Tuesday, November 30, 2010

JANGAN TERBANG TERLALU TINGGI....

Cuaca sekarang nie memang tak menentu. Ada masanya panas berpanjangan. Ada ketikanya, di saat suhu panas menyelubungi, tiba-tiba saja hujan datang menyerbu. Yer....cuaca memang sukar untuk diramalkan secara tepat biar pun menggunakan teknologi secanggih mana pun.

Emmm...mesti ada yang tertanya, mengapa intro Mia kali ni berkaitan dengan cuaca? Ala takde apa pun lah.. Saja nak peka soal cuaca. Memang lah masa suhu tengah panas, ramai yang mengharapkan hujan turun dan bakal menyejukkan suasana. Mia pun begitu tetapi Mia sangat berharap hujan tidaklah turun dengan lebat hingga mengakibatkan bencana alam seperti banjir yang berlaku di utara dan pantai timur Semenanjung. Apa pun..siapalah kita untuk menidakkan takdir dan kebesaran Ilahi....

Ok lupakan sejenak mengenai cuaca yang tak menentu. Mia hendak bercerita mengenai orang yang bercita-cita tinggi. Bagi Mia, memang tak salah kalau kita memasang cita-cita yang tinggi. Ia mampu merangsang diri kita sendiri untuk mencari jalan bagaimana hendak merealisasikan cita-cita itu. Cuma apa yang Mia ingin katakan, janganlah kerana cita-cita yang terlalu tinggi melangit itu, membuatkan ada orang lain yang rasa ditindas.

Ini berdasarkan kisah duka seorang kawan rapat Mia. Dia bekerja di sebuah production house hampir 5 tahun semenjak syarikat itu mula beroperasi. Tugasnya mendapatkan dan menyelia projek-projek komersial dari para pelanggan yang terdiri daripada syarikat korporat. Memang dah banyaklah projek-projek yang kawan Mia berjaya dapatkan. Baru-baru ini, ada seorang ahli lembaga pengarah baru menyertai syarikat itu. Si mamat ni memang tak boleh tengok orang lain lebih dari dirinya, bak kata kawan Mia tu lah. Apa-apa projek, kalau berjaya, dia mahu namanya yang dijulang tinggi biar pun bukan dia yang jalankan projek tersebut. Kalau projek itu bermasalah, amboii macam naga yang mengganas, dia melaharkan api kemarahannya tak tentu pasal.

Projek terkini yang kawan Mia uruskan ini memang dari syarikat korporat berprofil tinggi. Kawan Mia ni lah yang dok lobi syarikat tersebut hampir setahun untuk mendapatkan projek ini. Bila berjaya, kawan Mia dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya. Baru suku tempoh projek ini berjalan, si mamat tadi yang memang terkenal dengan gelaran Conman tu sibuk nak masuk campur. Habis dia bawak masuk kroni-kroninya yang kurang berpengalaman atau dalam bahasa lainnya kurang tahu buat kerja. Lepas tu team kawan Mia pulak yang menjadi kuli batak dorang. Silap sikit saja, ambik! Terus kena tembak bertubi-tubi! Memang tak tahan lah dengan sikap mamat dan kroninya tetapi kawan Mia masih boleh bersabar. Tetapi sampai satu peringkat, bila hasil kerja dan tahap kreativiti disekat tanpa alasan, maka kawan Mia pun hilang sabar dan meluahkan ketidakpuashatinya kepada pihak pengurusan syarikat. Tetapi memang silap besarlah kawan Mia buat camtu. Mana tidaknya, pihak pengurusan sudah tentu menyebelahi conman tu, ala nama pun ahli lembaga pengarah, saham mesti besar dan pengaruh mesti didengari! Akhirnya kawan Mia pulak kena pecat. Habis team dia pun kena sekali!

Dan si conman mengubal semula perjalanan projek tersebut tetapi kurang berjaya dan hasil kerja mereka kurang disenangi oleh pelanggan. Atau dalam bahasa lainnya, projek tersebut yang menelan belanja hampir RM sejuta hampir punah ranah! Paling ‘bestnya’, si conman ni menyalahi kawan Mia. Dia cakap kawan Mia lah punca kepincangan projek ini, habis dijajanya cerita buruk mengenai bekas staffnya itu. Tetapi dalam masa yang sama, dia tidak sedar, sikapnya itu umpama membuka pekung di dada. Apabila semakin ramai klien mula mengenali belang si conman itu.

Mia macam pelik jugalah bagaimana seseorang individu yang baru berusia pertengahan 20an berjaya memegang jawatan ahli lembaga pengarah. Kawan Mia menjawab, “Dah company tu, pakcik dia yang punya. Pakcik dia takde anak...itu pasal dia yang dapat jawatan tu.. Konon sebagai pelapis, tapi sebenarnya pelingkup adalah!”

Mia memang kenal dengan si conman ni, dari sekolah lagi (menurut banyak sumber), dia memang sering bercita-cita tinggi. Tetapi dalam mengejar cita-citanya, dia sering menindas orang lain. Tak kiralah siapa, dan apa yang dilakukan asalkan cita-citanya tercapai. Dahlah dengar cerita, dia memiliki segulung Ijazah Sarjana palsu yang dibeli menerusi online dari sebuah universiti luar negara. Wahhh! Hebat mamat conman ni kan! Kaki auta!

Mia memang pelik dengan spesies sebegini. Pasanglah cita-cita setinggi mana pun, tapi janganlah sampai menindas orang lain. Sebab dari pengamatan Mia, spesies sebegini yang suka ‘terbang’ terlalu tinggi, lambat laun, akan jatuh terhempas di tanah jua. Jadi biarlah berpada-pada. Jangan lupa diri. Kena selalu beringat, berpijaklah di bumi yang nyata.....

6 comments:

zOeY zAu YaH said...

penah rasa jugak tp jawatan yg ciput je lah..
zoeyzauyah.blogspot.com

ciknamr said...

singgah ke blog lady mia ^__^

Shaheila Malek said...

orang tamak selalu rugi.. *tetiba*
:)

elleyayah . said...

mia mia. cmne nak masukkan blog kita kat remaja?

aima alpharian said...

huhu..
what goes around comes around..
nanti dapatla balasan dia tu.

cik miera said...

ish..teruknye org yg cmtu...nyampah nye..cian kawan mia tu kan

Post a Comment

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template