Tuesday, November 30, 2010

JANGAN TERBANG TERLALU TINGGI....

Cuaca sekarang nie memang tak menentu. Ada masanya panas berpanjangan. Ada ketikanya, di saat suhu panas menyelubungi, tiba-tiba saja hujan datang menyerbu. Yer....cuaca memang sukar untuk diramalkan secara tepat biar pun menggunakan teknologi secanggih mana pun.

Emmm...mesti ada yang tertanya, mengapa intro Mia kali ni berkaitan dengan cuaca? Ala takde apa pun lah.. Saja nak peka soal cuaca. Memang lah masa suhu tengah panas, ramai yang mengharapkan hujan turun dan bakal menyejukkan suasana. Mia pun begitu tetapi Mia sangat berharap hujan tidaklah turun dengan lebat hingga mengakibatkan bencana alam seperti banjir yang berlaku di utara dan pantai timur Semenanjung. Apa pun..siapalah kita untuk menidakkan takdir dan kebesaran Ilahi....

Ok lupakan sejenak mengenai cuaca yang tak menentu. Mia hendak bercerita mengenai orang yang bercita-cita tinggi. Bagi Mia, memang tak salah kalau kita memasang cita-cita yang tinggi. Ia mampu merangsang diri kita sendiri untuk mencari jalan bagaimana hendak merealisasikan cita-cita itu. Cuma apa yang Mia ingin katakan, janganlah kerana cita-cita yang terlalu tinggi melangit itu, membuatkan ada orang lain yang rasa ditindas.

Ini berdasarkan kisah duka seorang kawan rapat Mia. Dia bekerja di sebuah production house hampir 5 tahun semenjak syarikat itu mula beroperasi. Tugasnya mendapatkan dan menyelia projek-projek komersial dari para pelanggan yang terdiri daripada syarikat korporat. Memang dah banyaklah projek-projek yang kawan Mia berjaya dapatkan. Baru-baru ini, ada seorang ahli lembaga pengarah baru menyertai syarikat itu. Si mamat ni memang tak boleh tengok orang lain lebih dari dirinya, bak kata kawan Mia tu lah. Apa-apa projek, kalau berjaya, dia mahu namanya yang dijulang tinggi biar pun bukan dia yang jalankan projek tersebut. Kalau projek itu bermasalah, amboii macam naga yang mengganas, dia melaharkan api kemarahannya tak tentu pasal.

Projek terkini yang kawan Mia uruskan ini memang dari syarikat korporat berprofil tinggi. Kawan Mia ni lah yang dok lobi syarikat tersebut hampir setahun untuk mendapatkan projek ini. Bila berjaya, kawan Mia dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya. Baru suku tempoh projek ini berjalan, si mamat tadi yang memang terkenal dengan gelaran Conman tu sibuk nak masuk campur. Habis dia bawak masuk kroni-kroninya yang kurang berpengalaman atau dalam bahasa lainnya kurang tahu buat kerja. Lepas tu team kawan Mia pulak yang menjadi kuli batak dorang. Silap sikit saja, ambik! Terus kena tembak bertubi-tubi! Memang tak tahan lah dengan sikap mamat dan kroninya tetapi kawan Mia masih boleh bersabar. Tetapi sampai satu peringkat, bila hasil kerja dan tahap kreativiti disekat tanpa alasan, maka kawan Mia pun hilang sabar dan meluahkan ketidakpuashatinya kepada pihak pengurusan syarikat. Tetapi memang silap besarlah kawan Mia buat camtu. Mana tidaknya, pihak pengurusan sudah tentu menyebelahi conman tu, ala nama pun ahli lembaga pengarah, saham mesti besar dan pengaruh mesti didengari! Akhirnya kawan Mia pulak kena pecat. Habis team dia pun kena sekali!

Dan si conman mengubal semula perjalanan projek tersebut tetapi kurang berjaya dan hasil kerja mereka kurang disenangi oleh pelanggan. Atau dalam bahasa lainnya, projek tersebut yang menelan belanja hampir RM sejuta hampir punah ranah! Paling ‘bestnya’, si conman ni menyalahi kawan Mia. Dia cakap kawan Mia lah punca kepincangan projek ini, habis dijajanya cerita buruk mengenai bekas staffnya itu. Tetapi dalam masa yang sama, dia tidak sedar, sikapnya itu umpama membuka pekung di dada. Apabila semakin ramai klien mula mengenali belang si conman itu.

Mia macam pelik jugalah bagaimana seseorang individu yang baru berusia pertengahan 20an berjaya memegang jawatan ahli lembaga pengarah. Kawan Mia menjawab, “Dah company tu, pakcik dia yang punya. Pakcik dia takde anak...itu pasal dia yang dapat jawatan tu.. Konon sebagai pelapis, tapi sebenarnya pelingkup adalah!”

Mia memang kenal dengan si conman ni, dari sekolah lagi (menurut banyak sumber), dia memang sering bercita-cita tinggi. Tetapi dalam mengejar cita-citanya, dia sering menindas orang lain. Tak kiralah siapa, dan apa yang dilakukan asalkan cita-citanya tercapai. Dahlah dengar cerita, dia memiliki segulung Ijazah Sarjana palsu yang dibeli menerusi online dari sebuah universiti luar negara. Wahhh! Hebat mamat conman ni kan! Kaki auta!

Mia memang pelik dengan spesies sebegini. Pasanglah cita-cita setinggi mana pun, tapi janganlah sampai menindas orang lain. Sebab dari pengamatan Mia, spesies sebegini yang suka ‘terbang’ terlalu tinggi, lambat laun, akan jatuh terhempas di tanah jua. Jadi biarlah berpada-pada. Jangan lupa diri. Kena selalu beringat, berpijaklah di bumi yang nyata.....

Sunday, November 7, 2010

ANGKARA FACEBOOK!


PELAJAR DI PUKUL RAKAN GARA-GARA MENCEROBOH AKAUN FACEBOOK

NENEK BERUSIA 68 TAHUN BERKAHWIN DENGAN JEJAKA 34 TAHUN SELEPAS BERKENALAN DI FACEBOOK

LELAKI AFRIKA PERDAYA WANITA HAMPIR RM400,000 SELEPAS TERPIKAT DENGAN KATA-KATA MANIS DI FACEBOOK
REMAJA MENYAMAN IBU SELEPAS AKAUN FACEBOOK MILIKNYA DISEKAT

SEORANG GADIS SAMAN RAKAN KERANA MEMALUKANNYA DI FACEBOOK

MENGHINA SULTAN JOHOR MENERUSI FACEBOOK
Ya! Itu antara berita-berita yang pernah disiarkan di akhbar tempatan mengenai salah guna laman web sosial, Facebook (FB). Pasti you all pernah membaca antara laporan media itu bukan? Bagi Mia, itu semua perkara biasa bagi teknologi masa kini. Sama ada ia digunakan di jalan yang betul atau pun menyongsang.

Mia antara jutaan pengguna FB (eh! Dengar citer Malaysia merupakan pengguna terbesar FB..betul ke?) sejak beberapa tahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh adik Mia. Kata adik Mia, tak ‘in’ lah kalau takde FB... Sampaikan mak ayah Mia pun ada akaun FB (yang adik Mia kendalikan sendiri). Tapi Mia tak lah addict dengan FB ni, tak seperti ramai kengkawan Mia yang ralit menghadap FB tak kira waktu. Dengan handphone pun sibuk ber’facebooking’. Ada jugak yang ralit dengan pelbagai permainan di FB terutamanya Farmville. Oh! Mia tak suka nak layan games ni sebab kang takut tak buat keja lain, ralit sangat.

Sebenarnya Mia ada beberapa citer yang Mia simpan sendiri tentang FB ni. Citer yang Mia nak kasik tau kat you all.....

1) Mia ada ramai kawan pompuan yang dikenali secara realiti atau menerusi alam virtual (melalui Internet lah...). Ada ramai yang pakai tudung di luar, tapi kat FB memasing, ada plak togel di bahagian kepala.. siap ada yang sengaja tayang badan dengan hanya berbaju sleeveless.. alamak! Errkkk!!! No komen lah! Sendiri buat, sendiri tanggung!
2) Bebaru ni, ada sorang ex classmate Mia berciter, ayahnya jatuh cinta ngan kawan kepada kawan Mia ni! Mereka berkenalan di FB! Kawan Mia ni telah lama kematian ibu sejak usianya di alam gadis sunti. Jadi tak dinafikan ayahnya agak kesunyian tanpa teman. So kawan Mia ni tak kisahlah kalau ayahnya nak kawen lain. Katanya, kesian tengok ayahnya duduk sorang-sorang di rumah sebab semua anaknya bekerja jauh. So, masa balik raya baru-baru ni, ayah kawan Mia kata nak perkenalkan bakal ibu tiri la kononnya... Tup tup... terkejut semua anaknya bila wanita yang bakal menjadi suri dalam hidup ayahnya lebih kurang sebaya dengan mereka. So, kawan Mia ni seakan tak dapat nak terima hakikat dan kenyataan. Masakan tidak, wanita tersebut teman sepermainannya semasa kecik. Dah lah wanita tu muda 2 tahun dari dirinya! Tapi dah tak boleh nak buat apa, sebab ayahnya sibuk sangat nak kawen....jadi kenalah redha kan jugak dalam ketidakpaksaan!
3) Mia nak flash back jap.... awal tahun lalu, ada kengkawan sekolah rendah Mia bergaduh sesama sendiri kat FB Mia. Puncanya salah seorang dari mereka dengan selambanya mengutuk sorang pompuan ni (schoolmate Mia jugaklah..) kat gambar yang Mia upload. Lepas tu, ada pulak yang melayan.. Ada jugak yang jadik batu api sampaikan hal ni kat pompuan tu. Apa lagik..pompuan tu terus mengamuk sakan. Siap call Mia maki-maki (eh Mia upload pic jer.....malas nak campur sebenarnya) dan ugut nak saman kawan Mia tu. So Mia cakap lah kat dia, benda yang pada mulanya hanya guraua semata-mata terus menjadi melampau. So Mia delete la album tu. Malas nak panjang citer... Then pompuan tu tak puas hati. Dia dan konco-konconya kecoh ‘sekampung’ buat fitnah kat Mia dan geng Mia.. laaa...... macam perangai budak-budak! Umur dah lanjut tapi.... isy! Tapi sampai sekarang, takde plak dapat surat lawyer ke, polis call ke....alahaii...main ugut-ugut plak! Ada Mia kisah!
4) Mia cukup ‘prihatin’ dengan komen-komen dari frenlist berhubung dengan status Mia.. Percaya tak kalau Mia katakan, Mia pernah (banyak kali jugaklah) delete dan block fren yang bagi komen entah apa-apa entah. Ada tu sekadar menunjukkan simpati tapi dalam masa yang sama menjaja citer buruk di belakang Mia. Ada tu, tak tahu hal sebenar...tak tahu hujung pangkal, dengan ‘berhemahnya’ bagi komen yang sebenarnya takde kena mengena dengan maksud status Mia.. Jump into conclusion without nothing! Alahaiii.. poyo betul kan.. So Mia malas nak layan spesies sebegini..dari bikin menyemak kat FB Mia, baik disingkirkan terus... Bimbang parasit ini akan membiak tanpa habitat yang betul! Kan!
5) Emmm..belum masuk lagik frenlist (lelaki) yang sibuk cucuk jarum. Bila view profil mereka, tengok-tengok anak dah berderet! Alahaaaiii..... Tak reti nak cover line langsung dorang ni kan... ada hati nak jual ayat, jual saham.... Sorry lah.. Mia tak layan! Wrong numberrrr!

Sebenarnya banyak trilogi mengenai FB ni. Sama ada pengalaman Mia atau kengkawan lain. Malaslah nak citer semua... next time kay.... Bye! –ROGER & OUT-

Nota Kaki : Apa pun million thanks to FB kerana di gelanggang inilah Mia dapat keep in touch dengan ramai kengkawan lama, dapat kengkawan baru dan saling berhubungan dengan sanak saudara....

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template