Friday, December 24, 2010

TAHUN BAHARU DAN 9 BULAN YANG AKAN DATANG....


Pejam celik..pejam celik, sekejap saja kalendar sudah bertukar kedudukan. Cepatnya masa berlalu pergi meninggalkan kita. Nampaknya umur pun sudah bertambah satu lagi angka. Tapi apa ada hal....age just a number! So, jangan takut pada peningkatan usia ok! Bagi Mia, peningkatan usia itu menandakan kita yang semakin matang. Tak gitu.

Tetapi ada juga umur dah banyak, tahap matang masih berkurangan. Bukan disebabkan perangai yang kebudak-budakan atau childish. Tetapi apabila tidak matang dalam bertindak atau membuat keputusan. Mia ingin kaitkan senario tidak matang dalam bertindak dengan sambutan tahun baharu.

Pastinya ramai yang ingin celebrate kedatangan tahun baharu bukan. Tetapi jika tersilap celebrate, padah dibuatnya. Terutamanya bagi golongan kekasih. Ada yang celebrate dengan melakukan hubungan yang terlarang. Yelah dah syok tengok percikan api di Dataran Merdeka atau di mana-mana jua, bersama berdua-duaan sehingga lewat malam, makin sejuk...dan pastinya ada pihak ketiga yang menemani, sapa lagi kalau bukan syaitan yang dok menghasut melakukan perkara-perkara yang terlarang. Perkara sebegini sebenarnya bukan sahaja berlaku pada malam tahun baharu, merdeka atau pun Valentine’s Day. Malam-malam tanpa sebarang keraian pun ia tetap boleh berlaku. Pokok pangkalnya hati dan kekuatan Iman masing-masing.

Seperti yang Mia katakan tadi, bila dah berdua berada di satu kawasan yang strategi, pastinya syaitan menemani. Maka, kebarangkalian untuk melakukan perkara yang mungkar ini, peratusannya sangat besar. Bila sudah ‘terjadi’, buat pertama kali, bukan hendak menyesal. Sebaliknya gian pula mengulanginya. Tidak pernah terfikir akan impak di masa yang agak datang. Nauzubillah.

Bila si perempuan sudah memboyot, barulah gelabah. Paling hilang akal, bila ramai yang sanggup bergelar pembunuh dengan mencampakkan janin atau mayat bayi hasil hubungan luar nikah itu di merata tempat. Dalam tong sampah, semak belukar mahu pun longkang! Sifat yang mengalahkan binatang ini sangat kejam bila sanggup menghabiskan nyawa si kecil yang tidak berdosa itu tanpa perasaan bersalah atau dibaluti rasa berdosa.

Mia teringat keluhan seorang teman yang aktif dalam pertubuhan sosial bersama NGO. Dia sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah akhlak yang melibatkan remaja khususnya. Sebelum hari raya tahun lalu, dia hampir mati akal untuk memujuk seorang gadis berusia 16 tahun yang telah berhenti sekolah. Si gadis itu mengandung 6 bulan dan menunggu si kekasih untuk membawanya melakukan pengguguran haram. Namun si kekasih tidak kunjung tiba, lantas si gadis (eh bukan gadis lagi kalau dah hilang dara kan?) bertemu dengan teman Mia mengadu masalah. Dia mengugut mahu membuang bayi tersebut sebaik sahaja dilahirkan. Puaslah teman Mia memujuk, akhirnya gadis tersebut bersetuju untuk tinggal sementara di rumah perlindungan dan pemulihan akhlak sehingga melahirkan anak. Dan bayi tersebut akan dijadikan anak angkat bagi mana-mana pasangan yang berminat tetapi harus melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terlebih dahulu.

Menurut teman Mia, gadis tersebut mengandung selepas melakukan hubungan seksual dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya ketika sama-sama menyambut tahun baharu 2010. Kemudian mereka banyak kali mengulangi perkara yang sama sehinggalah mengetahui si gadis mengandung 6 bulan. Kemudian si lelaki menghilangkan diri, pastinya tidak mahu bertanggungjawab. Lalu membuatkan si gadis mengelupur!

Itu baru satu kisah yang berlaku berpunca menyambut tahun baharu dengan aktiviti yang sangat bodohlah! Adohaiii... Mia haraplah agar janganlah sampai ada yang melakukan perbuatan yang sama iaitu dengan memperbodohkan diri sendiri. Memang tak salah menyambut tahun baharu tetapi biarlah secara berhemah, matang dan bijak.




NOTA KAKI : Selamat tahun baharu 2011 pada semua!

1 comments:

NAA said...

Naa da bace entry ni lam remaja~~!!
sokong kamu~!!

Post a Comment

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template