Sunday, February 27, 2011

ANTARA BLOGGER BERHEMAH & HENTAM KROMO


Walau pun blog Mia sering kali dibiarkan tersadai sehingga bersawang, namun ini tidak bermakna Mia mengenepikannya langsung. Ada masanya Mia akan mengisi entri blog dengan sesuatu yang boleh dikongsikan bersama. Walau pun masa terlalu mencemburui Mia, namun sedaya upaya Mia akan mencari ruang untuk ber’blogging’. Selain dari ber’blogging’ yang menjadi minat Mia di tangga...alamak nak letak ranking ke berapa ye? Sebab kalau letak yang teratas, nampak tak jujur pulak memandangkan blog Mia selalu menyepi tanpa khabar berita. Sorry...sorry..sorry... Mia tujukan lagu dendangan kumpulan K-Pop terkenal, Super Junior, khas untuk you all yang senantiasa ternanti-nanti entri terbaharu Mia. Ampun maaf zahir dan batin!
Selain dari ber’blogging’ (ranking di tangga yang tercorot), Mia lebih suka blogwalking. Ala berjalan-jalan di blog orang lain. Saja mencuci mata, minda dan hati melihat, menjenguk dan bertandang di blog-blog lain terutamanya yang aktif entrinya. Mia cukup gemar dengan blog yang penuh dengan informasi yang boleh dikongsikan bersama. Tidak kiralah mengenai perkembangan semasa, berita terkini (hiburan sensasi),motivasi, fasal kesihatan, fesyen dan kecantikan, sukan, gadget dan apa sajalah. Banyak sebenarnya blog yang Mia gemar layari, kalau nak tulis kat sini panjang lebarlah pulak. Eh! Kenapa Mia tak klik ‘FOLLOW’(I follow u........) kat blog-blog tersebut? Alamak...saja nak low profile! Motif sangat kannnnn!! Sebenarnya Mia lebih suka menjadi silent reader, tak perlu nak jadi as follower, cukuplah Mia letak URL blog berkenaan dalam senarai Favorite Mia.

Sebenarnya Mia cukup kagum dengan blogger-blogger yang begitu cerdas minda dan idea mencurah-curah untuk mengetuk story dalam setiap entri blog mereka. Tak macam Mia, kena ketuk dengan kakak-kakak REMAJA (Ops! Kakak keeee), barulah Mia terhegeh-hegeh nak update blog. Bagi Mia, blogger-blogger yang aktif berkongsi idea dan ilmu ni..memang Mia tabik springlah. Dalam sehari, tak sunyi blog mereka tanpa entri terbaharu. Kalau sehari tidak ada entri, pasti ramai follower meninggalkan pelbagai mesej di bahagian komen. Seronokkan! Boleh popular tau kalau jadi blogger ini. Lihat saja kehebatan si cantik manis Hanis Zalikha , dia pernah menduduki tempat pertama dalam pencarian di Google... (Ini kali keberapa entah Mia dok puji-puji dia.....tapi ikhlas). Walau pun blog Hanis lebih kepada kehidupannya, namun dia cukup bertuah kerana memiliki follower berjuta-juta lemon. Bukan itu saja, dia juga berjaya menjana pendapatan bersama Nuffnang. Begitu juga dengan blogger terkenal lain seperti Red Mummy dan Darkbatman. Isy..sekali lagi Mia ‘jeles’..bilalah Mia hendak menjadi seaktif mereka ni! Tapi sebenarnya Mia paling suka melayan blog Che Det (Tun Mahathir Mohamad) dan juga Irfan Khairi (kawan lama Mia ni!) kerana terselit banyak motivasi di dalamnya.

Tetapi Mia agak ‘kureng’ dan ‘elergi’ dengan blog-blog yang menghentam sana sini, berlagak bagus, riak, suka menunjuk-nunjuk dan sewaktu dengannya. Blog rentetan percintaan pun Mia tak nak baca. Termasuklah blog gosip yang sumbernya entahkan sahih entahkan tidak. Terlalu banyak blog yang entah apa-apa itu. Blog yang mengundang ketidakwarasan fikiran,’ tin kosong’ dan tidak berhemah memang tidak mendatangkan minat kepada Mia untuk mengunjunginya. (Tiba-tiba Mia teringat blog si pencari hantu yang mendedahkan al-kisah dalam kain bekas orang kenamaan negara..alamakkkk....meluatnya. Sampaikan dia bakal disaman hanya kerana pendedahan yang dilakukan di dalam blog miliknya!)

Bagi Mia, sebagai seorang blogger, biar pun zaman siber itu bebas tanpa sempadan, janganlah sampai mengenepikan soal etika dan berhemah ketika mengisi entri. Penulisan di dalam blog melambangkan siapa diri kita. Sahsiah diri kita. Keperibadian dan maruah kita. Serta sejauh mana tahap kebijaksanaan dan kewarasan kita. Jadi sejujurnya Mia ingin menyampaikan (walau Mia sedar, siapalah diri Mia untuk menasihati para blogger), berhati-hatilah dalam setiap bait-bait perkataan yang anda titipkan. Kerana ia mungkin mempengaruhi orang lain. Dan mungkin boleh menjatuhkan maruah orang lain. Impaknya....akan terpalit pada anda juga. Renung-renungkan....(dan selamat beramal!)


4 comments:

ED said...

hye...lady mia...bler nk update blog ny...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

thanks your info...
http:// Myaelqayreenaazryan.blogspot.com

Unknown said...

hehehe.... update lah sokmo :P

BUDAK BARU BELAJAR said...

haha,ce mia tgk blog aq ok x??

Post a Comment

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template