Tuesday, October 5, 2010

Bila hidup ala Hollywood!

Baru-baru ni Mia berkesempatan bercuti di salah sebuah pusat peranginan di Cherating, Pahang, bersama keluarga sempena cuti raya. Kami pergi secara berkonvoi sebanyak 5 buah kereta. Kebetulan sepupu Mia bertunang pada hari raya ke tiga kat Kuantan. Dah terlanjur ke sana, kami terus ke Cherating dan menginap di sana selama 3 hari dua malam. Seronok betul, ala-ala family gathering. Macam-macam aktiviti yang dilakukan termasuklah BBQ di tepi pantai pada waktu malam. Pada malam terakhir di Cherating, keseronokan kami di sana dicemari dengan parti liar di pantai tersebut. Tengah berseronok ber-BBQ sambil bergurau senda, tiba-tiba kitorang terkejut dengan jerit pekik dan muzik yang kuat dipasang. Rupanya ada sekumpulan remaja yang tengah berparti di pantai yang sama. Yang tak bestnya, dorang tu berparti liar! Yang perempuan siap berpakaian seksi....two piece bikiny! Yang lelaki pula tak berbaju (tapi nasib baik masih berseluar), dan parti tersebut bukan saja dihiasi dengan muzik yang membingitkan, tetapi bersepah botol-botol arak. Dah la siap menari-nari, bercumbu-cumbuan dan memacamlah pemandangan yang menyakitkan mata!

Melihat aksi-aksi sebegitu,beberapa cousin Mia menghampiri kumpulan remaja liar itu. dengan harapan mahu memberikan nasihat kepada mereka agak tidak bertindak liar. Dahlah usia masih remaja, Melayu pulak tu! Memalukan sungguh! Tapi nasihat cousin Mia langsung tidak diambil peduli malah teruk pula dimaki hamun cousin Mia tu. Malah ada pulak yang bertindak kurang ajar dengan mencarut-carut dan mengugut nak membelasah cousin Mia.

Melihat keadaan yang semakin panas tu, seorang pakcik Mia yang bekerja sebagai pegawai tinggi polis menghampiri kumpulan terbabit. Sebelum tu pakcik Mia dah siap telefon balai polis berhampiran. Bila pakcik Mia tunjukkan kad kuasa, barulah nampak kecut kumpulan remaja terbabit. Terus dorang blah sorang demi sorang sebelum sempat polis sampai.

Makcik-makcik Mia yang turut serta membebel-bebel dengan kejadian tersebut. Kata dorang, inilah bahananya kalau mak bapak tak reti jaga anak. Membiarkan anak-anak terbabit dengan kegiatan tak bermoral, aktiviti liar dan setaraf dengannya. Bila dah terhantuk, baru nak tersedar kot. Itu pun nasib kalau belum terlambat nak tersedar dan sempat nak insaf.

Itu baru parti liar kat tepi pantai yang makcik-makcik, pakcik-pakcik dan mak ayah Mia lihat di depan mata. Banyak lagi benda-benda yang tak bermoral ini berlaku di luar sana. Nasib baiklah Mia, adik-beradik dan cousin-cousin Mia takde yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral ni. Kitorang pun hidup dalam kemodenan tapi nasib baik masing-masing tahu jaga diri dan tidak tergugat dek pengaruh buruk. Masih berpijak di bumi yang nyatalah.

Ada jugak cousin Mia yang menetap di oversea. Tapi mereka masih mengikut adat resam dan budaya orang Melayu. Masih tahu dan sedar hukum-hakam. Tapi ada juga orang yang Mia kenal, belajar kat oversea beberapa tahun jer, bila balik Malaysia, cakap Melayu pun tak reti! Ada yang nak berslanga bagai! Alahai.....

Ada sorang kenalan Mia, dia dilahirkan di London dan dibesarkan di Singapura. Tapi memilih Malaysia untuk menuntut ilmu. Sebuah universiti swasta tempatan jadi pilihan dia. Baru jer 5 bulan di Malaysia, tapi dia sudah mampu menguasai bahasa Melayu dengan agak baik. Malah dia cukup suka berbaju kurung cotton walau pun dalam cuaca panas terik. Dia juga suka makan nasi lemak, teh tarik, roti canai dan sambal belacan. Sekarang ni dia tengah belajar-belajar makan ulam-ulaman dan petai! Masa raya lepas, dia sempat datang ke open house Mia dan cukup suka makan ketupat bersama rendang! Dia cakap, untung betul orang Malaysia sebab kaya dengan adat resam dan budaya pelbagai kaum. Tapi katanya lagi, sayang...ramai rakyat kita yang seakan terlupa budaya sendiri. Malunyaaaa......dalam hati Mia!

4 comments:

Anonymous said...

ITULAH PENGARUH BUDAYA BARAT.ORANG LUAR KAGUM MELIHAT BUDAYA KITA TETAPI KITA PULAK SIBUK NAK MENGIKUT BUDAYA ASING.KALAU BAIK TIDAK MENGAPALAH.

Fariq said...

kita sendiri yang menentukan siapa diri kita.. orang lain hanyala tenaga pengajar yang membina identiti kita

MIA said...

memalukan bila botol2 arak dan kondom bersepah2 kat kawasan tu....eiiii...Melayu plak tu!

Jade said...

stumbled upon this blog link (: sangat menarik! tapi tak dapat nak follow, mcm mana la ni? ):

p.s. sangat tak suka budak2 kita ikut budaya barat yang tak bertamadun langsung... even pun i seorang non-Muslim, tapi diri I sendiri pun keluar pun pasti ada kardigan nya dan yang penting, dada mesti tutup. I'm still orang Timur and I hope diorang akan sedar and bertaubat selagi sempat!

Post a Comment

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template