Saturday, May 15, 2010

Drama sebabak di kedai mamak

Baru-baru ni Mia melepak bersama kawan-kawan rapat di sebuah kedai mamak yang terletak di Kota Damansara. Sambil-sambil tengok perlawanan bola antara Chelsea menentangLiverpool yang membawa kemenangan kepada pasukan berjersi biru itu. Mia bukanlah peminat bola sepak Liga Inggeris. Sebab Mia lebih berminat untuk menyokong pasukan bola sepak tempatan. Tetapi demi kawan-kawan Mia yang beriya-iya mengajak lepak di kedai mamak yang agak terkenal di kawasan itu, Mia ikutkan saja. Maklumlah bukan selalu dapat berjumpa bila masing-masing sibuk dengan kerja dan sebagainya. Sebenarnya bukanlah nak tengok bola sangat pun, tapi saja nak bersembang, bergosip (walau pun turut disertai kawan-kawan lelaki) dan melepaskan rindu. Chewah!

Ada seorang kawan perempuan Mia, Zureen, yang sibuk bercerita tentang percintaannya. Sebelum ini dia dalam dilema, sama ada mahu menerima kembali bekas kekasihnya atau pun abang duda yang sedang mengejar cintanya. Kalau ikutkan, Zureen memang dah hampir sedekad bercinta dengan boyfriend dia ni, tapi bila ajak kahwin, ada saja alasan yang tercipta. Belum cukup duitlah, tak bersedia nak menjadi suamilah dan macam-macam lagi. Bab tak cukup duit ni, Mia kurang percayalah. Sebab setahu Mia, mamat tu kerja pun bukan calang-calang jawatan. Pengurus di sebuah syarikat IT, dan boleh pulak drive BMW 3 Series. Jadi tang mana pulak tak cukup duit kan! So bila Zureen putuskan hubungan dan menerima lamaran si duda beranak empat tu, ex boyfriend Zureen mula menggelabah. Mulalah sibuk mengejar balik cinta si kekasih hati. Sanggup buat apa saja, siap di pancingnya Zureen dengan pelbagai hadiah mewah. Untung Zureen, bila dalam masa seharian memujuk, dia boleh mendapat seunit netbook, jam tangan Guess, handbag Guess, kasut Aldo, handphone Blackberry Bold dan sebentuk cincin Solitaire Habib Jewel! Tu diaaaa.... beribu-ribu RM terbang! Akhirnya Zureen bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walau pun sehari sebelum itu, kawan Mia ni dah menerima lamaran dari abang duda yang dah berjanji nak hadiahkan sebuah Proton Satria Neo kepadanya! Haiya! Boleh gitu? Speechless. Mia tak nak komen apa-apa, itu hak masing-masingkan.

Sedang Zureen leka bercerita betapa excited dia mahu melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, tiba-tiba kekasihnya datang joint kami melepak. Mia dan kawan-kawan memang tak pernah kenal pun mamat ni, tapi tak kisahlah. Dia pun dah nak kahwin dengan Zureen, mungkin secara automatik dah layak diterima jadi kawan kami.

Sedang bersembang dan mendengar penuh khusyuk perancangan majlis perkahwinan Zureen yang dikatakan bakal menjadi ‘wedding of the year’, tiba-tiba lelaki duda beranak empat itu muncul! Siap bawak anak-anak dia lagi. Pertemuan yang tidak disangka oleh semua orang (ops! Maksud Mia, group kamilah pada malam itu), lebih-lebih lagi Zureen-‘tunang Zureen’-abang duda. Waduh! Drama sebabak pun bermula bila mereka bertiga saling tunding jari menyalahkan antara satu sama lain. Mula-mula cakap slow tapi dengan nada yang agak keras. Kemudian bertukar kepada perang mulut. Sampaikan orang disekeliling pun perasan dan saling memberikan tumpuan pada adegan tersebut. Zureen dah menangis teresak-esak. Kawan-kawan lelaki Mia pula sibuk menenangkan kekasih hati Zureen dan abang duda itu apabila kedua-duanya makin bertegang urat siap hempuk-hempuk meja. Paling parah bila si duda dah siap cekak leher baju kekasih Zureen!

Memang sebijik macam drama Hindustan pun ada! Paling menarik apabila keempat-empat anak si duda hanya ralit memerhatikan bapa mereka bergaduh dengan lelaki yang tidak dikenali. Hanya kerana seorang perempuan! Tiba-tiba...dusyummmm....sebijik penumbuk dilepaskan oleh kekasih Zureen khas untuk si duda. Makin parahlah keadaan, sampai meja pun terbalik! Malu punya pasal, Zureen lari begitu saja sambil menangis teresak-esak. Dan paling mengharukan apabila kedua-dua lelaki yang berbalah juga berlari mengejar Zureen. Mia dan kawan-kawan Mia dah tercenggang tak tahu nak cakap apa! Nak berkejar sama? Dah macam main kejar-kejar lah pulak kan! Akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik saja.

Keesokan harinya, Mia hubungi Zureen, untuk bertanyakan perkembangan drama sebabak ni. Wah! Mood Zureen sudah kembali pulih. Makin ceria. Siap cakap dia memang nak kahwin dengan kekasih hatinya itu. Lagi pun mamat tu dah berjanji nak bagi dia wang hantaran RM20 ribu, rumah teres sebiji, cincin berlian berharga RM8 ribu, beg tangan LV, jam tangan Tag Heuer dan macam-macam lagi lah! Untung Zureen ye, tak payahlah dia nak kerja sebagai kerani lagi lepas ni. Dah tentu bakal suaminya mampu memberikan segala-galanya. Mia berharap Zureen bahagia dengan pilihan hatinya. Sebagai seorang kawan rapat, itu sajalah yang terbaik dapat Mia doakan.

Nota Kaki : Rasa seronokkan meraih cinta yang boleh dibeli dengan wang ringgit? Entahlah...


ISY...BILER LER MIA DPT KETA NIE?? ADA SESAPA NAK SPONSOR KE? KUIKUIKUI....

4 comments:

Anonymous said...

adei mia..
nape gne nm sy..
huhuuhu..
nsb bek sy xmcm tue...

MIA said...

hahahahahah...alaaaaa....ni zureen kawan mia lahhh...nama sama xpe..jgn perangai sama..uhuks..

Tuah said...

keta tue bleh dapat.. tp usyar n pandu dlm mimpi jer la..!! :)

nuhara said...

dahsyat juga gegirl nie lihat duit jer kelabu mata..
takut nurul dengar mcm nie...
nnt myesal xsudah plak bila ade
terjadi ssuatu di masa depan harap2 xlah..
doa2 kawan kak mia nie bhgia amin!

Post a Comment

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template