itu umpama membuka pekung di dada. Apabila semakin ramai klien mula mengenali belang si conman itu.

Mia macam pelik jugalah bagaimana seseorang individu yang baru berusia pertengahan 20an berjaya memegang jawatan ahli lembaga pengarah. Kawan Mia menjawab, “Dah company tu, pakcik dia yang punya. Pakcik dia takde anak...itu pasal dia yang dapat jawatan tu.. Konon sebagai pelapis, tapi sebenarnya pelingkup adalah!”

Mia memang kenal dengan si conman ni, dari sekolah lagi (menurut banyak sumber), dia memang sering bercita-cita tinggi. Tetapi dalam mengejar cita-citanya, dia sering menindas orang lain. Tak kiralah siapa, dan apa yang dilakukan asalkan cita-citanya tercapai. Dahlah dengar cerita, dia memiliki segulung Ijazah Sarjana palsu yang dibeli menerusi online dari sebuah universiti luar negara. Wahhh! Hebat mamat conman ni kan! Kaki auta!

Mia memang pelik dengan spesies sebegini. Pasanglah cita-cita setinggi mana pun, tapi janganlah sampai menindas orang lain. Sebab dari pengamatan Mia, spesies sebegini yang suka ‘terbang’ terlalu tinggi, lambat laun, akan jatuh terhempas di tanah jua. Jadi biarlah berpada-pada. Jangan lupa diri. Kena selalu beringat, berpijaklah di bumi yang nyata.....

Sunday, November 7, 2010

ANGKARA FACEBOOK!


PELAJAR DI PUKUL RAKAN GARA-GARA MENCEROBOH AKAUN FACEBOOK

NENEK BERUSIA 68 TAHUN BERKAHWIN DENGAN JEJAKA 34 TAHUN SELEPAS BERKENALAN DI FACEBOOK

LELAKI AFRIKA PERDAYA WANITA HAMPIR RM400,000 SELEPAS TERPIKAT DENGAN KATA-KATA MANIS DI FACEBOOK
REMAJA MENYAMAN IBU SELEPAS AKAUN FACEBOOK MILIKNYA DISEKAT

SEORANG GADIS SAMAN RAKAN KERANA MEMALUKANNYA DI FACEBOOK

MENGHINA SULTAN JOHOR MENERUSI FACEBOOK
Ya! Itu antara berita-berita yang pernah disiarkan di akhbar tempatan mengenai salah guna laman web sosial, Facebook (FB). Pasti you all pernah membaca antara laporan media itu bukan? Bagi Mia, itu semua perkara biasa bagi teknologi masa kini. Sama ada ia digunakan di jalan yang betul atau pun menyongsang.

Mia antara jutaan pengguna FB (eh! Dengar citer Malaysia merupakan pengguna terbesar FB..betul ke?) sejak beberapa tahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh adik Mia. Kata adik Mia, tak ‘in’ lah kalau takde FB... Sampaikan mak ayah Mia pun ada akaun FB (yang adik Mia kendalikan sendiri). Tapi Mia tak lah addict dengan FB ni, tak seperti ramai kengkawan Mia yang ralit menghadap FB tak kira waktu. Dengan handphone pun sibuk ber’facebooking’. Ada jugak yang ralit dengan pelbagai permainan di FB terutamanya Farmville. Oh! Mia tak suka nak layan games ni sebab kang takut tak buat keja lain, ralit sangat.

Sebenarnya Mia ada beberapa citer yang Mia simpan sendiri tentang FB ni. Citer yang Mia nak kasik tau kat you all.....

1) Mia ada ramai kawan pompuan yang dikenali secara realiti atau menerusi alam virtual (melalui Internet lah...). Ada ramai yang pakai tudung di luar, tapi kat FB memasing, ada plak togel di bahagian kepala.. siap ada yang sengaja tayang badan dengan hanya berbaju sleeveless.. alamak! Errkkk!!! No komen lah! Sendiri buat, sendiri tanggung!
2) Bebaru ni, ada sorang ex classmate Mia berciter, ayahnya jatuh cinta ngan kawan kepada kawan Mia ni! Mereka berkenalan di FB! Kawan Mia ni telah lama kematian ibu sejak usianya di alam gadis sunti. Jadi tak dinafikan ayahnya agak kesunyian tanpa teman. So kawan Mia ni tak kisahlah kalau ayahnya nak kawen lain. Katanya, kesian tengok ayahnya duduk sorang-sorang di rumah sebab semua anaknya bekerja jauh. So, masa balik raya baru-baru ni, ayah kawan Mia kata nak perkenalkan bakal ibu tiri la kononnya... Tup tup... terkejut semua anaknya bila wanita yang bakal menjadi suri dalam hidup ayahnya lebih kurang sebaya dengan mereka. So, kawan Mia ni seakan tak dapat nak terima hakikat dan kenyataan. Masakan tidak, wanita tersebut teman sepermainannya semasa kecik. Dah lah wanita tu muda 2 tahun dari dirinya! Tapi dah tak boleh nak buat apa, sebab ayahnya sibuk sangat nak kawen....jadi kenalah redha kan jugak dalam ketidakpaksaan!
3) Mia nak flash back jap.... awal tahun lalu, ada kengkawan sekolah rendah Mia bergaduh sesama sendiri kat FB Mia. Puncanya salah seorang dari mereka dengan selambanya mengutuk sorang pompuan ni (schoolmate Mia jugaklah..) kat gambar yang Mia upload. Lepas tu, ada pulak yang melayan.. Ada jugak yang jadik batu api sampaikan hal ni kat pompuan tu. Apa lagik..pompuan tu terus mengamuk sakan. Siap call Mia maki-maki (eh Mia upload pic jer.....malas nak campur sebenarnya) dan ugut nak saman kawan Mia tu. So Mia cakap lah kat dia, benda yang pada mulanya hanya guraua semata-mata terus menjadi melampau. So Mia delete la album tu. Malas nak panjang citer... Then pompuan tu tak puas hati. Dia dan konco-konconya kecoh ‘sekampung’ buat fitnah kat Mia dan geng Mia.. laaa...... macam perangai budak-budak! Umur dah lanjut tapi.... isy! Tapi sampai sekarang, takde plak dapat surat lawyer ke, polis call ke....alahaii...main ugut-ugut plak! Ada Mia kisah!
4) Mia cukup ‘prihatin’ dengan komen-komen dari frenlist berhubung dengan status Mia.. Percaya tak kalau Mia katakan, Mia pernah (banyak kali jugaklah) delete dan block fren yang bagi komen entah apa-apa entah. Ada tu sekadar menunjukkan simpati tapi dalam masa yang sama menjaja citer buruk di belakang Mia. Ada tu, tak tahu hal sebenar...tak tahu hujung pangkal, dengan ‘berhemahnya’ bagi komen yang sebenarnya takde kena mengena dengan maksud status Mia.. Jump into conclusion without nothing! Alahaiii.. poyo betul kan.. So Mia malas nak layan spesies sebegini..dari bikin menyemak kat FB Mia, baik disingkirkan terus... Bimbang parasit ini akan membiak tanpa habitat yang betul! Kan!
5) Emmm..belum masuk lagik frenlist (lelaki) yang sibuk cucuk jarum. Bila view profil mereka, tengok-tengok anak dah berderet! Alahaaaiii..... Tak reti nak cover line langsung dorang ni kan... ada hati nak jual ayat, jual saham.... Sorry lah.. Mia tak layan! Wrong numberrrr!

Sebenarnya banyak trilogi mengenai FB ni. Sama ada pengalaman Mia atau kengkawan lain. Malaslah nak citer semua... next time kay.... Bye! –ROGER & OUT-

Nota Kaki : Apa pun million thanks to FB kerana di gelanggang inilah Mia dapat keep in touch dengan ramai kengkawan lama, dapat kengkawan baru dan saling berhubungan dengan sanak saudara....

Tuesday, October 19, 2010

CANTIK KE???


Semalam Mia mengunjungi sebuah shopping mall di Petaling Jaya. Saja nak bawak makcik Mia yang baru datang dari Kedah berjalan-jalan. Penat membeli-belah, Mia duduk seketika. Mata Mia terpandangkan seorang makcik tua yang duduk di kerusi bersebelahan. Di hadapannya ada stroller baby. Kiri kanannya pula ada beberapa shopping bag. Mia ingatkan dia tu orang gaji sesapa ntah. Tiba-tiba ada seorang wanita datang menghampirinya. Eh..muka wanita tu sebijik macam seorang model terkenal. Bila Mia amati lagi, memang betullah wanita tu model yang banyak memperagakan pakaian di pentas fesyen dan berlakon iklan komersial. “Mak, tunggu sini kejap. Saya nak pergi beli kasut...”tutur wanita tersebut pada makcik tua itu sambil meletakkan baby di dalam stroller. Kemudian ada dua lagi kanak-kanak kecil berlari-lari di tepi makcik itu. Laaaa....mak model tu ke. Terkejut jugak Mia. Lepas tu model tu berlalu pergi meninggalkan emaknya menjaga cucu-cucunya bersendirian. Kesian Mia tengok makcik tu, melayan kerenah cucu-cucunya yang nakal dan sorang lagi cucunya yang ada dalam stroller meragam.

Dalam hati Mia, “Amboiiiii.....Dia syok shopping. Tapi anak-anak dia, mak dia yang terkulat-kulat menjaganya....Harapkan muka jer lawa! Tapi buat mak sendiri cam orang gaji!”

Nobody perfect! Itu kenyataan. Pada pengamatan Mia, walau muka cantik atau kacak sekali pun, bab hati tak semestinya indah seperti zahir. Ada juga yang muka biasa-biasa je, tapi batin cukup cantik. Ada orang di sekeliling Mia, muka memang lawa.. persis ratu cantik dunia. Tapi perangai..tu diaaa! Teruk beb.... Dengki, iri hati, cemburu dengan orang lain, busuk hati dan memacam lagi peel yang kalau diceritakan...aduhaiii.... malas. Ada juga orang di sekeliling kita, muka ado-ado jer...tapi perangainya...wah..indah... baik hati, suka membantu, jujur, sopan....... kan!

Manusia ni memang dilahirkan ada keistimewaan dan kekurangan tersendiri. Keistimewaan yang dimiliki harus dipergunakan sebaik mungkin. Namun kekurangan yang lompong sana sini tu, kalau boleh diperbaiki bagi lebih elok, kan afdal. Kalau tak boleh nak diperbaiki, reti-retilah cover line. Jangan sampai pecah lobang!!

Ada sorang opismate Mia. Namanya Amat. Dia ni driver kepada bos Mia. Muka dia..emm...ramai yang kata macam ‘pecah pintu’.. isssyyy tak baikkan..kutuk kurniaan Tuhan. Tapi bagi Mia, abang Amat ni baik orangnya. Cakap lemah lembut, menghormati orang, baik hati, suka menolong, jujur dan paling penting, dia memang tak tinggal solat. Walau pun orang sering menjadikan dia sebagai mangsa untuk buat itu ini, tapi abang Amat ni ikut jer..jenis tak kisah. Alasannya, “Ala, apa salahnya membantu sesama sendiri. Kitakan manusia. Benda elok pulak tu....” itulah jawapannya bila Mia cakap ngapalah dia ni suka tolong orang buat benda-benda yang ntah apa-apa ntah. Ada yang mintak tolong dia pegi beli jeruk sebab mengidam, abang Amat pergi ikutkan jugak. Tapi kalau benda-benda yang best macam makan-makan besar atau berkaraoke, tak pulak diajak abang Amat. Dorang bagi alasan, level abang Amat sebagai driver tak setanding dorang-dorang ni yang keja bertaraf eksekutif.

Ni ada lagi satu story, masa Mia menginap di sebuah asrama di utara tanah air masa menuntut di IPT dulu. Namanya Julie (opsss...bukan nama sebenar tau!), dia ni memang cantik....menawan. Anak orang kaya you alllllll... tetapi mempunyai habit yang pelik iaitu suka mencurik barang orang lain. Walhal dia mampu belinya sendiri. Tetapi habit yang satu ni memang dia tak boleh nak tinggalkan sampai terpaksa menjalani terapi! Hanya 2 semester saja dia kat asrama, lepas tu pihak kolej mintak keluarganya ambik dia balik. Sebab boleh dikatakan saban minggu ada jer laporan kecurian yang melibatkan Julie. Yang bestnya..Julie mengaku tau! Macam-macam bendalah yang di’kidnap’nya antaranya pakaian, aksesori, handphone dan macam-macam lagi. Akhirnya dia terpaksa berhenti belajar di IPT berkenaan dan memasuki kolej swasta. Sekarang Mia tak tahu apa jadik kat dia.

Jadi, moral of the story...bersyukurlah dengan kurniaan Yang Maha Esa, jangan terlalu taksub dengan kelebihan yang you all ada dan mempergunakannya di jalan yang salah. Sebab bila kita terlalu bangga dengan apa yang ada, akan timbul riak lah pulak. Itu kan sikap yang tak bagus! Betul tak?


Saturday, October 16, 2010

Emmm...pikir..pikir...pikir!

Alaaaaa..Keta Mia buat hal lagik..... kali ni brake shaft plak problem.. Last month, timing belt hampir putus! sadis betull...dah banyak Mia invest kat keta ni... Papa dah bising, katanya Mia memang tak reti jaga keta!! Alaaaa Papa ni.....





So Papa sarankan Mia tukar keta jer... Tapi dia cakap, "Sila pakai duit sendiri! Dah keja!" Apa lah papa ni... bagik cadangan, kalau dia kasik duit down payment, ok jugakkkkk... isyyy....





So skang ni Mia tengah pikir..... Nak tukar ketaaaaaa... atauuuu....terus invest ngan keta semput ni....





Issyy..Mia terbayang2.....

Amacam??????

Tuesday, October 5, 2010

Bila hidup ala Hollywood!

Baru-baru ni Mia berkesempatan bercuti di salah sebuah pusat peranginan di Cherating, Pahang, bersama keluarga sempena cuti raya. Kami pergi secara berkonvoi sebanyak 5 buah kereta. Kebetulan sepupu Mia bertunang pada hari raya ke tiga kat Kuantan. Dah terlanjur ke sana, kami terus ke Cherating dan menginap di sana selama 3 hari dua malam. Seronok betul, ala-ala family gathering. Macam-macam aktiviti yang dilakukan termasuklah BBQ di tepi pantai pada waktu malam. Pada malam terakhir di Cherating, keseronokan kami di sana dicemari dengan parti liar di pantai tersebut. Tengah berseronok ber-BBQ sambil bergurau senda, tiba-tiba kitorang terkejut dengan jerit pekik dan muzik yang kuat dipasang. Rupanya ada sekumpulan remaja yang tengah berparti di pantai yang sama. Yang tak bestnya, dorang tu berparti liar! Yang perempuan siap berpakaian seksi....two piece bikiny! Yang lelaki pula tak berbaju (tapi nasib baik masih berseluar), dan parti tersebut bukan saja dihiasi dengan muzik yang membingitkan, tetapi bersepah botol-botol arak. Dah la siap menari-nari, bercumbu-cumbuan dan memacamlah pemandangan yang menyakitkan mata!

Melihat aksi-aksi sebegitu,beberapa cousin Mia menghampiri kumpulan remaja liar itu. dengan harapan mahu memberikan nasihat kepada mereka agak tidak bertindak liar. Dahlah usia masih remaja, Melayu pulak tu! Memalukan sungguh! Tapi nasihat cousin Mia langsung tidak diambil peduli malah teruk pula dimaki hamun cousin Mia tu. Malah ada pulak yang bertindak kurang ajar dengan mencarut-carut dan mengugut nak membelasah cousin Mia.

Melihat keadaan yang semakin panas tu, seorang pakcik Mia yang bekerja sebagai pegawai tinggi polis menghampiri kumpulan terbabit. Sebelum tu pakcik Mia dah siap telefon balai polis berhampiran. Bila pakcik Mia tunjukkan kad kuasa, barulah nampak kecut kumpulan remaja terbabit. Terus dorang blah sorang demi sorang sebelum sempat polis sampai.

Makcik-makcik Mia yang turut serta membebel-bebel dengan kejadian tersebut. Kata dorang, inilah bahananya kalau mak bapak tak reti jaga anak. Membiarkan anak-anak terbabit dengan kegiatan tak bermoral, aktiviti liar dan setaraf dengannya. Bila dah terhantuk, baru nak tersedar kot. Itu pun nasib kalau belum terlambat nak tersedar dan sempat nak insaf.

Itu baru parti liar kat tepi pantai yang makcik-makcik, pakcik-pakcik dan mak ayah Mia lihat di depan mata. Banyak lagi benda-benda yang tak bermoral ini berlaku di luar sana. Nasib baiklah Mia, adik-beradik dan cousin-cousin Mia takde yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral ni. Kitorang pun hidup dalam kemodenan tapi nasib baik masing-masing tahu jaga diri dan tidak tergugat dek pengaruh buruk. Masih berpijak di bumi yang nyatalah.

Ada jugak cousin Mia yang menetap di oversea. Tapi mereka masih mengikut adat resam dan budaya orang Melayu. Masih tahu dan sedar hukum-hakam. Tapi ada juga orang yang Mia kenal, belajar kat oversea beberapa tahun jer, bila balik Malaysia, cakap Melayu pun tak reti! Ada yang nak berslanga bagai! Alahai.....

Ada sorang kenalan Mia, dia dilahirkan di London dan dibesarkan di Singapura. Tapi memilih Malaysia untuk menuntut ilmu. Sebuah universiti swasta tempatan jadi pilihan dia. Baru jer 5 bulan di Malaysia, tapi dia sudah mampu menguasai bahasa Melayu dengan agak baik. Malah dia cukup suka berbaju kurung cotton walau pun dalam cuaca panas terik. Dia juga suka makan nasi lemak, teh tarik, roti canai dan sambal belacan. Sekarang ni dia tengah belajar-belajar makan ulam-ulaman dan petai! Masa raya lepas, dia sempat datang ke open house Mia dan cukup suka makan ketupat bersama rendang! Dia cakap, untung betul orang Malaysia sebab kaya dengan adat resam dan budaya pelbagai kaum. Tapi katanya lagi, sayang...ramai rakyat kita yang seakan terlupa budaya sendiri. Malunyaaaa......dalam hati Mia!

Saturday, September 25, 2010

Hutang berjela...enjoy tetap tak ingat dunia!

Baru-baru ni ada seorang kenalan Mia mengeluh, kad kreditnya sudah over limit. Semuanya kerana kemaruk bershopping tak kira waktu. Bukan sekeping kad kredit yang tersusun di dompetnya. Tapi 3 sekali, berbeza bank pulak tu. Mia pelik jugak macamana dia boleh miliki sejumlah 3 keping kad kredit sedangkan gajinya tak sampai RM3 ribu pun dengan jawatan sebagai eksekutif pentadbiran saja. Tapi katanya, bank yang offer kad kredit ni memang ‘pemurah’, sudahlah boleh meluluskan permohonan tak sampai 24 jam!

Disebabkan dia kemaruk bershopping sana sini, sekarang ni dia menanggung beban melebihi RM20 ribu! Peh! Tercengang Mia dibuatnya. Mia sendiri mengaku memiliki sekeping kad kredit dengan jumlah limit hanya RM6 ribu, tapi serasanya Mia, tak sampai RM500 saja yang Mia pakai, itu pun setiap bulan Mia akan membayarnya sebab menggunakannya hanya untuk mengisi minyak kereta. Mia akui memiliki kad kredit untuk masa-masa kecemasan saja seperti kalau kereta rosak atau terpaksa mendapatkan rawatan di hospital pada ketika wang tunai tiada ditangan. Kalau bab-bab shopping ni, Mia lebih prefer pakai CASH sebab senang Mia nak uruskan keluar-masuk aliran duit Mia.

Tapi kawan Mia ni berbeza, dia mengaku memang ralit berbelanja. Kalau sebulan dia menggunakan RM1 ribu dari kad kreditnya, dia cuma membayar tak lebih dari RM200 sebulan. Lama-kelamaan hutangnya semakin bertambah. Bukan saja terpaksa menanggung ‘interest’ tapi jugak ‘late charges’! Sekarang ni dia siap dapat surat dari mahkamah untuk membicarakan kes yang memungkinkan akan melabelkan dia sebagai muflis. Mia nasihatkan dia agar merujuk kes ini ke AKPK iaitu agensi yang bersedia membantu dari segi nasihat untuk pengurusan hutang.

Ini antara satu cerita hutang yang memberikan tauladan kepada diri Mia sendiri. Mia mengaku jugalah seorang shopaholic, tetapi Mia berbelanja mengikut tahap kemampuan Mia. Nak pergi bercuti pun ikut kemampuan. Apatah lagi kalau nak membeli sesuatu yang mahal. Mia akan timbang tara pro dan kontra. Apa kepentingan dan kegunaan barangan tersebut. Mia tak nak mengikut pepatah, “Biar papa, asal bergaya!” Walawwweiiii it’s not me okay!

Ada satu lagi citer mengenai kawan seopis Mia. Beberapa bulan yang lepas, dia datang berjumpa dengan Mia, katanya hendak meminjam RM150, ada urusan keluarga katanya. Dan dia berjanji akan membayarnya pada minggu berikut. Kalau ikutkan ketika itu memang hujung bulan, dan Mia memang tidak punya wang tunai yang banyak. Tapi kenangkan dia merayu dan berjanji akan memulangkannya kembali dalam tempoh 2-3 hari, Mia pejamkan mata jugalah memberi padanya. Tunggu punya tunggu, ni dah masuk 5 bulan dia berhutang dengan Mia. Tapi Mia diamkan saja, ala RM150 jer kan.... Eh! Taklah sampai nak ‘burn’kan hutang tu, tapi sendiri mau ingatlah!

Suatu hari tu, Mia saja bersembang dengan seorang kakak kat opis Mia, cerita bab hutang ni, rupanya kawan yang berhutang tu pun pernah meminjam duit kakak ni... RM600 beb... dah tu hampir 2 tahun yang lalu tapi sampai la ni tak bayar-bayar! Dari anak si Zue (yang berhutang) masih dalam pantang, sampailah dah boleh berjalan. Dan yang paling menyakitkan hati kakak tu, baru-baru ni dia mendapati si Zue dan keluarganya siap boleh pergi bercuti ke Jakarta-Bandung lagi. Lepas tu baru-baru ni Zue siap tukar handphone lagi tu. Mana la kakak tu tak bengang, lagi pun Zue siap lari-lari tak nak jumpa orang-orang yang dia pernah berhutang termasuk Mia. Dan Mia jugak dapat tahu, rupanya Zue berhutang dengan ramai opismate lain dengan jumlah yang agak besar. Wah..wah...wah.... berhutang sana sini, tapi boleh pergi bercuti, tukar handphone baru... dan bebaru ni Mia nampak Zue mengunjungi satu kedai barang kemas!
Itu cerita pasal Zue. Ni ada satu lagi citer bab hutang. You all percaya tak bab hutang ni boleh menjejaskan ikatan persahabatan? Beb, keluarga pun boleh pecah belah disebabkan duit tau. Ada kawan Mia bercerita, tahun lepas dia ada pinjamkan RM1 ribu pada kawan baiknya. Masa bulan 3 yang lalu, dia mintak baliklah duit tu sebab dia nak menjalani pembedahan, jadi perlukan duit untuk deposit kat hospital. Memacam alasan yang diberikan oleh kawannya itu. akhirnya kawan Mia terpaksa berjumpa dengan family ‘orang’ itu. dan paling memeranjatkan family dia kayooooo wooooo.....rumah agam di Titiwangsa besar gila. Siap ada ferrari. Dengar cerita ada jet peribadi lagi. Tapi mengapa ‘orang’ itu meminjam duit? Entahlah...tak nak menyusahkan keluarga kot. Tapi menyusahkan kawan boleh pulak!

Untuk yang kaki hutang tu, Mia nasihatkan agar cermin-cerminkan lah diri you all. Jangan gali lubang kubur sendiri...kes naya betul. Berpijaklah di bumi yang nyata!

Nota Kaki : Hutang Mia yang paling besar...Cuma hutang kereta dengan bank jer sebab tak mampu tak beli cash!

Sunday, September 5, 2010

SAMPAI BILA MINDA DIJAJAH BUDAYA ASING?

Mungkin korang akan cakap, Mia ni terlewat untuk bercerita mengenai merdeka. Tetapi bagi Mia, masih belum terlewat rasanya. Lagi pun baru saja seminggu tanggal 31 Ogos itu berlalu. Walau pun merdeka tahun ini kurang terasa kemeriahannya kerana masing-masing teruja hendak membuat persiapan raya, tetapi sebagai anak Malaysia, Mia tetap meraikannya. Pasang bendera comel di kereta (yang comel juga) dan kibarkan bendera di perkarangan rumah, itu dua perkara yang Mia lakukan pada tanggal tersebut. Pada waktu malam merdeka, Mia sempatlah pusing-pusing di sekitar KL, bukan nak merayap tak tentu pasal tau. Lagi pun Mia bersama keluarga. Lepas solat terawih di masjil AL Syakirin, KLCC, papa Mia ajak ronda-ronda KL. Nak tengok lampu-lampu yang berwarna-warni di sepanjang jalan.

Salah satu lokasi yang kami lalui pastinya Dataran Merdeka. Time tu menunjukkan angka 11 malam. Kawasan tu agak meriah jugaklah walau pun takde sambutan kemerdekaan seperti yang selalu dilakukan. Yelah...nak menghormati bulan Ramadhan yang mulia katakan. Tapi yang menyakitkan pandangan mata Mia dan keluarga ialah melihat ramai golongan muda berpeleseran, tentunya mat rempit yang merajai kawasan itu. ada yang duduk di atas motor secara berpasangan, silap berpelukan pulak tu. Ada yang duduk di tangga berhampiran bendera tertinggi. Jugak berpasangan. Amboooii tak malunya dorang, siap beraksi mesra. Berkepit, berpeluk....masyaallah! Tak malu satu hal. Dorang ni tak reti hormat bulan Ramadhan ke? Mama Mia dah mengomel bila melihat aksi-aksi tersebut. Papa pula sekadar geleng kepala. Sempat jugak dia berkata, mujur jugalah anak-anaknya tidak begitu.

Sebagai seorang remaja, Mia malu jugak dengan telatah golongan segenerasi dengan Mia ni. Nampak sangat minda mereka masih terkongkong. Ada juga yang mindanya dikuasai nafsu. Bila papa Mia memandu ke Bukit Bintang, ternampak pula sekumpulan anak muda yang berpakaian ala punk sedang melepak di depan Maybank Sg Wang Plaza tu. Siap ada botol-botol arak disisi. Paling mengejutkan mereka itu berbangsa Melayu...dah tentu beragama Islam! Memalukan sungguh. Orang yang lalu lalang disitu tidak diendahkan. Mereka seakan tenggelam dengan dunia fantasi sendiri. Apa nak jadik dorang ni!

Mia tertanya sendiri, sejauh manakah kita ini merdeka? Ye...negara sudah lama aman merdeka, terlepas dari taklukan penjajah. Tetapi bangsa kita...masyarakat kita... sudah merdekakah kita semua? Ada yang kata, sudah merdeka berdasarkan kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan di serata tempat. Ya, memang merdeka jika itu perkara yang dikaitkan. Tetapi minda kita? Merdekakah?

Baru-baru ini, Mia berbuka puasa dengan beberapa orang kawan Mia. Salah seorangnya memang ‘New York version’ habis! Barangan buatan Malaysia, dia tak pandang. Semua yang dia miliki import-import belaka. “I kalau shopping, paling busuk pun kat KLCC dan Pavilion saja. I lebih prefer shopping kat Singapore. Tapi selalu jugaklah I shopping kat oversea macam London dan NY. Takut jugak nak beli barang kat sini even bertulis jenama mewah. Entah gred yang paling low class kot!” Aduiii... berdesing telinga mendengarnya. Tahulah dia anak kepada jutawan yang memiliki jet peribadi sendiri. Belajar pun di Ausie, setiap minggu dia boleh balik KL kalau dia hendak! Kawan-kawan Mia yang lain terlopong mendengar. Masa tu kami berbuka di sebuah restoran eksklusif di Pavilion. Jangan haraplah nak berbuka di gerai atau restoran biasa, mesti dia tak nak. Isyy...Mia sempat bisik kat sorang kawan Mia, menyesalnya ajak dia jumpa. Paling memualkan bila dia bertanya kereta apa yang kitorang bawak. Mia cakaplah setakat Myvi saja. Kawan-kawan Mia yang turut serta pun ada yang bawak Proton Persona, Waja dan Gen2. Ada jugaklah sorang dua yang bawak kereta import. Bila dia mendengar jawapan kitorang yang bawak kereta buatan Malaysia ni, dia terus mencebik. Katanya, “Eh, kalau kat luar negara, kereta-kereta local ni jadik teksi jer tau!” Aduuuhhhhh....sekali lagi ‘bernanah’ telinga mendengar. Mia malas nak layan lagik, terus Mia ajak kawan Mia balik. Boleh muntah darah kalau terus mendengar dia mengutuk barangan buatan Malaysia ni. Dah lah asyik merungut Malaysia ni panas. Nak jer Mia sound direct, suruh dia pegi duduk kat kutub utara sana. Entah-entah kat sana kena halau dengan beruang kutub! Loya tauuuuu!!


Nota Kaki : Mia bangga jadik anak Malaysia!

Wednesday, August 11, 2010

Selamat berpuasa..

Assalamualaikum untuk semua...

Dikesempatan ini, Mia nak ucapkan selamat berpuasa buat semua. Semoga kedatangan ramadhan ini mendatangkan lebih keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Maaf Mia sekarang ni mengalami kekangan masa untuk aktif di blog... Sibuk sangatlah... Mia pun dah mula start kelas.. ops.. Mia sambung belajar tau... So kelas Mia kebanyakannya malam... perit jugak bekerja di siang hari... malam pulak ada kelas.. tapi demi masa depan, Mia gagahkan diri jugaklah...

Ok untuk semua...nanti Mia sambung berceloteh yer...jaga diri elok2 tau... tatatatatatattata!

Friday, August 6, 2010

Tentang seseorang….




Tadi on the way balik dari Shah Alam menuju ke Kota Damansara, tayar kereta Mia pancit. Uwaaaa!!! Masa tu dalam pukul 3pm. Dah la panas gila. Paling haru.. Mia tak reti tukar tayar kereta lahhh! Mula la call orang sana sini nak mintak tolong. Malangnya masing-masing sibuk dengan kerja. Aduhaii.. tengah mengeluh sendirian, ada sebijik keta berhenti.. BMW 3 Series you all!!! Cuak jugak, takut orang jahat ke.. Yelahh..orang jahat sekarang ni pun banyak yang menggunakan kereta mewah untuk menipu. Betul tak? Kena bersangka buruk dahulu… isy..isy..isy..

Yang muncul driver (owner kot?) kereta tu. Alamak! Hensemnyaaaa.. isyy..mula tak jadik nak bersangka buruk! Tarik balik pesepsi negatif tadik! Hehehe…

Mamat tu perkenalkan dirinya sebagai Zain. Rupanya dia kawan kepada cousin Mia. Dia pernah jumpa Mia katanya masa hari raya kat rumah cousin Mia. Alamak! Mia tak perasan pulak! Ruginyaaaa….Lepas dia tolong tukarkan tayar kereta, Mia ingat nak belanja dia minum lah.. Kan cuaca panas, kesian tengok dia berpeluh-peluh. Tapi dia mintak maaf katanya ada meeting dekat TV3.. Alamakkk! Malunya Mia… Tapi dia janji hendak call Mia. So bolehlah Mia kotakan janji Mia… hehehe…

Isyy.. gediknya Miaaaaa. Don’t do that girl! Shame on you!! Mia marah diri sendiri ni.. Malu..malu… mintak-mintak Zain call… tak boleh tido lah Mia malam ni!!!!

Sunday, August 1, 2010

SOALAN ORTODOKS? SORRY, TAK LAYAN!

Tadi Mia pergi majlis persandingan Zureen. Akhirnya kahwin jugak kawan Mia yang sorang ni. Yelah sudah sedekad menunggu lamaran jejaka pilihan hati. Pelbagai onak dan ranjau telah dilalui. Akhirnya ikatan pernikahan termeteri jugak. Mia tumpang gembira.

Bukan main meriah lagi majlisnya. Mia datang dengan mama dan papa. Yelah keluarga Zureen pun kenal dengan keluarga Mia. Kat sana, ramailah jumpa kengkawan lama. Dan sepeti biasalah, Mia dihujani soalan bila nak kawen! Mia Cuma tersengih sambil menjawab, “Insyaallah, kalau Allah sudah mengizinkan...”. Itu sajalah yang Mia dapat jawab. Lepas tu ada pulak yang tak puas hati dengan Mia, bagi spekulasi bertubi-tubi. Macam Mia ni terlalu memilihlah, sibuk sangat dengan kerjalah, dan ada yang paling hampehs kata Mia ni tak suka lelaki ke? Gosh!!! Gila ke apa.... nasib baik soalan itu bukan ditanya dihadapan mama dan papa. Mia dengan selamba (tapi panas hati) menjawab, “Kalau I tak suka lelaki, ada kena mengena dengan u all ke?”. Elisa, kawan baik Mia sempat membisik, “Isy, dorang ni tak sayang mulut ke?”. Yang best nya, Eddy, salah seorang kawan rapat Mia yang tolong menjawab, “Kalau aku ditanya macam tu, aku bagik jawapan pelempang sorang-sorang!” Mia senyum je. Bagi Mia, malas nak layan spekulasi-spekulasi sedemikian rupa. Lantak dorang lah!

Lepas itu, sorang lagi kawan rapat Mia, Sarah yang baru saja 6 bulan melangsungkan perkahwinan jugak diasak pertanyaan, “Bila nak dapat anak?’, “Dah 6 bulan kawen, takkan tak lekat lagik kot?”, “Kau pegilah check kat hospital, pasal apa tak mengandung lagi”. What the......!Merah padam muka Sarah dan suaminya, Zul, bila mendengar soalan-soalan ortodoks ini. Kesian Mia dengan dia orang. Sakit hati punya pasal, Mia tolong menjawab bagi pihak Sarah-Zul (biar pun dah macam-macam dorang jawab). “Yang u all sibuk sangat sampai camni, kenapa? Ni kan takdir Tuhan, bukan u all yang tentukan. Hello.... yang dah kawen beranak pinak pun, bukan bererti boleh hidup bahagia selamanya. So jagalah rumahtangga sendiri!” Ambik! Mia memang dah tahap geram!

Sangat geram! Bukannya apa...mengapa soalan-soalan ortodoks dan spekulasi tak masuk dek akal ini sering kali berlegar-legar di kalangan masyarakat kita? Yang belum kawen, pasti akan dapat soalan BILA NAK KAWEN? Yang dah kawen tapi belum dapat anak mesti dapat soalan BILA NAK ADA ANAK? Yang dah kawen dan dah ada anak, ada jugak soalan BILA NAK TAMBAH ANAK? Mengapa takde pulak soalan BILA NAK KAWEN LAGIK? (bagi yang lelaki) dan soalan yang paling orang takkan tanya, BILA NAK MATI?

Nota Kaki : Mati itu takdirkan? Ye. Takdir. Abis kawen, anak itu bukan takdir? Ingat, setiap antara kita ada perjalanan dan ketentuan takdir sendiri.

Thursday, July 29, 2010

Jadilah graduan yang berkualiti!


Isyyy...geramnya Mia. Ni nak citer pasal kes client Mia yang mengamuk sakan semalam. Mana tak mengamuk, sepatutnya event yang dianjurkan berjalan lancar. Tetapi disebabkan sikap yang kurang bertanggungjawab oleh commitee event tu, semuanya carca marba. Nak tahu sapa commitee tu? Budak-budak baru yang sama office dengan Mia lah! Citernya macam ni, Mia ada dapat projek dari client untuk buat majlis pelancaran servis terbaru dorang. Sebenarnya Mia ni just mengendalikan soal pengiklanan saja. Tapi bila dah client mintak tolong Mia untuk buat event, tak sampai hati pulak nak tolak. So Mia pun mintak tolong dari department kat opis yang handle bab-bab event ni. Disebabkan ketua department tu cuti bersalin pulak, big boss Mia minta Mia yang monitor team event ini. So tubuhlah committe yang cuma ada 5 orang saja. 3 daripadanya adalah staff baru, fresh graduate. Memanglah sikit jer committe sebab event pun tak sebesar mana.

Nak dijadikan citer salah seorang dari staff baru berpangkat Junior Executive tu, pehhh...control macho memanjang! Semua benda dia tahu dan pakar katanya. Kalau kita bincang dengan dia, semua bendalah dalam tangannya. Itu nak uruskan, ini boleh kasik sampai settle. Disebabkan percaya, Mia pun serahkan bulat-bulat beberapa task penting. Minggu terakhir sebelum event, banyak rupanya yang tak settle! Sebelum ni bila Mia tanya progress keja, semua ok saja. So taklah Mia risau, sebab Mia pun ada keja lain nak buat.

Sehari sebelum event... banyak rupanya lompang sana sini. Yang 2 lagi staff baru tu kalut memanjang sebab nak kena cover kerja-kerja yang lompang tu. Lagi 2 staff senior pun jadi kelam kabut, dah settle task dorang, kena tolong budak-budak baru ni. Mia jadik cuak jadinya!

Hari event...semua carca marba lah. Client dah bising! Aduhaiii... Sah-sah Mia lah yang kena ‘tembak’! So bila post mortem, si budak baru yang ngaku terror ni, pehhh!! Dia boleh pulak pin point orang lain. Katanya takde kerjasamalah, orang lain tak bertanggungjawablah! Dia sorang jer bertungkus lumus buat semua. Hello!! Excuse me!!! Bos dah pandang Mia semacam! OMG!

Geram punya pasal, Mia luahkan segala yang terpendam. Lepas tu commitee lain pun buat perkara yang sama. Saling meluahkan apa yang tak kena dek perangai mamat yang bodoh sombong tu. Terus terdiam dia! Ingat boleh berlagak macho konon! Tolongggglah!
Mia nak nasihatkan pada semua fresh graduate, di IPT memanglah kita akan diajar TEORI. Ingat TEORI! Tak sama dengan praktikal, dik! Walau dapat high score sekali pun, dalam kerjaya, lain cabarannya. Jadi janganlah bodoh sombong. Tak tahu, tolong bertanya, mintak pandangan. Jangan asal buat, hentam kromo! Mia pun masih dalam proses pembelajaran. Setiap hari, ada saja perkara baru yang kita akan tahu dan belajar. Jangan fikir kita ni pandai dan tahu semua perkara.




Nota kaki : Berpijaklah di bumi yang nyata!

Wednesday, July 21, 2010

Cuti-cuti Malaysiaaa....











Helllooooo!! Alamaknya agak lama Mia tak update blog ni. Dah mula bersawang. ISy..isyy..kena kasik clean and clear ni. Kalau tak, blog ni akan makin bersawang, berkarat dan seterusnyaaaa... reput dimakan dek anai-anai. Oh! Tidakkkk!!!

Bukannya apa, Mia sekarang ni tak berapa ada masa nak menghadap blog. Asyik out station jer.. Ops.. Baru-baru ni Mia outstation ke Kota Kinabalu. Dah lama tak jejak KK..rasanya hampir 10 tahun! Isyy..lamanyaaaaa.... Disebabkan Mia ada arrangekan event utk client kat Karambunai Resort, so dapatlah menjejaki KK semula.. Pada asalnya Mia ke sana hanya 4 hari, tapi sengaja Mia extend lagi 2 hari. Nak bercuti! Nak lepas tension! Nak lepas geram!!!

Tapi Mia tak sempat nak ke daerah Kundasang, atau Kinabalu Park. Apatah lagik nak memanjat mount Kinabalu (eh ada stamina lagik ke nak memanjat? Ops! 10 tahun lalu Mia ke KK utk panjat gunung tu tau!). Sebenarnya Mia teringin sangat hendak berkayak di arus deras di daerah Tenom. Tapi takde kesempatan sbb masa begitu mencemburui Mia. Takpe...this coming October, Mia plan dengan kengkawan hendak ke sana... tak sabar!

So percutian singkat ini, Mia cuma dapat snorkling di Pulau Sapi dan Manukan saja. Kira ok la sebab snorkling dan scuba diving antara hobi Mia. Cuma tak kesempatan untuk selalu berbuat demikian saja.

Menyelam di Sapi dan Manukan memang menyeronokkan. Pelbagai spesis ikan ada. Takjub dengan ciptaan Yang Maha Esa. Sangat menenangkan! Walau pun di Manukan, Mia menjadi mangsa sengetan Jelly Fish (nasib baik tak begitu serius!), tapi Mia puas hati dapat snorkling. Biar pun kulit Mia yang kuning langsat ni jadi rentung dek sunburn! Ala sesekali....

Apa pun, Mia memang enjoy!








Thursday, July 8, 2010

HEY! AKU PUN BAYAR ROADTAX TAU!

Memang Mia nak lepas geram pagi-pagi ni. Sakitnya hatiiiiiii!!! Zureen dan Elisa banyak kali suruh Mia istighfar banyak-banyak. Bukannya apa...tadi masa on the ke ofis, Mia kena road bully! Jahat betul orang itu! Masa tu Mia tengah memandu di Jalan Mahameru, nak masuk ke KL lah. Dalam pukul 8am. Keadaan jalan agak sesak, yelah orang kan sibuk nak pergi kerja. Tiba-tiba ada sebuah kereta Toyota Accord ni ‘cocok’ kereta Mia dari belakang. Hellooo!! Tak nampak ke berduyun-duyun kereta kat depan Mia ni! Sabarlah sikit. Lepas tu dia siap bagi lampu tinggi pulak kat Mia. Mia buat tak tahu je sebab Mia dah tak boleh ke tepi, kereta penuh kat semua lane! Yang Mia hairan, nak kata dia dalam keadaan emergency, mengapa tak pasang double signal! Dalam 200 meter, terus jalan bertambah sesak dan langsung tak bergerak!

Mia pun teruslah tarik hand brake. Sempat jugak menjeling ke arah driver ‘takde sivik’ tu menerusi rear mirror. Nak tahu dia buat apa? Dia tunjukkan isyarat lucah ke arah Mia! Hampeehhss!! Menyirap darah dibuatnya. Mia buat tak tahu saja. Dan paling mencemaskan, mungkin kerana driver tu tak puas hati, dia terus turun kereta dan tendang pintu kereta Mia. Terkejut Mia dibuatnya. Takut pun ada. Walau pun tingkap Mia tutup rapat, tapi Mia masih dapat dengar lelaki gila tu maki hamun Mia. Mia terus capai digital camera dan rakam aksinya. Agaknya cuak melihat tindakan Mia, dia terus masuk kembali dalam keretanya. Mia juga sempat catat nombor plat keretanya. 5 minit kemudian, barulah laluan ok sedikit. Mia terus bergerak, walau pun tak boleh pecut laju.

Dalam masa yang sama, Mia terus hubungi Papa. Ops! Mia pakai handfree tau! Papa terus suruh Mia pergi ke balai polis berdekatan untuk buat report. Dan teruslah Mia tercangak-cangak mencari balai polis terdekat.

Sampai saja di balai polis **** (ops! Rahsiaaaa!), Mia terus buat report. Menggigil jugak kaki ni. Bukan sebab takutkan polis, tapi disebabkan kejadian tadi, Mia rasa trauma. Nasib baik Inspektor Roy (hensem tau you all) tenangkan Mia. Kemudian Papa datang ke balai tu, yelah..mesti dia risau dengan keadaan anak kesayangannya ni kan!

Isyy.. Mia nak nasihatkan semua pemandu di Malaysia ni, jadilah pemandu yang berhemah dan bertimbang rasa. Untuk apa jadik road bully, menyusahkan orang lain, silap hari bulan boleh didakwa tau! Bagi pendapat Mia, pemandu sedemikian lah antara penyebab utama kes kemalangan jalan raya termasuk yang menyebabkan kematian berlaku di negara kita. Ingat kawan-kawan, BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA! PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT. INGATLAH INSAN TERSAYANG.

Sunday, July 4, 2010

Bukan atas dasar kehendak...tetapi...


Ini adalah keperluan. Ya...keperluan untuk urusan kerja. Walau pun orang akan cakap Mia ni ketinggalan, tetapi bila membeli sesuatu yang IN di pasaran, Mia kena ikut keperluan dan kepentingannya jugak. Bukan main beli ikut suka atau semata-mata ramai orang memilikinya. Macam BlackBerry (BB) ni... Sebenarnya dh lama fenomena BB meledak di seluruh dunia. Memang dah ramai yang pakai. Sana sini orang bercerita tentang kehebatan BB. Ada juga yang membandingkan BB dengan iPhone. Dan ramai juga kenalan yang bertanya bila Mia nak pakai BB. Boleh BBM kata mereka. Mia tersenyum saja. Mia masih setia menggunakan Nokia sejak sekian lama. Tapi bila boss Mia sendiri yang mempromosi BB bagai nak rak, katanya penting utk kerja (sebenarnya dia asyik merungut, Mia tak dapat memeriksa email bila di luar opis), akhirnya Mia akur. Mia pejamkan mata juga untuk beli BB Bold 9700 special edition kaler putih ni (sbb ramai sangat pakai yg hitam..so Mia pilih putih lah). So terbang jugak lah RM2000! Adoiii... sebenarnya Mia target nak beli benda lain, tapi terpaksa pendamkan dulu. Sabar yer Mia....kumpul duit dulu okay!

Friday, June 25, 2010

OPS! SUDAH BERTUKAR KE?






Salah satu 'kepantangan' Mia ialah..tengok alat2 make up. Adooii..boleh ralit dibuatnya.. Dah banyak koleksi di rumah, tapi kalau terlihat mana-mana kaunter solekan kat shopping complex, kaki ni sure nak singgah. Kalau tak singgah, memang x sah! Mia ni tak kisah jenama, janji sesuai dengan kulit Mia, yang berbaloi-baloi....

Sedang Mia leka memilih warna-warna untuk eyes shadow di Elianto, Subang Parade, tiba-tiba bahu Mia dicuit oleh seseorang. Wah...cantik orangnya, berambut panjang, berwajah mulus dan putih melepak, dan berpakaian seksi. “Nok, kau dah tak kenal aku ke?,”tegur ‘gadis’ itu apabila menyedari Mia ralit memandangnya tanpa sepatah kata. Erkkk! Suaranya....bagai ku kenalllll saja! “Alamak! Sorry ye... lost track sekejap. Sapa ni?,”tanya Mia kembali. Ops! Adakah Ju... “Laaaa..nok! Sampai hati kau dah tak kenal mak! Ni yang mak kecik hati ni...”tangan si ‘gadis’ itu terus menampar lembut belakang Mia. “Laaaaa.... don’t told me that you’re Junaidi!,”jerit Mia. “Syyy....Perlahan sikit suara kau tu. Pecah ‘lobang’ mak nanti.,” dia menarik telinga Mia pulak.

Terkejut ala cimpazi dibuatnya. Junaidi, classmate Mia masa kat matrik dulu. “Isyy...macam mana boleh transform sebegini rupa?” terus Mia menyoal. Seingat Mia, dulu memang Junaidi, lelaki yang agak feminin. Dia kawan pun dengan rakan-rakan perempuan saja. Tapi taklah sampai drag sebegini rupa!

“Nok, nama baru mak sekarang Julie. Call me J.U.L.I.E! JULIE! Tau...hahahaha. Aku dah agak kau mesti terkejut beruk kan bila nampak aku camni. Yelah..kita pun bukannya terlalu lama tak jumpa. Baru 5 tahun kan. Tapi kan...macam-macam boleh berlaku uoll! Anak sungai lagi kan berubah, ini pulak mak! Hahaha,”Junaidi..ops! Julie menghamburkan gelak tawa geletisnya. Tapi ada juga bunyi-bunyi garau di hujungnya. Apa sajalah uoll!!!Dulu Junaidi...eh silap lagik! Julie (Mia malas nak bersubahat..tapi terpaksa uoll) memang antara sekutu Mia di Matrik. Dia memang peka dengan perkembangan fesyen semasa. Dia jugalah yang mengajar Mia untuk bergaya ke kelas. Kena make up, berkasut high heel, pakai handbag! Teringat skrip yang pernah dituturkan dahulu, “Beb, pompuan kalau tak bergaya, baik tak payah jadik pompuan. Aku ni kalau lah dilahirkan as pompuan, memang gaya aku kalah Paris Hilton tau!.”

Mia tersenyum sendirian. “Eh pompuan! Yang kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni ngape? Kau dah pilih make up ke belum? Meh sini aku tolong pilihkan. Ops! Untuk pengetahuan kau, sekarang ni mak profesional make up artist uoll. Dah ramai celebrity dan anak raja yang dah mak make up kan. Kau ni nasib baik dah berubah. Dulu bukan main selekeh jer, sekarang dah pandai bergaya. Gitulah anak ayam mak! Dengar kata....Hahaha,” sekali lagi Julie menghamburkan ketawa ala mak lampir. Adoiii kawan Mia yang sorang ni......

Nota Kaki : Kalau ramai lelaki dah ‘bertukar’ jadi perempuan... perempuan nak cari calon suami macam mana ya? Entahlah... Nasib badan!

Thursday, June 17, 2010

Apakan daya...


Lepas saja balik dari office tadi, Mia melepak dengan seorang classmate Mia masa di U dulu, namanya Hafiz. Mamat ni nampak jer macho, brutal tapi kaki gossip! Bukan gossip dalam dunia hiburan, tetapi mengenai orang-orang yang kita orang kenali. Dulu dekat U, pensyarah ada affair dengan student pun dia akan tahu dulu. Lepas tu mula jadi ala-ala CNN, spread habis news tu kat semua kengkawan kita orang. Mia selalu cakap kat Hafiz yang dia ni lebih layak jadik wartawan dari Media Planner!

Dan Hafiz tidak ketinggalan membawakan satu gossip terhangat untuk Mia pada petang tadi. Katanya mesti Mia teruja hendak dengar. Alahaiiii Hafiz ni...dia yang teruja nak bercerita, Mia pulak yang dapat nama kan....

Kata Hafiz, seorang classmate kita orang, Yani, sedang dalam proses penceraian. “Yani mintak fasakh sebab laki dia wat hal!” ujar Hafiz. Glup! Memang Mia terkejut gorilla! Mana tidaknya, Yani kan baru saja kahwin dengan Azri dua bulan lepas! Rasanya inai di jari pun belum hilang lagi. Terus Mia bertanyakan hal yang sebenarnya pada Hafiz. Terbayang-bayang di ruang mata betapa meriahnya majlis perkahwinan Yani-Azri di Kota Tinggi, Johor. Maklum jelah Yani anak sulung, dah tu keluarganya boleh tahan mewah jugak.

“Kita semua tahu kan yang Azri ni memang playboy besar sejak sekian lama. Konon bila dah berjumpa dengan Yani, mamat tu dah insaf lah. Aku dari awal memang bangkang habis-habisan bila Yani kata nak couple dengan Azri. Bukan dia tak tahu perangai Azri. Bukan dia tak tahu ada 2-3 orang budak fakulti kita pun pernah jadi mangsa Azri. Tapi aku pun tak tahu macam mana Yani boleh ‘sangkut’ dengan Azri.

Yani tu kan anak orang kaya, bapak dia ada business besar dekat JB-Singapore. Jadi aku rasa itu salah satu sebab Azri saja nak pikat Yani, tup-tup minah tu terpikat dan serius pulak. Sampai aku rasa Azri dah tak boleh nak lepaskan Yani begitu saja sebab Yani lah banker bagi Azri selama dia orang couple. Tapi Yani tak tahu, Azri banyak buat hal kat belakang dia. Bukan aku tak pernah cerita pada Yani. Tapi aku pulak dituduh dengki dan cemburu pulak. Last-last malaslah aku nak masuk campur.

Ni last week aku out station ke JB, terjumpa dengan abah Yani. So aku ajak lah Datuk Ramli tu lunch sekali. Tup-tup terbukaklah story ni. Katanya sekarang ni Yani asyik berkurung saja di rumah. Tak nak keluar, makan pun tak berapa. Dah kurus kering makan hati berulam jantung. Patut lah aku penah call dia, tapi tak dijawab. Datuk Ramli cakap, Azri ada affair dengan bini orang yang bekerja satu pejabat dengannya di KL. Baru sebulan berkahwin, Azri kena tangkap khalwat dengan perempuan tu kat rumah kelamin Azri-Yani sendiri. Time tu Yani pergi out station ke Sarawak. Jadi mana tak hancur lebur hati kawan kita tu.
Datuk Ramli cakap lagi, sebenarnya Yani hanya mengecapi keindahan berumahtangga hanya dua hari saja. Lepas tu, Azri dah mula buat tak tahu dengan dia. Hari-hari balik lewat malam. Hujung minggu pun tak lekat kat rumah, bagi alasan ada kerja. Sebenarnya Azri memang tak ada hati dan perasaan terhadap Yani. So nak buat macam mana kan?” panjang lebar Hafiz bercerita.


Mengucap panjang Mia dibuatnya. Speechless!

Sunday, June 6, 2010

Ooh laaaaa laaaa!











Isy....Mia makin kemaruk. Huwaaaaa..... Camne nak berjimat cermat kalau peel shopaholic Mia ni sukar untuk di kontrol? Daddy Mia dah membebel sebab katanya peel Mia ni agak merbahaya kalau tak dibendung. Terikut-ikut peel mummy katanya lagi.... Part ni memang Mia akui...Mia memang gila shopping! Nasib baik lah sekarang ni Mia dah kerja, so dah ada duit sendiri. Kalau Mia tak keja, sure bangkrap parents Mia kan... Tadi Mia jalan-jalan dengan seorang kawan baru..ops...dating ke? Tak lahhhh.... Saja nak melepak. Yelah hari minggu takde buat apa, bila si dia ajak keluar nak tengok Prince Of Persia, Mia on jer.... Lepas tengok wayang, mulalah nak window shopping...

Eh..ehhhhhh... Tetiba Mia ternampak sesuatu yang menarik. Victoria Secret! Terus kaki Mia gagah melangkah ke kaunter Victoria Secret dengan harapan hendak membeli body mist yang selalu Mia pakai. Tapi pandangan mata Mia tersagat pada beberapa barangan Victoria Secret yang lain. Jam! Bracelet! Perfume! Lantas Mia berkata...OOHHHH LAAA LAAAA!

Si dia nak belikan untuk Mia, mana-mana yang Mia berkenan. Mia senyum saja. Bukan tak suka di offer sebegitu rupa, tapi kita orang kan baru kenal. Mia tak nak macam tu. Mia bukan macam pompuan lain yang sewenang-wenangnya mintak itu ini kat mana-mana lelaki. Dan Mia katakan pada dia, takpelah..kalau Mia hendak, Mia akan beli sendiri. Takutlah nak terhutang budi...kang tergadai body. OPS!

Saturday, June 5, 2010

Jom layan Lagenda Budak Setan!



Aduiii..letihnya, masakan tidak, satu hari suntuk Mia ‘menjelajah’ One Utama. Dari pagi jam 10am, Mia menemani rakan-rakan lelaki yang menyertai Futsal’s tournament anjuran Guardian. Team REMAJA pun ada sekali, tapi bukan dorang joint games la, sekadar menjadi pom-pom girl untuk pasukan REMAJA-Maskulin. Bila dah penat menyaksikan satu game ke satu game, Mia buat keputusan untuk menonton wayang dengan ditemani Team REMAJA sendiri. Filem pilihan kami...Lagenda Budak Setan. Wah! Memang best filem ini, gandingan yang serasi diantara Farid Kamil dan Lisa Surihani. Lakonan dia orang memang best termasuklah Que Haidar, Fazura dan Raja Farah. 4.5 bintang Mia bagi untuk filem ini.

Tetapi dalam keasyikan menghayati filem ini, tumpuan Mia adakalanya terganggu dengan aksi couple yang duduk di hadapan Mia. Amboiiii memadu asmara pulak ke? Isyy...tak kena tempat betul! Dia orang ni tak malu ke buat aksi-aksi yang tak senonoh dalam panggung wayang? Ingat orang di sekeliling tak perasan ke? Makin sebal Mia dan team REMAJA dengan gelagat couple tersebut, kami sepakat mencampak-campakkan popcorn ke arah mereka berdua. Sampailah mereka tersedar dan bertambah malu bila dengan selamba saja salah seorang dari team REMAJA (ops..nama terpaksa dirahsiakan) sound direct pasangan terbabit. Malu punya pasal, couple tu terus keluar panggung. Padan muka! Baru aman nak fokus balik tengok Lagenda Budak Setan!

Terus terang Mia katakan yang Mia memang jarang layan filem2 Melayu ni, bukan nak berlagak, tapi kenyataan. tak banyak filem tempatan yang Mia layan sebab kualitinya byk yang menyedihkan. Tapi utk LBS ni, ok-ok sajalahhhh... Hampir menitiskan air mata jugaklah esp masa Kasyah tahu Ayu dah kawen and masa Emilia (Ayu) meninggal dunia masa melahirkan anak mereka.

Tapi lepas ni, Mia takkan ketinggalan menonton filem MAGIKA, tengok thriller cam gempak!

Thursday, June 3, 2010

Sepetang di dalam koc....


Dah lama plak tak naik pengangkutan awam ni... Tetiba terasa cam nak naik plak... Malas nak drive... So Mia pakat ngan kengkawan pegi ke suatu destinasi naik pengangkutan awam.... walau pun sesak, tapi belasah jelah....


dalam kesesakan bersama ramai org dalam koc (berapa byk dalam daaaa....), tetiba pandangan mata Mia tertacap pada seseorang... Alamakkk! Hensemnyaaaaaaa! isy...isyyy.... So kawan Mia, E'in, saja lah snap pix mamat tu, konon2 untuk tatapan Mia, 2-3 kali snap, alamak payah nak snap tepat pada wajahnya takut dia perasan plak. Ni jelah hasil yg 'terbaik'... isyy..sampai ke hari ni, wajah si dia terbayang2 di ruang mata.. alamakkk....gila bayang sudaahhhhhh!!!



Thursday, May 27, 2010


Isyyy... tak best betullah, Mia ditinggalkan dek kawan-kawan rapat Mia yang sedang bergumbira di Singapura. Esok dia orang plan nak pegi Universal Studio kat Sentosa Islands. Uwaaaa..jealous Mia tak dapat follow. Bukannya apa, Mia dah ada plan dengan keluarga hujung minggu ni nak balik kampung. Lagik pun dah beberapa bulan tak balik kampung, rindu dengan sanak saudara di sana terutamanya pada Mak Tok Mia... Alahaiii Mak Tok ku sayanggg.. keranamu, Mia sanggup ketinggalan pegi Singapura. Takpe...takpeeee.. bulan depan Mia plan nak pegi sana.. Mia memang dah lama teringin nak ke Universal Studio sebaik saja tempat itu dibuka. 10 tahun yang lepas, Mia pernah ke United State bersama keluarga, melawat pelbagai tempat menarik termasuklah Universal Studio Hollywood. Jadi kali ni Mia nak ke Universal Studio Singapura pulak. Emmm..tapi nak ajak siapa ye? Zureen? Alaahh...dia sibuk nak kawen ni. Mesti tak nak punya... Hah! Ajak Ika dan Yanty lah...
Ok Universal Studio...I’ll come to u!!!

Tuesday, May 25, 2010

Ok sajaaaaa...


Hari ni kereta kesayangan Mia buat perangai lah pulak. Entah apa yang berbunyi bergendang sakan kat enjin. Baru saja bulan lepas Mia tukar timing belt dengan servis air cond sekali. Ni nak kena ‘top up saham’ kat workshop lagik! Issyyy.... Mia baru plan nak beli jam tangan ELLE Sport yang Mia tengok kat Sunway Pyramid hari tu... Alamat impian tinggal debu sajalah.

Sedang menantikan kereta Mia siap diperbaiki, Mia layanlah novel sekejap. Tengah leka membaca, ada sorang pakcik yang duduk di sebelah Mia memulakan perbualan. Macam-macam yang ditanyanya, Mia layankan saja. Paling best dia siap belanja Mia aiskrim Mat Kool yang kebetulan lalu di hadapan workshop tu. Katanya untuk membasahkan tekak, yelah cuaca panas kan...
Selain ditanya tentang keluarga dan kerja, pakcik ni jugak mengajukan soalan tentang cinta. Alamak, cuak Mia menjawab. Takut pakcik ni ada niat lain pulak. Memula tu pakcik ni ingatkan Mia dah kawen, sebab terlihat cincin emas putih tersarung di jari manis Mia. Bila Mia katakan yang Mia masih berstatus single, itu yang terus ditanyanya, Mia ni dah ada yang berpunya ke. So Mia jawablah macam hendak tak hendak saja. Sebab Mia ingatkan pakcik ni..gatal kot? Rupanya pakcik ni nak cakap, “Ooo...single lagik ye? Ni hah, anak sulung pakcik sibuk suruh pakcik carikan calon untuk dia. Dia keja sebagai PTD dan bakal dihantar bertugas di Timur Tengah. Umurnya dah masuk 35 tahun tapi sampai sekarang masih solo. Entah apa yang ditunggu tak tahu lah. Bila asyik ditanya, last-last dia suruh pakcik carikkan saja. Kamu mahu?” Selamba saja pertanyaan pakcik ni...bikin Mia tersipu-sipu malu pulak. So Mia jawab, “Alamak pakcik, mama saya mesti tak kasi kalau saya kena pindah jauh-jauh. Maklumlah saya ni anak bongsu dan kesayangan dalam keluarga. Takpelah pakcik...terima kasih saja...” Sebenarnya Mia tak berkenan diperkenalkan dengan cara sebegini. Mia lebih senang berkenalan secara direct. Bukan melalui pihak ketiga. Lagi pun..ala..rilekssss lahh. Mia belum desperate nak kawen laaaaahhh. Mia tak nak jadik cam sesetengah pompuan. Bila umur dah masuk 25 tahun ke atas, mula mengelabah. Desperate sangat nak kawen, sanggup rembat jer asal dapat berlaki. Tapi akhirnya rumahtangga yang dibina berkecai jua. Ada tu loan wat belanja kawen pun belum habis bayar, tapi dah kena turun naik mahkamah syariah! Takutnya Mia....

Walau pun yang berlaku itu takdir yang telah tertulis sejak di Loh Mahfuz, tapi kenalah berhati-hati. Usah main rembat saja. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna kan... Biar lambat, asal selamat!



Sunday, May 16, 2010

Promo Asmaradana (Samarida) EPISODE AKHIR @ Tv3! (4/5/2010)

Asmaradana...lakonan mantap Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam, Puteri Sarah dll..Antara drama bersiri yang Mia suka.....dah abis pun....

Promo Adamaya (Akasia) @ Tv3! (3-6/5/2010)

Adamaya....pun Mia layan...dah abis khamis lepas... Comel kan adik Mia Sara ni..nama sama jer ngan Mia... Sein-Lisa memang sepadan...tp dalam lakonan lah! ahaks.

Lagenda Budak Setan new trailer

Eiiii....tak sabarnya nak tunggu 3 June ni.. Nak tengok Lagenda Budak Setan. Rasanya bukan Mia sorang jer yang layan novel2 karya Ahadiat Akasyah... Mesti u all pun pernah bacakan... Budak Setan antara novel terawal yang Mia baca... Since that, boleh dikatakan Mia dah jadi follower Ahadiat Akasyah. Banyak novel karyanya menjadi koleksi Mia... Antaranya Budak Setan, Bunga Jantan, Budak Rap, Sekeping Kad Valentine, Joy, Budak Momok, dan banyak lagi lah.

Kalau dalam novel, Kasyah berkenalan dengan Ayu masa sekolah menengah.. masa tu Ayu datang untuk kutip derma kat kelas Kasyah... Tapi time tu Kasyah takde plak duit kecik.. Pastu dorang terjumpa dengan Piccardilly, masa tu dorang main roller skate.. Kasyah mula tertarik dengan Ayu dan cuba untuk mendekati gadis itu... Akhirnya Kasyah dapat menarik perhatian ayu walau pun ayu tahu kasyah dan sekutunya (bestfren kasyah namanya Sapi) antara gangster kat sekolah... Tapi nak dijadikan cerita, Ayu bertemu semula dengan Azmi iaitu ex bf dia.. kasyah merajuk dan bawa diri ke california.. Selepas abis belajar, Kasyah bekerja dengan Katrina... Pastu dia berjumpa dengan Azmi yang dah kawen dengan Ayu.. Tapi Ayu dah buat pembedahan plastik sebab accident dan dah tukar namanya... Mia lupa plak nama samaran Ayu... Tapi Kasyah masih kenal Ayu melalui lirik matanya.... Kasyah cuba rebut Ayu semula tetapi...gagal.

Memang layan abis lah Budak Setan ni.. tak jemu Mia baca... Touching... So sweeetttt!!

Tapi untuk versi movie, dah bertukar pulak sket... KAsyah bertemu Ayu dekat kolej... Then dorang fall in love, tetapi Azmi iaitu x BF AYu muncul tiba-tiba.... Ayu-Kasyah break off.. Kasyah bawak diri ke kawasan pendalaman...tp dapatkah dia bertemu semula dengan Ayu? Nantikannnnn saja di pagawam bermula 3 June ini.

Tentang pelakonnya, Mia setuju bila Lisa Surihani pegang watak Ayu..memang sepadan betul.. Cam tu gak dengan Fazura sebagai katrina... Azmi pula oleh Que Haidar...ok jer.. Cuma Mia kurang berkenan dengan Farid Kamil yang bawak wata Kasyah... ntah tatau kenapa...watak tu macam tak berapa suit dengan dia plak... Dah tu dalam filem tu, Kasyah boleh bertindik kat telinga..issyyy..mana sesuaiiii~!!! Pastu watak Sapi pulak dibawa oleh Nubhan..alamakkk! sesuaiii keeeee..isssyy...kalau Shaheizy Sam...best jugak! hehehe.... Mentang2 ler Shaheizy Sam dah jadik hero kegemaran Mia...Kihkihkih.....

Saturday, May 15, 2010

Drama sebabak di kedai mamak

Baru-baru ni Mia melepak bersama kawan-kawan rapat di sebuah kedai mamak yang terletak di Kota Damansara. Sambil-sambil tengok perlawanan bola antara Chelsea menentangLiverpool yang membawa kemenangan kepada pasukan berjersi biru itu. Mia bukanlah peminat bola sepak Liga Inggeris. Sebab Mia lebih berminat untuk menyokong pasukan bola sepak tempatan. Tetapi demi kawan-kawan Mia yang beriya-iya mengajak lepak di kedai mamak yang agak terkenal di kawasan itu, Mia ikutkan saja. Maklumlah bukan selalu dapat berjumpa bila masing-masing sibuk dengan kerja dan sebagainya. Sebenarnya bukanlah nak tengok bola sangat pun, tapi saja nak bersembang, bergosip (walau pun turut disertai kawan-kawan lelaki) dan melepaskan rindu. Chewah!

Ada seorang kawan perempuan Mia, Zureen, yang sibuk bercerita tentang percintaannya. Sebelum ini dia dalam dilema, sama ada mahu menerima kembali bekas kekasihnya atau pun abang duda yang sedang mengejar cintanya. Kalau ikutkan, Zureen memang dah hampir sedekad bercinta dengan boyfriend dia ni, tapi bila ajak kahwin, ada saja alasan yang tercipta. Belum cukup duitlah, tak bersedia nak menjadi suamilah dan macam-macam lagi. Bab tak cukup duit ni, Mia kurang percayalah. Sebab setahu Mia, mamat tu kerja pun bukan calang-calang jawatan. Pengurus di sebuah syarikat IT, dan boleh pulak drive BMW 3 Series. Jadi tang mana pulak tak cukup duit kan! So bila Zureen putuskan hubungan dan menerima lamaran si duda beranak empat tu, ex boyfriend Zureen mula menggelabah. Mulalah sibuk mengejar balik cinta si kekasih hati. Sanggup buat apa saja, siap di pancingnya Zureen dengan pelbagai hadiah mewah. Untung Zureen, bila dalam masa seharian memujuk, dia boleh mendapat seunit netbook, jam tangan Guess, handbag Guess, kasut Aldo, handphone Blackberry Bold dan sebentuk cincin Solitaire Habib Jewel! Tu diaaaa.... beribu-ribu RM terbang! Akhirnya Zureen bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walau pun sehari sebelum itu, kawan Mia ni dah menerima lamaran dari abang duda yang dah berjanji nak hadiahkan sebuah Proton Satria Neo kepadanya! Haiya! Boleh gitu? Speechless. Mia tak nak komen apa-apa, itu hak masing-masingkan.

Sedang Zureen leka bercerita betapa excited dia mahu melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, tiba-tiba kekasihnya datang joint kami melepak. Mia dan kawan-kawan memang tak pernah kenal pun mamat ni, tapi tak kisahlah. Dia pun dah nak kahwin dengan Zureen, mungkin secara automatik dah layak diterima jadi kawan kami.

Sedang bersembang dan mendengar penuh khusyuk perancangan majlis perkahwinan Zureen yang dikatakan bakal menjadi ‘wedding of the year’, tiba-tiba lelaki duda beranak empat itu muncul! Siap bawak anak-anak dia lagi. Pertemuan yang tidak disangka oleh semua orang (ops! Maksud Mia, group kamilah pada malam itu), lebih-lebih lagi Zureen-‘tunang Zureen’-abang duda. Waduh! Drama sebabak pun bermula bila mereka bertiga saling tunding jari menyalahkan antara satu sama lain. Mula-mula cakap slow tapi dengan nada yang agak keras. Kemudian bertukar kepada perang mulut. Sampaikan orang disekeliling pun perasan dan saling memberikan tumpuan pada adegan tersebut. Zureen dah menangis teresak-esak. Kawan-kawan lelaki Mia pula sibuk menenangkan kekasih hati Zureen dan abang duda itu apabila kedua-duanya makin bertegang urat siap hempuk-hempuk meja. Paling parah bila si duda dah siap cekak leher baju kekasih Zureen!

Memang sebijik macam drama Hindustan pun ada! Paling menarik apabila keempat-empat anak si duda hanya ralit memerhatikan bapa mereka bergaduh dengan lelaki yang tidak dikenali. Hanya kerana seorang perempuan! Tiba-tiba...dusyummmm....sebijik penumbuk dilepaskan oleh kekasih Zureen khas untuk si duda. Makin parahlah keadaan, sampai meja pun terbalik! Malu punya pasal, Zureen lari begitu saja sambil menangis teresak-esak. Dan paling mengharukan apabila kedua-dua lelaki yang berbalah juga berlari mengejar Zureen. Mia dan kawan-kawan Mia dah tercenggang tak tahu nak cakap apa! Nak berkejar sama? Dah macam main kejar-kejar lah pulak kan! Akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik saja.

Keesokan harinya, Mia hubungi Zureen, untuk bertanyakan perkembangan drama sebabak ni. Wah! Mood Zureen sudah kembali pulih. Makin ceria. Siap cakap dia memang nak kahwin dengan kekasih hatinya itu. Lagi pun mamat tu dah berjanji nak bagi dia wang hantaran RM20 ribu, rumah teres sebiji, cincin berlian berharga RM8 ribu, beg tangan LV, jam tangan Tag Heuer dan macam-macam lagi lah! Untung Zureen ye, tak payahlah dia nak kerja sebagai kerani lagi lepas ni. Dah tentu bakal suaminya mampu memberikan segala-galanya. Mia berharap Zureen bahagia dengan pilihan hatinya. Sebagai seorang kawan rapat, itu sajalah yang terbaik dapat Mia doakan.

Nota Kaki : Rasa seronokkan meraih cinta yang boleh dibeli dengan wang ringgit? Entahlah...


ISY...BILER LER MIA DPT KETA NIE?? ADA SESAPA NAK SPONSOR KE? KUIKUIKUI....

Tuesday, May 4, 2010

Smile!




Hye!

Kalau semalam mood Mia agak merundum seketika, tapi hari ini Mia sangat happy! Malaslah nak mengheret kisah duka ke hari-hari seterusnya, jadi Mia memilih untuk melakukan perkara yang boleh membuatkan Mia happy. Lepas habis kerja, Mia terus ke Sunway Pyramid. Saja nak jalan sorang-sorang. Ingatkan nak tengok wayang, tapi ramai pulak yang tengah beratur nak beli tiket. So cancel! Jadi lebih baik Mia shopping kan.. Dah lah hari ni ada sale kat Jusco khas untuk membership. Takkan ku lepaskan peluang! Tapi taklah banyak yang Mia beli kat Jusco. Mia nak reserved untuk beli handbag yang Mia dah lama aimed since last month. Mintak-mintak ada lagik laaaaah...

So Mia terus ler bergegas ke butik yang satu itu... Charles & Keith! Tak tahulah mengapa Mia obses dengan brand ni sekarang. Last month Mia dah beli sepasang Wedges kat Charles & Keith Pavilion. Ni Mia nak beli handbag pulak lah! Jenguk punya jenguk...nasib baik ada! Yahooo... I liked! Emmm...RM155 jer handbag yang Mia beli ni. Kira ok lah.. Bagi Mia, sesekali kita kenalah reward untuk diri sendiri, yelah kan ni duit kita sendiri.. Hasil duit gaji kan... Mia bukannya seorang yang gemarkan jenama mewah sangat pun.. Asalkan ia nampak sesuai dengan Mia, harganya berpatutan dan yang paling penting ada style! Dan bagi Mia, shopping ni antara terapi terbaik untuk meredakan stress, tension dan seerti dengannya. Kannn... mesti u all setuju dengan statement Mia ni...Hahaha...

Eh! Mia nak letak gambar handbag yang Mia beli ni kat sini. Tapi kamera digital Mia tengah problem pulak. Alamak takkan nak beli baru pulak! Isyyy... Emmm..mulalah berangan nak beli kamera SLR...NIkon? Canon? Sony Alpha? Hahaha....

Apa pun, best dapat shopping hari ni. Ada juga Mia snap pix guna camera phone, tapi...kualitinya kurang ok laaaa... Isy nak kena beli Blackberry ke? Atau iPhone? MIA!!!!!!!!




Monday, May 3, 2010

Menyalahgunakan atau mempergunakan?




Awal tahun ni, Mia mula berjinak-jinak dengan gymnasium. Bukan kerana berat badan Mia naik, cuma nak jaga kecergasan saja. Maklumlah usia masih muda nie lah kita perlu menjaga kesihatan dan kecergasan. Barulah masa makin berumur nanti, tak sakit sana sini. Lagi pun Mia kenalah jaga bentuk badan supaya sentiasa slim... Atau dalam erti kata lain.. jaga sahamlah! Kannn....

Dalam seminggu, Mia memperuntukkan masa selama sejam untuk tiga kali sesi seminggu untuk work out. Itu pun kengkadang Mia 'ponteng' jugaklah, lebih-lebih lagi kalau ada perkara penting atau pun terpaksa stay kat opis sebab keja melambak.

Jadi Mia memilih untuk mendaftar dengan sebuah gym yang terletak di sebuah pusat membeli-belah terkenal. Yelah, selepas abis sesi bersenam nie, bolehlah Mia sambung sesi lain iaitu shopping! Hahaha...

Sebenarnya Mia bukan nak berciter pasal sesi work out Mia ni, tapi tentang instruktor kat gym ni. So sweeettttt!!! Bertambah semangat Mia nak work out...yelah boleh cuci mata u all! Ramainya yang hensem...dah lah body mantap. Aduhaiii.....

Dalam ramai instructor kat sini, adalah sorang yang cukup menarik perhatian Mia. Namanya Zack. Dia orang pantai timur. Handsome tau. Dia rajin tolong Mia...eh bukan tolong apa... Tolong ajar teknik yang betul untuk work out dan menggunakan equipment yang ada. Mula-mula tolong jer, pastu dah mulalah kitorang kuar minum lepas work out. Pastu tukar-tukar no phone. Dan surprised! Dalam kurang dari 2 minggu kenal, Zack mula ajak Mia couple... Terkejut Mia dibuatnya. Pantasnya... Tapi Mia tak naklah buat keputusan terburu-buru. Kan baru kenal, takut lah salah langkah nanti, kes naya kan. Jadi Mia minta agar kami kenal each other dulu. Kawan dulu..barulah boleh fikir langkah selanjutnya. Nasib baik Zack bersetuju.

Sejak kenal Zack, memang Mia rasa happy sangat. Yelah...ada orang ambik berat, sayang kat kita, romantik pulak tu. Terbuai rasa juga dibuatnya. Zack memang pandai 'tackle' hati Mia. Boleh dikatakan hari-hari kitorang jumpa...dating!

Hendak dijadikan cerita, baru lebih kurang sebulan Mia mengenali Zack lebih rapat, tiba-tiba saja dia menghilangkan diri. Takde kabar berita, puas Mia bertanya pada kengkawan dia kat gym. Memasing tak tahu. Punyalah cuak Mia dibuatnya... Call dan SMS tak berjawab. Uwaaaa!!! Nak runtuh hati ini dibuatnya. Masuk seminggu dia 'ghaib', tiba-tiba Mia mendapat SMS dari 1 nombor yang tidak dikenali.

"U Mia kan... I nak jumpa u. Urgent. Pasal Zack. Kita jumpa esok kat OU, kol 3pm. Nanti dah sampai sana i call u, bagitau jumpe kat ner....penting! - Atirah"

Mia rasa gelabah sekejap. Sapa Atirah? Apa kena -mengena dia dengan Zack? Untuk mendapatkan kepastian, Mia setuju berjumpa dengan dia.

Tiba hari yang dinantikan, akhirnya Mia bersemuka dengan Atirah. Kami berjumpa di Coffee Bean. Orangnya memang cantik, umur dalam lingkungan awal 30an. Berdebar-debar jugak dibuatnya. Atirah pandang tepat mata Mia, barulah dia bercerita...

"I tau U kawan dengan Zack. Untuk pengetahuan U, Zack tu was my boy. Memang I dah kawen, dah ada anak pun. I don't know how I can fall in love with him? Selama ni tak penah terfikir di hati I untuk curang dengan hubby I. Tapi bila I kenal Zack kat sebuah gym di JB , I jadi lupa pada status. Seminggu saja kami kenal, terus skandal. ..."ucap Atirah.

Mia jadi terkedu. Terkejut. Tergamam. Terbungkam. terkaku. Speechless!

Panjang lebar Atirah berciter. Kisah skandal mereka. Kisah dia menanggung hidup Zack selama 3 bulan sebelum lelaki itu tinggalkan dia selepas hubungan mereka diketahui oleh husband Atirah. Malah husband Atirah juga hantar konco-konconya pukul Zack, sampai lelaki itu masuk hospital! Sejak dari itu, hubungan antara Atirah dan Zack terputus!

"I cari Zack bukan sebab apa... I tak nak dia buat dekat U, camner dia buat kat I. Untuk pengetahuan U, bukan I sorang jadi mangsa dia. Masuk I jer, dah 5 orang perempuan jadi mangsa Zack. Untungnya U, sebab u're single lady! Lagi pun U muda lagi. Tak macam mangsa-mangsanya yang lain...semuanya bini orang dan umur pun lebih tua dari dia! Bayangkan, bukan setakat tergadai wang ringgit, tetapi ada yang tergadai body sekali! I harap hubungan U dengan Zack tak sampai ke tahap itu,"sambung Atirah lagi.

Sekali lagi Mia mengucap panjang. Syukur kerana hubungan Mia dengan Zack tidak sampai ke tahap yang 'ITU'. Memang Mia dah mula sayangkan Zack, tetapi hati ini bagaikan berbelah bagi untuk menerima dia. Mungkin inilah signal... supaya Mia tak cepat tenggelam dengan pujuk rayu Zack. Dan nasib baik jugaklah Zack belum sempat kikis duit Mia!

Perkara ini dah hampir 2 bulan berlalu. Sampai sekarang Mia tak pernah berjumpa dengan Zack. Seminggu yang lepas, tiba-tiba Mia dapat mesej dari Zack melalui FB. Zack nak jumpa Mia. Tapi Mia tak reply pun mesej dia. Semalam dia SMS Mia, tapi sekali lagi Mia ignore saja. Mia jadi menyampah pulak dengan dia.

Mengapa dia harus menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya, untuk mengambil kesempatan sebegini? Dia hensem, baik tutur kata. Tapi...isyyy...seriau Mia dibuatnya. Hari ni saja, rasanya dah lebih dari 10 kali dia call Mia. Tapi biarkan saja...semua missed call! Mia tak sanggup nak jawab. Dia SMS lagi, tanya mengapa Mia tak jawab. Mia dah sombong. Dah lupakan dia. Biar lah dia tuduh Mia apa-apa pun.

Ada kawan-kawan Mia nasihatkan Mia supaya jawab panggilan dia. Dengar apa yang dia ingin sampaikan. Tapi ada juga kawan-kawan Mia yang melarang Mia dari berhubung dengan Zack. Bimbang lelaki itu cuba menagih simpati Mia pulak. Dorang cakap toksah nak 'serah diri' dengan lelaki sebegitu. Macam gali lubang kubur sendiri pulak!

Mia tak tau nak cakap apa lagi. Walau pun dalam hati, namanya masih terpahat, tetapi akan Mia cuba kikis perlahan-lahan. Untuk melupakan dirinya, Mia akan ingat apa yang telah dilakukan terhadap perempuan-perempuan yang jadik mangsa dia termasuk Atirah. Memang Zack tak sempat nak jadikkan Mia mangsanya (itu pun kalau memang dia berniat begitu). Dan untuk itu, Mia kenalah kebalkan hati...jangan mudah terpedaya!

Mia harap u all pun jangan mudah terpedaya dan percaya dengan perkara seumpama ini. Jangan membiarkan diri u all mangsa keadaan. Berhati-hatilah dalam setiap langkah dan pergaulan. Kadangkala wajah yang sempurna itu tidak mencerminkan isi hati & sikapnya. Itu juga pesanan buat diri Mia sendiri...







Nota Kaki : Masih mencari Prince Charming....


Saturday, May 1, 2010

What do I need to know today?


There are moments in life
when sound bites just won't do.
Moments when you want to know,
really know.
And for that you need to go
beneath the headlines
and beyond the chatter.
That's where we live.
Where tireless research reveals not just facts,
but opportunities
where you're exposed to perspectives
that enable you to make the right choices
for your family,
your career,
your life.
To live everyday
informed,
prepared,
inspired.




Friday, April 30, 2010

My First Posting....here!


Hye buddies,

Let me introduce myself...My name is M.I.A....Ops! Not MISSING IN ACTION.. But MIA! Ahaks. Salam berkenalan. Sure semua tertanya-tanya, siapa Mia? Camne Mia boleh muncul dalam REMAJA pulak kan? Hah! Jangan jeles tau...ni la Team REMAJA yang offer Mia untuk mengantikan Minah Chat... Kata dorang, Minah Chat dah bersara..Ops...Tak remaja lagi sebenarnya..hahaha..tak baik dorang kannnn.. Apa pun, Minah Chat tetap best dan dia juga yang beriya-iya pujuk Mia untuk menyumbang sesuatu demi REMAJA... Lagi pun Mia sendiri pembaca REMAJA sejak sekian lama.. Sayang REMAJA sangat..sangatttttttt! Muahssss....

Dalam blog ni, Mia akan berkongsi memacam kisah tak kira genre.. janji bukan 18PL, 18SX tauuuu...x sesuaiii gitu! If u have any story to sharing with Mia, don't forget to email me okay. Or u can drop ur comments, any ideas or what everlah in my inbox.. nak berkenalan pun boleh.. Facebook? Ok..nanti Mia buat khas untuk korang. Maklumlah..Mia ni tak boleh muncul sebarangan..Tu janji Mia pada Team REMAJA.. Dorang nak sangat Mia rahsiakan identiti Mia... Kata dorang, BIARLAH RAHSIA... Hahaha..Macam-macam betul kakak-kakak REMAJA tu.. Ok lah..gtg..nanti Mia sambung..... take care.... XOXO..


 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template