Saturday, September 25, 2010

Hutang berjela...enjoy tetap tak ingat dunia!

Baru-baru ni ada seorang kenalan Mia mengeluh, kad kreditnya sudah over limit. Semuanya kerana kemaruk bershopping tak kira waktu. Bukan sekeping kad kredit yang tersusun di dompetnya. Tapi 3 sekali, berbeza bank pulak tu. Mia pelik jugak macamana dia boleh miliki sejumlah 3 keping kad kredit sedangkan gajinya tak sampai RM3 ribu pun dengan jawatan sebagai eksekutif pentadbiran saja. Tapi katanya, bank yang offer kad kredit ni memang ‘pemurah’, sudahlah boleh meluluskan permohonan tak sampai 24 jam!

Disebabkan dia kemaruk bershopping sana sini, sekarang ni dia menanggung beban melebihi RM20 ribu! Peh! Tercengang Mia dibuatnya. Mia sendiri mengaku memiliki sekeping kad kredit dengan jumlah limit hanya RM6 ribu, tapi serasanya Mia, tak sampai RM500 saja yang Mia pakai, itu pun setiap bulan Mia akan membayarnya sebab menggunakannya hanya untuk mengisi minyak kereta. Mia akui memiliki kad kredit untuk masa-masa kecemasan saja seperti kalau kereta rosak atau terpaksa mendapatkan rawatan di hospital pada ketika wang tunai tiada ditangan. Kalau bab-bab shopping ni, Mia lebih prefer pakai CASH sebab senang Mia nak uruskan keluar-masuk aliran duit Mia.

Tapi kawan Mia ni berbeza, dia mengaku memang ralit berbelanja. Kalau sebulan dia menggunakan RM1 ribu dari kad kreditnya, dia cuma membayar tak lebih dari RM200 sebulan. Lama-kelamaan hutangnya semakin bertambah. Bukan saja terpaksa menanggung ‘interest’ tapi jugak ‘late charges’! Sekarang ni dia siap dapat surat dari mahkamah untuk membicarakan kes yang memungkinkan akan melabelkan dia sebagai muflis. Mia nasihatkan dia agar merujuk kes ini ke AKPK iaitu agensi yang bersedia membantu dari segi nasihat untuk pengurusan hutang.

Ini antara satu cerita hutang yang memberikan tauladan kepada diri Mia sendiri. Mia mengaku jugalah seorang shopaholic, tetapi Mia berbelanja mengikut tahap kemampuan Mia. Nak pergi bercuti pun ikut kemampuan. Apatah lagi kalau nak membeli sesuatu yang mahal. Mia akan timbang tara pro dan kontra. Apa kepentingan dan kegunaan barangan tersebut. Mia tak nak mengikut pepatah, “Biar papa, asal bergaya!” Walawwweiiii it’s not me okay!

Ada satu lagi citer mengenai kawan seopis Mia. Beberapa bulan yang lepas, dia datang berjumpa dengan Mia, katanya hendak meminjam RM150, ada urusan keluarga katanya. Dan dia berjanji akan membayarnya pada minggu berikut. Kalau ikutkan ketika itu memang hujung bulan, dan Mia memang tidak punya wang tunai yang banyak. Tapi kenangkan dia merayu dan berjanji akan memulangkannya kembali dalam tempoh 2-3 hari, Mia pejamkan mata jugalah memberi padanya. Tunggu punya tunggu, ni dah masuk 5 bulan dia berhutang dengan Mia. Tapi Mia diamkan saja, ala RM150 jer kan.... Eh! Taklah sampai nak ‘burn’kan hutang tu, tapi sendiri mau ingatlah!

Suatu hari tu, Mia saja bersembang dengan seorang kakak kat opis Mia, cerita bab hutang ni, rupanya kawan yang berhutang tu pun pernah meminjam duit kakak ni... RM600 beb... dah tu hampir 2 tahun yang lalu tapi sampai la ni tak bayar-bayar! Dari anak si Zue (yang berhutang) masih dalam pantang, sampailah dah boleh berjalan. Dan yang paling menyakitkan hati kakak tu, baru-baru ni dia mendapati si Zue dan keluarganya siap boleh pergi bercuti ke Jakarta-Bandung lagi. Lepas tu baru-baru ni Zue siap tukar handphone lagi tu. Mana la kakak tu tak bengang, lagi pun Zue siap lari-lari tak nak jumpa orang-orang yang dia pernah berhutang termasuk Mia. Dan Mia jugak dapat tahu, rupanya Zue berhutang dengan ramai opismate lain dengan jumlah yang agak besar. Wah..wah...wah.... berhutang sana sini, tapi boleh pergi bercuti, tukar handphone baru... dan bebaru ni Mia nampak Zue mengunjungi satu kedai barang kemas!
Itu cerita pasal Zue. Ni ada satu lagi citer bab hutang. You all percaya tak bab hutang ni boleh menjejaskan ikatan persahabatan? Beb, keluarga pun boleh pecah belah disebabkan duit tau. Ada kawan Mia bercerita, tahun lepas dia ada pinjamkan RM1 ribu pada kawan baiknya. Masa bulan 3 yang lalu, dia mintak baliklah duit tu sebab dia nak menjalani pembedahan, jadi perlukan duit untuk deposit kat hospital. Memacam alasan yang diberikan oleh kawannya itu. akhirnya kawan Mia terpaksa berjumpa dengan family ‘orang’ itu. dan paling memeranjatkan family dia kayooooo wooooo.....rumah agam di Titiwangsa besar gila. Siap ada ferrari. Dengar cerita ada jet peribadi lagi. Tapi mengapa ‘orang’ itu meminjam duit? Entahlah...tak nak menyusahkan keluarga kot. Tapi menyusahkan kawan boleh pulak!

Untuk yang kaki hutang tu, Mia nasihatkan agar cermin-cerminkan lah diri you all. Jangan gali lubang kubur sendiri...kes naya betul. Berpijaklah di bumi yang nyata!

Nota Kaki : Hutang Mia yang paling besar...Cuma hutang kereta dengan bank jer sebab tak mampu tak beli cash!

Sunday, September 5, 2010

SAMPAI BILA MINDA DIJAJAH BUDAYA ASING?

Mungkin korang akan cakap, Mia ni terlewat untuk bercerita mengenai merdeka. Tetapi bagi Mia, masih belum terlewat rasanya. Lagi pun baru saja seminggu tanggal 31 Ogos itu berlalu. Walau pun merdeka tahun ini kurang terasa kemeriahannya kerana masing-masing teruja hendak membuat persiapan raya, tetapi sebagai anak Malaysia, Mia tetap meraikannya. Pasang bendera comel di kereta (yang comel juga) dan kibarkan bendera di perkarangan rumah, itu dua perkara yang Mia lakukan pada tanggal tersebut. Pada waktu malam merdeka, Mia sempatlah pusing-pusing di sekitar KL, bukan nak merayap tak tentu pasal tau. Lagi pun Mia bersama keluarga. Lepas solat terawih di masjil AL Syakirin, KLCC, papa Mia ajak ronda-ronda KL. Nak tengok lampu-lampu yang berwarna-warni di sepanjang jalan.

Salah satu lokasi yang kami lalui pastinya Dataran Merdeka. Time tu menunjukkan angka 11 malam. Kawasan tu agak meriah jugaklah walau pun takde sambutan kemerdekaan seperti yang selalu dilakukan. Yelah...nak menghormati bulan Ramadhan yang mulia katakan. Tapi yang menyakitkan pandangan mata Mia dan keluarga ialah melihat ramai golongan muda berpeleseran, tentunya mat rempit yang merajai kawasan itu. ada yang duduk di atas motor secara berpasangan, silap berpelukan pulak tu. Ada yang duduk di tangga berhampiran bendera tertinggi. Jugak berpasangan. Amboooii tak malunya dorang, siap beraksi mesra. Berkepit, berpeluk....masyaallah! Tak malu satu hal. Dorang ni tak reti hormat bulan Ramadhan ke? Mama Mia dah mengomel bila melihat aksi-aksi tersebut. Papa pula sekadar geleng kepala. Sempat jugak dia berkata, mujur jugalah anak-anaknya tidak begitu.

Sebagai seorang remaja, Mia malu jugak dengan telatah golongan segenerasi dengan Mia ni. Nampak sangat minda mereka masih terkongkong. Ada juga yang mindanya dikuasai nafsu. Bila papa Mia memandu ke Bukit Bintang, ternampak pula sekumpulan anak muda yang berpakaian ala punk sedang melepak di depan Maybank Sg Wang Plaza tu. Siap ada botol-botol arak disisi. Paling mengejutkan mereka itu berbangsa Melayu...dah tentu beragama Islam! Memalukan sungguh. Orang yang lalu lalang disitu tidak diendahkan. Mereka seakan tenggelam dengan dunia fantasi sendiri. Apa nak jadik dorang ni!

Mia tertanya sendiri, sejauh manakah kita ini merdeka? Ye...negara sudah lama aman merdeka, terlepas dari taklukan penjajah. Tetapi bangsa kita...masyarakat kita... sudah merdekakah kita semua? Ada yang kata, sudah merdeka berdasarkan kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan di serata tempat. Ya, memang merdeka jika itu perkara yang dikaitkan. Tetapi minda kita? Merdekakah?

Baru-baru ini, Mia berbuka puasa dengan beberapa orang kawan Mia. Salah seorangnya memang ‘New York version’ habis! Barangan buatan Malaysia, dia tak pandang. Semua yang dia miliki import-import belaka. “I kalau shopping, paling busuk pun kat KLCC dan Pavilion saja. I lebih prefer shopping kat Singapore. Tapi selalu jugaklah I shopping kat oversea macam London dan NY. Takut jugak nak beli barang kat sini even bertulis jenama mewah. Entah gred yang paling low class kot!” Aduiii... berdesing telinga mendengarnya. Tahulah dia anak kepada jutawan yang memiliki jet peribadi sendiri. Belajar pun di Ausie, setiap minggu dia boleh balik KL kalau dia hendak! Kawan-kawan Mia yang lain terlopong mendengar. Masa tu kami berbuka di sebuah restoran eksklusif di Pavilion. Jangan haraplah nak berbuka di gerai atau restoran biasa, mesti dia tak nak. Isyy...Mia sempat bisik kat sorang kawan Mia, menyesalnya ajak dia jumpa. Paling memualkan bila dia bertanya kereta apa yang kitorang bawak. Mia cakaplah setakat Myvi saja. Kawan-kawan Mia yang turut serta pun ada yang bawak Proton Persona, Waja dan Gen2. Ada jugaklah sorang dua yang bawak kereta import. Bila dia mendengar jawapan kitorang yang bawak kereta buatan Malaysia ni, dia terus mencebik. Katanya, “Eh, kalau kat luar negara, kereta-kereta local ni jadik teksi jer tau!” Aduuuhhhhh....sekali lagi ‘bernanah’ telinga mendengar. Mia malas nak layan lagik, terus Mia ajak kawan Mia balik. Boleh muntah darah kalau terus mendengar dia mengutuk barangan buatan Malaysia ni. Dah lah asyik merungut Malaysia ni panas. Nak jer Mia sound direct, suruh dia pegi duduk kat kutub utara sana. Entah-entah kat sana kena halau dengan beruang kutub! Loya tauuuuu!!


Nota Kaki : Mia bangga jadik anak Malaysia!

Wednesday, August 11, 2010

Selamat berpuasa..

Assalamualaikum untuk semua...

Dikesempatan ini, Mia nak ucapkan selamat berpuasa buat semua. Semoga kedatangan ramadhan ini mendatangkan lebih keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Maaf Mia sekarang ni mengalami kekangan masa untuk aktif di blog... Sibuk sangatlah... Mia pun dah mula start kelas.. ops.. Mia sambung belajar tau... So kelas Mia kebanyakannya malam... perit jugak bekerja di siang hari... malam pulak ada kelas.. tapi demi masa depan, Mia gagahkan diri jugaklah...

Ok untuk semua...nanti Mia sambung berceloteh yer...jaga diri elok2 tau... tatatatatatattata!

Friday, August 6, 2010

Tentang seseorang….




Tadi on the way balik dari Shah Alam menuju ke Kota Damansara, tayar kereta Mia pancit. Uwaaaa!!! Masa tu dalam pukul 3pm. Dah la panas gila. Paling haru.. Mia tak reti tukar tayar kereta lahhh! Mula la call orang sana sini nak mintak tolong. Malangnya masing-masing sibuk dengan kerja. Aduhaii.. tengah mengeluh sendirian, ada sebijik keta berhenti.. BMW 3 Series you all!!! Cuak jugak, takut orang jahat ke.. Yelahh..orang jahat sekarang ni pun banyak yang menggunakan kereta mewah untuk menipu. Betul tak? Kena bersangka buruk dahulu… isy..isy..isy..

Yang muncul driver (owner kot?) kereta tu. Alamak! Hensemnyaaaa.. isyy..mula tak jadik nak bersangka buruk! Tarik balik pesepsi negatif tadik! Hehehe…

Mamat tu perkenalkan dirinya sebagai Zain. Rupanya dia kawan kepada cousin Mia. Dia pernah jumpa Mia katanya masa hari raya kat rumah cousin Mia. Alamak! Mia tak perasan pulak! Ruginyaaaa….Lepas dia tolong tukarkan tayar kereta, Mia ingat nak belanja dia minum lah.. Kan cuaca panas, kesian tengok dia berpeluh-peluh. Tapi dia mintak maaf katanya ada meeting dekat TV3.. Alamakkk! Malunya Mia… Tapi dia janji hendak call Mia. So bolehlah Mia kotakan janji Mia… hehehe…

Isyy.. gediknya Miaaaaa. Don’t do that girl! Shame on you!! Mia marah diri sendiri ni.. Malu..malu… mintak-mintak Zain call… tak boleh tido lah Mia malam ni!!!!

Sunday, August 1, 2010

SOALAN ORTODOKS? SORRY, TAK LAYAN!

Tadi Mia pergi majlis persandingan Zureen. Akhirnya kahwin jugak kawan Mia yang sorang ni. Yelah sudah sedekad menunggu lamaran jejaka pilihan hati. Pelbagai onak dan ranjau telah dilalui. Akhirnya ikatan pernikahan termeteri jugak. Mia tumpang gembira.

Bukan main meriah lagi majlisnya. Mia datang dengan mama dan papa. Yelah keluarga Zureen pun kenal dengan keluarga Mia. Kat sana, ramailah jumpa kengkawan lama. Dan sepeti biasalah, Mia dihujani soalan bila nak kawen! Mia Cuma tersengih sambil menjawab, “Insyaallah, kalau Allah sudah mengizinkan...”. Itu sajalah yang Mia dapat jawab. Lepas tu ada pulak yang tak puas hati dengan Mia, bagi spekulasi bertubi-tubi. Macam Mia ni terlalu memilihlah, sibuk sangat dengan kerjalah, dan ada yang paling hampehs kata Mia ni tak suka lelaki ke? Gosh!!! Gila ke apa.... nasib baik soalan itu bukan ditanya dihadapan mama dan papa. Mia dengan selamba (tapi panas hati) menjawab, “Kalau I tak suka lelaki, ada kena mengena dengan u all ke?”. Elisa, kawan baik Mia sempat membisik, “Isy, dorang ni tak sayang mulut ke?”. Yang best nya, Eddy, salah seorang kawan rapat Mia yang tolong menjawab, “Kalau aku ditanya macam tu, aku bagik jawapan pelempang sorang-sorang!” Mia senyum je. Bagi Mia, malas nak layan spekulasi-spekulasi sedemikian rupa. Lantak dorang lah!

Lepas itu, sorang lagi kawan rapat Mia, Sarah yang baru saja 6 bulan melangsungkan perkahwinan jugak diasak pertanyaan, “Bila nak dapat anak?’, “Dah 6 bulan kawen, takkan tak lekat lagik kot?”, “Kau pegilah check kat hospital, pasal apa tak mengandung lagi”. What the......!Merah padam muka Sarah dan suaminya, Zul, bila mendengar soalan-soalan ortodoks ini. Kesian Mia dengan dia orang. Sakit hati punya pasal, Mia tolong menjawab bagi pihak Sarah-Zul (biar pun dah macam-macam dorang jawab). “Yang u all sibuk sangat sampai camni, kenapa? Ni kan takdir Tuhan, bukan u all yang tentukan. Hello.... yang dah kawen beranak pinak pun, bukan bererti boleh hidup bahagia selamanya. So jagalah rumahtangga sendiri!” Ambik! Mia memang dah tahap geram!

Sangat geram! Bukannya apa...mengapa soalan-soalan ortodoks dan spekulasi tak masuk dek akal ini sering kali berlegar-legar di kalangan masyarakat kita? Yang belum kawen, pasti akan dapat soalan BILA NAK KAWEN? Yang dah kawen tapi belum dapat anak mesti dapat soalan BILA NAK ADA ANAK? Yang dah kawen dan dah ada anak, ada jugak soalan BILA NAK TAMBAH ANAK? Mengapa takde pulak soalan BILA NAK KAWEN LAGIK? (bagi yang lelaki) dan soalan yang paling orang takkan tanya, BILA NAK MATI?

Nota Kaki : Mati itu takdirkan? Ye. Takdir. Abis kawen, anak itu bukan takdir? Ingat, setiap antara kita ada perjalanan dan ketentuan takdir sendiri.

Thursday, July 29, 2010

Jadilah graduan yang berkualiti!


Isyyy...geramnya Mia. Ni nak citer pasal kes client Mia yang mengamuk sakan semalam. Mana tak mengamuk, sepatutnya event yang dianjurkan berjalan lancar. Tetapi disebabkan sikap yang kurang bertanggungjawab oleh commitee event tu, semuanya carca marba. Nak tahu sapa commitee tu? Budak-budak baru yang sama office dengan Mia lah! Citernya macam ni, Mia ada dapat projek dari client untuk buat majlis pelancaran servis terbaru dorang. Sebenarnya Mia ni just mengendalikan soal pengiklanan saja. Tapi bila dah client mintak tolong Mia untuk buat event, tak sampai hati pulak nak tolak. So Mia pun mintak tolong dari department kat opis yang handle bab-bab event ni. Disebabkan ketua department tu cuti bersalin pulak, big boss Mia minta Mia yang monitor team event ini. So tubuhlah committe yang cuma ada 5 orang saja. 3 daripadanya adalah staff baru, fresh graduate. Memanglah sikit jer committe sebab event pun tak sebesar mana.

Nak dijadikan citer salah seorang dari staff baru berpangkat Junior Executive tu, pehhh...control macho memanjang! Semua benda dia tahu dan pakar katanya. Kalau kita bincang dengan dia, semua bendalah dalam tangannya. Itu nak uruskan, ini boleh kasik sampai settle. Disebabkan percaya, Mia pun serahkan bulat-bulat beberapa task penting. Minggu terakhir sebelum event, banyak rupanya yang tak settle! Sebelum ni bila Mia tanya progress keja, semua ok saja. So taklah Mia risau, sebab Mia pun ada keja lain nak buat.

Sehari sebelum event... banyak rupanya lompang sana sini. Yang 2 lagi staff baru tu kalut memanjang sebab nak kena cover kerja-kerja yang lompang tu. Lagi 2 staff senior pun jadi kelam kabut, dah settle task dorang, kena tolong budak-budak baru ni. Mia jadik cuak jadinya!

Hari event...semua carca marba lah. Client dah bising! Aduhaiii... Sah-sah Mia lah yang kena ‘tembak’! So bila post mortem, si budak baru yang ngaku terror ni, pehhh!! Dia boleh pulak pin point orang lain. Katanya takde kerjasamalah, orang lain tak bertanggungjawablah! Dia sorang jer bertungkus lumus buat semua. Hello!! Excuse me!!! Bos dah pandang Mia semacam! OMG!

Geram punya pasal, Mia luahkan segala yang terpendam. Lepas tu commitee lain pun buat perkara yang sama. Saling meluahkan apa yang tak kena dek perangai mamat yang bodoh sombong tu. Terus terdiam dia! Ingat boleh berlagak macho konon! Tolongggglah!
Mia nak nasihatkan pada semua fresh graduate, di IPT memanglah kita akan diajar TEORI. Ingat TEORI! Tak sama dengan praktikal, dik! Walau dapat high score sekali pun, dalam kerjaya, lain cabarannya. Jadi janganlah bodoh sombong. Tak tahu, tolong bertanya, mintak pandangan. Jangan asal buat, hentam kromo! Mia pun masih dalam proses pembelajaran. Setiap hari, ada saja perkara baru yang kita akan tahu dan belajar. Jangan fikir kita ni pandai dan tahu semua perkara.




Nota kaki : Berpijaklah di bumi yang nyata!

Wednesday, July 21, 2010

Cuti-cuti Malaysiaaa....











Helllooooo!! Alamaknya agak lama Mia tak update blog ni. Dah mula bersawang. ISy..isyy..kena kasik clean and clear ni. Kalau tak, blog ni akan makin bersawang, berkarat dan seterusnyaaaa... reput dimakan dek anai-anai. Oh! Tidakkkk!!!

Bukannya apa, Mia sekarang ni tak berapa ada masa nak menghadap blog. Asyik out station jer.. Ops.. Baru-baru ni Mia outstation ke Kota Kinabalu. Dah lama tak jejak KK..rasanya hampir 10 tahun! Isyy..lamanyaaaaa.... Disebabkan Mia ada arrangekan event utk client kat Karambunai Resort, so dapatlah menjejaki KK semula.. Pada asalnya Mia ke sana hanya 4 hari, tapi sengaja Mia extend lagi 2 hari. Nak bercuti! Nak lepas tension! Nak lepas geram!!!

Tapi Mia tak sempat nak ke daerah Kundasang, atau Kinabalu Park. Apatah lagik nak memanjat mount Kinabalu (eh ada stamina lagik ke nak memanjat? Ops! 10 tahun lalu Mia ke KK utk panjat gunung tu tau!). Sebenarnya Mia teringin sangat hendak berkayak di arus deras di daerah Tenom. Tapi takde kesempatan sbb masa begitu mencemburui Mia. Takpe...this coming October, Mia plan dengan kengkawan hendak ke sana... tak sabar!

So percutian singkat ini, Mia cuma dapat snorkling di Pulau Sapi dan Manukan saja. Kira ok la sebab snorkling dan scuba diving antara hobi Mia. Cuma tak kesempatan untuk selalu berbuat demikian saja.

Menyelam di Sapi dan Manukan memang menyeronokkan. Pelbagai spesis ikan ada. Takjub dengan ciptaan Yang Maha Esa. Sangat menenangkan! Walau pun di Manukan, Mia menjadi mangsa sengetan Jelly Fish (nasib baik tak begitu serius!), tapi Mia puas hati dapat snorkling. Biar pun kulit Mia yang kuning langsat ni jadi rentung dek sunburn! Ala sesekali....

Apa pun, Mia memang enjoy!








 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template