Wednesday, January 19, 2011

SIMPAN PRIVACY UNTUK DIRI SENDIRI


Baru-baru ni adalah seorang kawan Mia memberikan link satu blog yang dihasilkan oleh girlfriend kepada penjaga gawang pasukan Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat (KFCM). Beria-ia kawan Mia suruh Mia baca satu persatu halaman blog gadis manis yang bernama Elia ini. Mia memang suka membaca blog orang terutamanya yang memaparkan pelbagai info terkini dan cerita-cerita menarik seperti hasil tulisan The Hottest Blogger kat Malaysia ni, siapa lagi kalau bukan Cik Hanis Zalikha yang cun melecun tu dan juga blog kawan lama Mia yang juga semakin famous itu, Darkbatman. Sekadar hobi mengikuti perkembangan blog orang lain memandangkan Mia sendiri bukanlah seorang blogger yang bagus sebab blog Mia asyik bersawang saja. Hehehe...

Ok berbalik kepada blog cinta hati kepada KFCM yang semakin hangat di pasaran (chewah), Mia memanglah tak larat nak baca dari halaman pertama kerana dah banyak sangat. Jadi Mia cuma review tak lebih dari 20 halaman saja, tu jer yang larat. Bila Mia cakap kat kawan yang Mia dah baca sikit Jejariruncing.blogspot.com itu, kawan Mia pun bertanya, “Apa komen kau fasal blog Jejariruncing itu?.” Mia pun menjawab, “Biasa jelah sebab kalau nak tahu fasal perkembangan KFCM atau pun kisah percintaan dia orang, bolehlah baca.” Tergelak kawan Mia, lepas tu dia berkata, “Sebenarnya ramai yang hentam balik girlfriend dia tu. Terlalu mendedahkan privacy dan kisah cinta, sampai ramai pulak yang meluat. Aku ada baca review beberapa blogger yang menghentam dan ada yang sekadar menasihati Elia supaya jangan terlalu ralit menulis kisah peribadi. Tapi memang kelakarlah bila baca komen-komen orang.”

Bagi Mia, memang blog ini salah satu medan untuk meluahkan perasaan selain bercerita tentang kehidupan atau pun perkara-perkara umum. Tapi tak dinafikanlah ada juga blogger yang menjadikan blog sebagai medan menghentam orang atau pun memaparkan sesuatu yang memang tak sesuai dijadikan bahan bacaan umum. Sebenarnya bagi Mia, blog rentetan kisah cinta ini memang melambak di Internet. Jadi Mia memang tak salahkan girlfriend KFCM tu. Secara kebetulan kekasih hatinya sedang sangat-sangat popular selepas Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki hujung tahun lepas. Dan bagi Mia, Elia tengah excited dan niatnya hanya untuk berkongsi cerita saja. Kalau nama KFCM tak meletup, Mia rasa orang taklah tercari-cari blog jejariruncing tu. Mungkin yang mengikutinya secara kebetulan dan terdiri dari kenalannya sendiri. Cuma Mia bersetuju dengan kata-kata kawan Mia, terlalu mendedahkan privacy diri sendiri ada kalanya tidak elok juga. Apa kata reserved privacy tersebut. Bukannya apa, bila dah terlalu terdedah, bahaya pun datang bergoleklah. Nasihat ikhlas Mia bagi Elia yang comel itu, orang menghentam itu ada sebabnya. Mungkin ada antara mereka dengki dengan awak yang dapat memenangi hati KFCM dan ada juga yang sekadar menasihati supaya jangan mendedahkan banyak hal privacy memandangkan KFCM tu tengah top dan ramai sungguh yang ‘hairan’ dengan dia kan.. Jadi ambillah nasihat ini dari sudut yang positif. Biarlah jadi low profile....itukan lebih bagus.

Bukan saja di blog, malah di Facebook mahu pun Twitter, ramai jugak yang mengekspresikan luahan jiwa di dalam status masing-masing. Mia mengakui, pernah ditegur oleh pihak atasan gara-gara Mia agak ‘out spoken’ meluahkan rasa di FB. Ini benar tau! Tetapi Mia mengambil teguran itu dari sudut positif dan semenjak itu Mia agak selektif apabila mahu meng’up’kan status sama di di FB, Twitter mahu pun BBM (Blackberry Messager). Betul jugak cakap boss Mia, bila kita terlalu mengekspresikan apa yang kita rasa, dari orang tak tahu kisah sebenarnya, boleh jadi tahu. Bukan itu saja, ada juga orang yang akan jump into conclusion walhal status itu tidaklah seperti yang dimaksudkan. Atau lebih tepat lagi, suka serkap jarang terutamanya bagi spesies yang KEPOCI ini. Kadang-kadang tulis lirik lagu pun disalahertikan, dan mulalah ada yang membalas status itu dengan kenyataan yang menyimpang. Alahaiiii.....
Mia ingin katakan di sini, untuk diri Mia sendiri dan juga kepada semua yang membaca ruangan Mia kali ini. Jagalah ruang privacy masing-masing supaya tidak disalahertikan..


4 comments:

it just me said...

betul...saya setuju ngan mia...
kadang2 saya pun macam tu jugak tp lama2 tersedar sendiri yg privacy diri kita sgt penting..

MIA said...

kannnnn..... :)

no name. i'm sorry said...

setuju tu. tak faham dengan blogger2 ni. terlalu show off. dedahkan privasi mahukan populariti pun ada. ada juga blogger sekarang mahu naik taraf macam 'artis'. u know, like a diva. kebanyakan, kaum hawa mmg terlalu over bila berblogging. mereka tidak sedar, dalam masa yang sama sebenarnya telah memperbodohkan diri sendiri . i don't know... keep on writing lady mia. i suka baca tulisan u. sgt bagus kalau ramai remaja mcm u, down to earth. i like. :)

MIA said...

no.name : issyyy....jgn ler deskriminasi gender...huhuhuh..

Post a Comment

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template