Thursday, February 3, 2011

SORRY...SORRY..SORRY....

Mia bukan nak nyanyi lagu "Sorry..sorry..sorry" (Super Junior), tapi secara merendah diri, Mia nak ucap MAAF a.k.a SORRY untuk semua yang mengikuti blog Mia yang tak seberapa ni. Sebabnya Mia TERAMAT JARANG blogging. Sampaikan blog ni dah selalu sangat bersawang....

Sebenarnya Mia tak punya banyak masa untuk menghadap Internet. Maklumlah...Mia sekarang ni sibuk study...dalam masa yang sama, kerja.

Apa pun Mia akan cuba sedaya upaya untuk mencuri masa berblogging.. Khas untuk you all semua.....

HAPPY CHINESE NEW YEAR & HAPPY HOLIDAY!


HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ALL CHINESE'S FRENS

&

HAPPY HOLIDAY TO ALL FELLOWS...!




Sunday, January 23, 2011

JANGANLAH TUA SEBELUM WAKTUNYA.....


Semalam Mia saja keluar dengan adik Mia ke KLCC & Pavilion. Saja nak berjalan-jalan sambil window shopping. Ala bukan ada beli apa pun. Cuci mata jer lebih... hehehe.... Sepanjang hari kami berjalan, Mia peratikan memang ramai remaja bersantai di dua shopping complex terkemuka ini. Dan kebanyakan mereka, Mia rasakan masih dibangku sekolah. Tapi cara dorang dress up.. peh! kalah Mia yang dah lama bekerja ni. From top to toe... dressing sakan especially yang pompuanlah. dengan high heels dan wedges.. handbag....make up bagai.... wah.... sakan habislah! (Seketika Mia peratikan dressing Mia pulak... just baby-T bersama skinny jeans, sling bag & sandals!..hahaha....memang sempoi.. make up? Cukuplah sekadar lipgloss, eye liner dan sedikit compact powder).


Mia rasakan para remaja sekarang ni makin advanced.... pantas! Tidak seperti zaman remaja Mia dahulu (eh Mia masih remaja lagik tau....belum 25 tahun pun! hahaha) Tapi budak-budak sekolah zaman sekarangm wahhh.... terlebih2 matang dari segi penampilan dan paras rupa. Tang perangai tu, Mia tak tahulah pulak.


Mia sempat singgah minum di Starbuck. Di sebelah meja yang Mia duduk, adalah sekumpulan girls... confirm masih bersekolah. Adalah dalam umur 14-17 tahun agaknya. Gaya mereka...macam nak ke party.... lepas tu isi yang dorang dok sembang, sudah tentu pasal lelaki...shopping dan branded item! ops! Mia 'terpasang' telinga pulak! Hahaha..Sebenarnya saja nak pasang telinga...sesekali nak kepoci. Ada jugalah isi Mia nak ketuk kat blog Mia yang kerap bersawang ni kan....


Tiba-tiba Mia teringat seorang classmate Mia. Namanya Lin. Dulu time sekolah, dia pun suka dressing mengalahkan usia, tak sabar hendak menjadi dewasa katanya. Tapi bila sekarang ni, dia suka pakai sempoi macam Mia pulak. Katanya bila dah dewasa, tetiba teringin nak kembali remaja. Laaaa..pulak!


Ni Mia nak nasihatkan kat adik-adik... hargailah zaman remaja you all semua. Usia remaja hanya datang sekali dalam hidup. Zaman remaja especially zaman persekolahan adalah zaman yang cukup indah untuk dikenangkan dalam hidup. Pelbagai warna-warni. Jadi hargai zaman remaja sewajarnya. You all akan dewasa suatu hari kelak. Masanya akan tiba. Enjoy sementara usia masih muda (ops! Jangan over enjoy sampai melampaui batas pulak ek!).


Wednesday, January 19, 2011

SIMPAN PRIVACY UNTUK DIRI SENDIRI


Baru-baru ni adalah seorang kawan Mia memberikan link satu blog yang dihasilkan oleh girlfriend kepada penjaga gawang pasukan Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat (KFCM). Beria-ia kawan Mia suruh Mia baca satu persatu halaman blog gadis manis yang bernama Elia ini. Mia memang suka membaca blog orang terutamanya yang memaparkan pelbagai info terkini dan cerita-cerita menarik seperti hasil tulisan The Hottest Blogger kat Malaysia ni, siapa lagi kalau bukan Cik Hanis Zalikha yang cun melecun tu dan juga blog kawan lama Mia yang juga semakin famous itu, Darkbatman. Sekadar hobi mengikuti perkembangan blog orang lain memandangkan Mia sendiri bukanlah seorang blogger yang bagus sebab blog Mia asyik bersawang saja. Hehehe...

Ok berbalik kepada blog cinta hati kepada KFCM yang semakin hangat di pasaran (chewah), Mia memanglah tak larat nak baca dari halaman pertama kerana dah banyak sangat. Jadi Mia cuma review tak lebih dari 20 halaman saja, tu jer yang larat. Bila Mia cakap kat kawan yang Mia dah baca sikit Jejariruncing.blogspot.com itu, kawan Mia pun bertanya, “Apa komen kau fasal blog Jejariruncing itu?.” Mia pun menjawab, “Biasa jelah sebab kalau nak tahu fasal perkembangan KFCM atau pun kisah percintaan dia orang, bolehlah baca.” Tergelak kawan Mia, lepas tu dia berkata, “Sebenarnya ramai yang hentam balik girlfriend dia tu. Terlalu mendedahkan privacy dan kisah cinta, sampai ramai pulak yang meluat. Aku ada baca review beberapa blogger yang menghentam dan ada yang sekadar menasihati Elia supaya jangan terlalu ralit menulis kisah peribadi. Tapi memang kelakarlah bila baca komen-komen orang.”

Bagi Mia, memang blog ini salah satu medan untuk meluahkan perasaan selain bercerita tentang kehidupan atau pun perkara-perkara umum. Tapi tak dinafikanlah ada juga blogger yang menjadikan blog sebagai medan menghentam orang atau pun memaparkan sesuatu yang memang tak sesuai dijadikan bahan bacaan umum. Sebenarnya bagi Mia, blog rentetan kisah cinta ini memang melambak di Internet. Jadi Mia memang tak salahkan girlfriend KFCM tu. Secara kebetulan kekasih hatinya sedang sangat-sangat popular selepas Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki hujung tahun lepas. Dan bagi Mia, Elia tengah excited dan niatnya hanya untuk berkongsi cerita saja. Kalau nama KFCM tak meletup, Mia rasa orang taklah tercari-cari blog jejariruncing tu. Mungkin yang mengikutinya secara kebetulan dan terdiri dari kenalannya sendiri. Cuma Mia bersetuju dengan kata-kata kawan Mia, terlalu mendedahkan privacy diri sendiri ada kalanya tidak elok juga. Apa kata reserved privacy tersebut. Bukannya apa, bila dah terlalu terdedah, bahaya pun datang bergoleklah. Nasihat ikhlas Mia bagi Elia yang comel itu, orang menghentam itu ada sebabnya. Mungkin ada antara mereka dengki dengan awak yang dapat memenangi hati KFCM dan ada juga yang sekadar menasihati supaya jangan mendedahkan banyak hal privacy memandangkan KFCM tu tengah top dan ramai sungguh yang ‘hairan’ dengan dia kan.. Jadi ambillah nasihat ini dari sudut yang positif. Biarlah jadi low profile....itukan lebih bagus.

Bukan saja di blog, malah di Facebook mahu pun Twitter, ramai jugak yang mengekspresikan luahan jiwa di dalam status masing-masing. Mia mengakui, pernah ditegur oleh pihak atasan gara-gara Mia agak ‘out spoken’ meluahkan rasa di FB. Ini benar tau! Tetapi Mia mengambil teguran itu dari sudut positif dan semenjak itu Mia agak selektif apabila mahu meng’up’kan status sama di di FB, Twitter mahu pun BBM (Blackberry Messager). Betul jugak cakap boss Mia, bila kita terlalu mengekspresikan apa yang kita rasa, dari orang tak tahu kisah sebenarnya, boleh jadi tahu. Bukan itu saja, ada juga orang yang akan jump into conclusion walhal status itu tidaklah seperti yang dimaksudkan. Atau lebih tepat lagi, suka serkap jarang terutamanya bagi spesies yang KEPOCI ini. Kadang-kadang tulis lirik lagu pun disalahertikan, dan mulalah ada yang membalas status itu dengan kenyataan yang menyimpang. Alahaiiii.....
Mia ingin katakan di sini, untuk diri Mia sendiri dan juga kepada semua yang membaca ruangan Mia kali ini. Jagalah ruang privacy masing-masing supaya tidak disalahertikan..


Thursday, January 6, 2011

TAHNIAH DEWI REMAJA 2010....

Mia mengucapkan TAHNIAH kepada DEWI REMAJA 2010 musim ke lapan iaitu mek kelate yang comel lote, Neelofa, kerana berjaya menewaskan 12 finalis Pencarian Dewi REMAJA 2010 pada Disember yang lalu. Siaran tertunda bagi program ini telah disaksikan pada 5 Januari...baru sebentar tadi. Menurut team REMAJA, markah yang diberikan oleh pihak juri kepada Lofa sangat tinggi, menunjukkan yang memang tepat pilihan dilakukan. Begitu juga pengadilan yang dijalankan oleh team REMAJA sendiri sepanjang pembabitan finalis2 ini dalam setiap aktiviti yang berlangsung selama hampir 3 tahun ini.

Tempat kedua pula disandang oleh si comel, Izara Aishah dan bakal doktor, Shangkaree, pula di tempat ketiga.

Tahniah juga diucapkan kepada semua finalis seperti Iraa, Nadiey, Ramona, Anzalna, Fiza, Tilla, Mia, Zarina dan Azar. Biar pun tak berjaya memenangi title Dewi REMAJA, bagi Mia, u all semua ni dah memang Dewi Remaja pun... Jadi peganglah title ini sebaik mungkin buat selama-lamanya....


2010...goodbye! Welcome 2011...




Sekejapnya masa berlalukan.. Dah masuk tahun baru..2011... Dikesempatan ini, Mia nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua. Semoga 2011 ini mendatangkan 1001 kebahagiaan, keceriaan, kesihatan yang terpelihara (termasuk Iman) dan juga dimurahkan rezeki buta kita semua... Susunlah langkah dengan penuh cemerlang!

Friday, December 24, 2010

TAHUN BAHARU DAN 9 BULAN YANG AKAN DATANG....


Pejam celik..pejam celik, sekejap saja kalendar sudah bertukar kedudukan. Cepatnya masa berlalu pergi meninggalkan kita. Nampaknya umur pun sudah bertambah satu lagi angka. Tapi apa ada hal....age just a number! So, jangan takut pada peningkatan usia ok! Bagi Mia, peningkatan usia itu menandakan kita yang semakin matang. Tak gitu.

Tetapi ada juga umur dah banyak, tahap matang masih berkurangan. Bukan disebabkan perangai yang kebudak-budakan atau childish. Tetapi apabila tidak matang dalam bertindak atau membuat keputusan. Mia ingin kaitkan senario tidak matang dalam bertindak dengan sambutan tahun baharu.

Pastinya ramai yang ingin celebrate kedatangan tahun baharu bukan. Tetapi jika tersilap celebrate, padah dibuatnya. Terutamanya bagi golongan kekasih. Ada yang celebrate dengan melakukan hubungan yang terlarang. Yelah dah syok tengok percikan api di Dataran Merdeka atau di mana-mana jua, bersama berdua-duaan sehingga lewat malam, makin sejuk...dan pastinya ada pihak ketiga yang menemani, sapa lagi kalau bukan syaitan yang dok menghasut melakukan perkara-perkara yang terlarang. Perkara sebegini sebenarnya bukan sahaja berlaku pada malam tahun baharu, merdeka atau pun Valentine’s Day. Malam-malam tanpa sebarang keraian pun ia tetap boleh berlaku. Pokok pangkalnya hati dan kekuatan Iman masing-masing.

Seperti yang Mia katakan tadi, bila dah berdua berada di satu kawasan yang strategi, pastinya syaitan menemani. Maka, kebarangkalian untuk melakukan perkara yang mungkar ini, peratusannya sangat besar. Bila sudah ‘terjadi’, buat pertama kali, bukan hendak menyesal. Sebaliknya gian pula mengulanginya. Tidak pernah terfikir akan impak di masa yang agak datang. Nauzubillah.

Bila si perempuan sudah memboyot, barulah gelabah. Paling hilang akal, bila ramai yang sanggup bergelar pembunuh dengan mencampakkan janin atau mayat bayi hasil hubungan luar nikah itu di merata tempat. Dalam tong sampah, semak belukar mahu pun longkang! Sifat yang mengalahkan binatang ini sangat kejam bila sanggup menghabiskan nyawa si kecil yang tidak berdosa itu tanpa perasaan bersalah atau dibaluti rasa berdosa.

Mia teringat keluhan seorang teman yang aktif dalam pertubuhan sosial bersama NGO. Dia sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah akhlak yang melibatkan remaja khususnya. Sebelum hari raya tahun lalu, dia hampir mati akal untuk memujuk seorang gadis berusia 16 tahun yang telah berhenti sekolah. Si gadis itu mengandung 6 bulan dan menunggu si kekasih untuk membawanya melakukan pengguguran haram. Namun si kekasih tidak kunjung tiba, lantas si gadis (eh bukan gadis lagi kalau dah hilang dara kan?) bertemu dengan teman Mia mengadu masalah. Dia mengugut mahu membuang bayi tersebut sebaik sahaja dilahirkan. Puaslah teman Mia memujuk, akhirnya gadis tersebut bersetuju untuk tinggal sementara di rumah perlindungan dan pemulihan akhlak sehingga melahirkan anak. Dan bayi tersebut akan dijadikan anak angkat bagi mana-mana pasangan yang berminat tetapi harus melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terlebih dahulu.

Menurut teman Mia, gadis tersebut mengandung selepas melakukan hubungan seksual dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya ketika sama-sama menyambut tahun baharu 2010. Kemudian mereka banyak kali mengulangi perkara yang sama sehinggalah mengetahui si gadis mengandung 6 bulan. Kemudian si lelaki menghilangkan diri, pastinya tidak mahu bertanggungjawab. Lalu membuatkan si gadis mengelupur!

Itu baru satu kisah yang berlaku berpunca menyambut tahun baharu dengan aktiviti yang sangat bodohlah! Adohaiii... Mia haraplah agar janganlah sampai ada yang melakukan perbuatan yang sama iaitu dengan memperbodohkan diri sendiri. Memang tak salah menyambut tahun baharu tetapi biarlah secara berhemah, matang dan bijak.




NOTA KAKI : Selamat tahun baharu 2011 pada semua!
 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template