Sunday, February 27, 2011

ANTARA BLOGGER BERHEMAH & HENTAM KROMO


Walau pun blog Mia sering kali dibiarkan tersadai sehingga bersawang, namun ini tidak bermakna Mia mengenepikannya langsung. Ada masanya Mia akan mengisi entri blog dengan sesuatu yang boleh dikongsikan bersama. Walau pun masa terlalu mencemburui Mia, namun sedaya upaya Mia akan mencari ruang untuk ber’blogging’. Selain dari ber’blogging’ yang menjadi minat Mia di tangga...alamak nak letak ranking ke berapa ye? Sebab kalau letak yang teratas, nampak tak jujur pulak memandangkan blog Mia selalu menyepi tanpa khabar berita. Sorry...sorry..sorry... Mia tujukan lagu dendangan kumpulan K-Pop terkenal, Super Junior, khas untuk you all yang senantiasa ternanti-nanti entri terbaharu Mia. Ampun maaf zahir dan batin!
Selain dari ber’blogging’ (ranking di tangga yang tercorot), Mia lebih suka blogwalking. Ala berjalan-jalan di blog orang lain. Saja mencuci mata, minda dan hati melihat, menjenguk dan bertandang di blog-blog lain terutamanya yang aktif entrinya. Mia cukup gemar dengan blog yang penuh dengan informasi yang boleh dikongsikan bersama. Tidak kiralah mengenai perkembangan semasa, berita terkini (hiburan sensasi),motivasi, fasal kesihatan, fesyen dan kecantikan, sukan, gadget dan apa sajalah. Banyak sebenarnya blog yang Mia gemar layari, kalau nak tulis kat sini panjang lebarlah pulak. Eh! Kenapa Mia tak klik ‘FOLLOW’(I follow u........) kat blog-blog tersebut? Alamak...saja nak low profile! Motif sangat kannnnn!! Sebenarnya Mia lebih suka menjadi silent reader, tak perlu nak jadi as follower, cukuplah Mia letak URL blog berkenaan dalam senarai Favorite Mia.

Sebenarnya Mia cukup kagum dengan blogger-blogger yang begitu cerdas minda dan idea mencurah-curah untuk mengetuk story dalam setiap entri blog mereka. Tak macam Mia, kena ketuk dengan kakak-kakak REMAJA (Ops! Kakak keeee), barulah Mia terhegeh-hegeh nak update blog. Bagi Mia, blogger-blogger yang aktif berkongsi idea dan ilmu ni..memang Mia tabik springlah. Dalam sehari, tak sunyi blog mereka tanpa entri terbaharu. Kalau sehari tidak ada entri, pasti ramai follower meninggalkan pelbagai mesej di bahagian komen. Seronokkan! Boleh popular tau kalau jadi blogger ini. Lihat saja kehebatan si cantik manis Hanis Zalikha , dia pernah menduduki tempat pertama dalam pencarian di Google... (Ini kali keberapa entah Mia dok puji-puji dia.....tapi ikhlas). Walau pun blog Hanis lebih kepada kehidupannya, namun dia cukup bertuah kerana memiliki follower berjuta-juta lemon. Bukan itu saja, dia juga berjaya menjana pendapatan bersama Nuffnang. Begitu juga dengan blogger terkenal lain seperti Red Mummy dan Darkbatman. Isy..sekali lagi Mia ‘jeles’..bilalah Mia hendak menjadi seaktif mereka ni! Tapi sebenarnya Mia paling suka melayan blog Che Det (Tun Mahathir Mohamad) dan juga Irfan Khairi (kawan lama Mia ni!) kerana terselit banyak motivasi di dalamnya.

Tetapi Mia agak ‘kureng’ dan ‘elergi’ dengan blog-blog yang menghentam sana sini, berlagak bagus, riak, suka menunjuk-nunjuk dan sewaktu dengannya. Blog rentetan percintaan pun Mia tak nak baca. Termasuklah blog gosip yang sumbernya entahkan sahih entahkan tidak. Terlalu banyak blog yang entah apa-apa itu. Blog yang mengundang ketidakwarasan fikiran,’ tin kosong’ dan tidak berhemah memang tidak mendatangkan minat kepada Mia untuk mengunjunginya. (Tiba-tiba Mia teringat blog si pencari hantu yang mendedahkan al-kisah dalam kain bekas orang kenamaan negara..alamakkkk....meluatnya. Sampaikan dia bakal disaman hanya kerana pendedahan yang dilakukan di dalam blog miliknya!)

Bagi Mia, sebagai seorang blogger, biar pun zaman siber itu bebas tanpa sempadan, janganlah sampai mengenepikan soal etika dan berhemah ketika mengisi entri. Penulisan di dalam blog melambangkan siapa diri kita. Sahsiah diri kita. Keperibadian dan maruah kita. Serta sejauh mana tahap kebijaksanaan dan kewarasan kita. Jadi sejujurnya Mia ingin menyampaikan (walau Mia sedar, siapalah diri Mia untuk menasihati para blogger), berhati-hatilah dalam setiap bait-bait perkataan yang anda titipkan. Kerana ia mungkin mempengaruhi orang lain. Dan mungkin boleh menjatuhkan maruah orang lain. Impaknya....akan terpalit pada anda juga. Renung-renungkan....(dan selamat beramal!)


Saturday, February 26, 2011

I'M NOT A GOOD BLOGGER

Terus terang! Yelah..Mia memang dah lama tak post apa2 kat blog ni. Makin bersawang! Aishh...Bilalah Mia nak serajin blogger2 lain ye... Bukannya apa, semenjak dua menjak ni Mia semakin sibuk.. Sampaikan takde masa nak menghadap Internet lama2. Malam ni saja Mia cuba untuk meluangkan sedikit waktu untuk mengepos entri baru...







Apa ye Mia nak tulis...







Emmm....










Konsentrasi Mia agak terganggu pulak dengan citer hantu kat Astro ni.... Jap..jap..Mia nak tukar channel..




Alamak! Lepas tu Mia tak tahu nak tulis apa! Adooii... Spoiled laaaa... Blur.Blank.





Ok.... Mia memang nak mengaku...Mia bukan blogger yang tegar. Bukan blogger yang kreatif. Dan paling penting ialah bukan blogger yang R.A.J.I.N! Ini memang kenyataan. Kengkadang Mia nak 'letak jawatan' jer dari majalah REMAJA. Meaning Mia tak nak ada kolum kat situ. Sebab Mia tahu, kesibukan Mia membatasi masa untuk menulis biar pun hanya 5 minit!





Setiap kali bukak blog, Mia mesti mental block. Apa nak tulis yer... Apa nak merapu. (makan ikan kerapu lagi best! Huhuhu).

Wednesday, February 16, 2011

HAI....SIAPA NAMA?


Boleh berkenalan tak? Kerja kat mana? Umur berapa? Dah kawen ke belum? Boleh bagi pin number Blackberry?

Itu sebahagian dari mesej-mesej yang kerap Mia terima di facebook. Kalau dah mesej sedemikian rupa, pastinya dari lelaki. Dan paling buat Mia terkejut ialah 50 peratus darinya adalah lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga. Terpampang wajah anak-isteri di laman facebook masing-masing. Tetapi tetap mahu ‘mencucuk jarum’ jugak. Nak test power lah kononnya! Seperti mana watak Sudin dan Ajis yang menyanyi di dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’... “Ulat bulu naik daunnnnnnnn.... apa nak buatttttt?”

Memanglah Mia bukanlah seorang yang prejudis menolak perkenalan melalui alam siber TETAPI AGAK-AGAKLAH. Tengok status lah brader! Dah tahu status bertukar dari bujang ke suami orang, ada hati pulak nak mengurat anak dara orang. Hey lauyalahhh!! Not my taste OK!Terus-terang Mia katakan yang Mia memang menolak perkenalan dari orang-orang sebegini. Kalau setakat nak bertukar-tukar pendapat, nyatakan saja di wall, lebih terbuka. Tak payahlah nak dapatkan nombor telefon atau pun BB Pin. Kang lebih-lebihlah pulak! Tetapi ada juga gadis-gadis yang seperti tak kisah melayan ‘HAK MILIK SEORANG ISTERI’. Dalam erti kata lain, tak kisah nak berkenalan dengan suami orang. Ada yang berani menjalinkan hubungan sulit atau dalam erti kata lain, sanggup berskandal dan menjadi kekasih gelap. Kawan-kawan Mia pun ramai yang terjebak.

Dari hubungan secara maya, mula berani bertemu di alam realiti. Mengaturkan pertemuan antara dua jiwa konon. Bila hati dah terpaut dek kata-kata penuh romantik, ada jugak yang terpikat biar pun ada lelaki yang sudah beruban dan perut memboroi. Argh! Itu hanya ciri-ciri fizikal saja, pejamkan saja mata janji poket tebal! Itu kata seorang kawan Mia bernama Ain. Dia telah pun hampir 2 tahun menjadi kekasih gelap kepada Arman, lelaki berusia 48 tahun yang sudah pun memiliki 2 orang isteri dan 9 orang anak! Tapi Ain tak kisah! Asalkan lelaki pujaan hatinya boleh menaja hidupnya. “Cukuplah aku dapat menumpang kasih sayang Arman...”, itu pengertian dari Ain.

Ada seorang lagi kawan Mia yang bernama Maya, dia ni memang cun habis. Maklumlah anak kacukan, model part time pulak tu. Tapi dia sudah menjalinkan hubungan sulit dengan Mus, yang berusia 55 tahun. Dah pasti ‘pakcik’ Mus ini sudah beranak-pinak. Anak sulung ‘pakcik’ Mus ini pun lebih tua dari Maya. Tapi kata Maya, dia pun tak kisah. Biarlah ‘pakcik’ Mus sudah gondol kepalanya, perut boroi mengalahkan ibu mengandung 4 bulan, tetapi kasih sayang antara mereka tetap erat. Motif sangat!

Eh! Ada lagi.... Rita, anak kepada jiran Mia. Dia pun berskandal dengan Hashim, cikgu zaman sekolah rendah yang dijumpai semula di facebook. Hebat kan! Cikgu Hashim ni rambutnya dah takde hitam langsung. Serba putih. Misai janggut dia pun serba putih. Tapi kelebihan pada Cikgu Hashim, badannya masih tegap biar pun menghampiri usia 60 tahun! Bak kata Rita, “Rambut putih tu seksilah, u! Macam Richard Gere.... Hensem!”


Mia geleng kepala. Mia cukup kenal dengan keluarga Cikgu Hashim. Tapi tak sampai hati nak memberitahu mereka tentang hubungan terlarang antara Cikgu Hashim-Rita.
Tapi kalau Mia terus mendiamkan diri, macam bersubahat pulak kan. Alaaa... apa nak buat ni! Serba salah dibuatnya tau!


Ops! Sapa kata perempuan saja yang kerap terjebak dengan kisah cinta bersama kekasih gelap sebegini. Lelaki pun sama tauuuu.. Seorang officemate Mia, Shukri, bercinta dengan isteri orang yang juga dikenali melalui facebook. Shukri ni baru jer dapat ijazah....so agak-agaklah umurnya pun tak sampai 25 tahun. Tapi kekasih gelapnya berusia 2 kali ganda darinya. Tapi Shukri pun tak kisah! Alahaiii...Bercerita tentang kisah kekasih gelap, payah kalau nak ulas panjang-panjang. Pokok pangkal diri sendiri. Isssyy..janganlah Mia terjebak dengan cinta sebegini. Touch wood...touch wood!!!



Thursday, February 3, 2011

SORRY...SORRY..SORRY....

Mia bukan nak nyanyi lagu "Sorry..sorry..sorry" (Super Junior), tapi secara merendah diri, Mia nak ucap MAAF a.k.a SORRY untuk semua yang mengikuti blog Mia yang tak seberapa ni. Sebabnya Mia TERAMAT JARANG blogging. Sampaikan blog ni dah selalu sangat bersawang....

Sebenarnya Mia tak punya banyak masa untuk menghadap Internet. Maklumlah...Mia sekarang ni sibuk study...dalam masa yang sama, kerja.

Apa pun Mia akan cuba sedaya upaya untuk mencuri masa berblogging.. Khas untuk you all semua.....

HAPPY CHINESE NEW YEAR & HAPPY HOLIDAY!


HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ALL CHINESE'S FRENS

&

HAPPY HOLIDAY TO ALL FELLOWS...!




 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template