Saturday, October 16, 2010

Emmm...pikir..pikir...pikir!

Alaaaaa..Keta Mia buat hal lagik..... kali ni brake shaft plak problem.. Last month, timing belt hampir putus! sadis betull...dah banyak Mia invest kat keta ni... Papa dah bising, katanya Mia memang tak reti jaga keta!! Alaaaa Papa ni.....





So Papa sarankan Mia tukar keta jer... Tapi dia cakap, "Sila pakai duit sendiri! Dah keja!" Apa lah papa ni... bagik cadangan, kalau dia kasik duit down payment, ok jugakkkkk... isyyy....





So skang ni Mia tengah pikir..... Nak tukar ketaaaaaa... atauuuu....terus invest ngan keta semput ni....





Issyy..Mia terbayang2.....

Amacam??????

Tuesday, October 5, 2010

Bila hidup ala Hollywood!

Baru-baru ni Mia berkesempatan bercuti di salah sebuah pusat peranginan di Cherating, Pahang, bersama keluarga sempena cuti raya. Kami pergi secara berkonvoi sebanyak 5 buah kereta. Kebetulan sepupu Mia bertunang pada hari raya ke tiga kat Kuantan. Dah terlanjur ke sana, kami terus ke Cherating dan menginap di sana selama 3 hari dua malam. Seronok betul, ala-ala family gathering. Macam-macam aktiviti yang dilakukan termasuklah BBQ di tepi pantai pada waktu malam. Pada malam terakhir di Cherating, keseronokan kami di sana dicemari dengan parti liar di pantai tersebut. Tengah berseronok ber-BBQ sambil bergurau senda, tiba-tiba kitorang terkejut dengan jerit pekik dan muzik yang kuat dipasang. Rupanya ada sekumpulan remaja yang tengah berparti di pantai yang sama. Yang tak bestnya, dorang tu berparti liar! Yang perempuan siap berpakaian seksi....two piece bikiny! Yang lelaki pula tak berbaju (tapi nasib baik masih berseluar), dan parti tersebut bukan saja dihiasi dengan muzik yang membingitkan, tetapi bersepah botol-botol arak. Dah la siap menari-nari, bercumbu-cumbuan dan memacamlah pemandangan yang menyakitkan mata!

Melihat aksi-aksi sebegitu,beberapa cousin Mia menghampiri kumpulan remaja liar itu. dengan harapan mahu memberikan nasihat kepada mereka agak tidak bertindak liar. Dahlah usia masih remaja, Melayu pulak tu! Memalukan sungguh! Tapi nasihat cousin Mia langsung tidak diambil peduli malah teruk pula dimaki hamun cousin Mia tu. Malah ada pulak yang bertindak kurang ajar dengan mencarut-carut dan mengugut nak membelasah cousin Mia.

Melihat keadaan yang semakin panas tu, seorang pakcik Mia yang bekerja sebagai pegawai tinggi polis menghampiri kumpulan terbabit. Sebelum tu pakcik Mia dah siap telefon balai polis berhampiran. Bila pakcik Mia tunjukkan kad kuasa, barulah nampak kecut kumpulan remaja terbabit. Terus dorang blah sorang demi sorang sebelum sempat polis sampai.

Makcik-makcik Mia yang turut serta membebel-bebel dengan kejadian tersebut. Kata dorang, inilah bahananya kalau mak bapak tak reti jaga anak. Membiarkan anak-anak terbabit dengan kegiatan tak bermoral, aktiviti liar dan setaraf dengannya. Bila dah terhantuk, baru nak tersedar kot. Itu pun nasib kalau belum terlambat nak tersedar dan sempat nak insaf.

Itu baru parti liar kat tepi pantai yang makcik-makcik, pakcik-pakcik dan mak ayah Mia lihat di depan mata. Banyak lagi benda-benda yang tak bermoral ini berlaku di luar sana. Nasib baiklah Mia, adik-beradik dan cousin-cousin Mia takde yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral ni. Kitorang pun hidup dalam kemodenan tapi nasib baik masing-masing tahu jaga diri dan tidak tergugat dek pengaruh buruk. Masih berpijak di bumi yang nyatalah.

Ada jugak cousin Mia yang menetap di oversea. Tapi mereka masih mengikut adat resam dan budaya orang Melayu. Masih tahu dan sedar hukum-hakam. Tapi ada juga orang yang Mia kenal, belajar kat oversea beberapa tahun jer, bila balik Malaysia, cakap Melayu pun tak reti! Ada yang nak berslanga bagai! Alahai.....

Ada sorang kenalan Mia, dia dilahirkan di London dan dibesarkan di Singapura. Tapi memilih Malaysia untuk menuntut ilmu. Sebuah universiti swasta tempatan jadi pilihan dia. Baru jer 5 bulan di Malaysia, tapi dia sudah mampu menguasai bahasa Melayu dengan agak baik. Malah dia cukup suka berbaju kurung cotton walau pun dalam cuaca panas terik. Dia juga suka makan nasi lemak, teh tarik, roti canai dan sambal belacan. Sekarang ni dia tengah belajar-belajar makan ulam-ulaman dan petai! Masa raya lepas, dia sempat datang ke open house Mia dan cukup suka makan ketupat bersama rendang! Dia cakap, untung betul orang Malaysia sebab kaya dengan adat resam dan budaya pelbagai kaum. Tapi katanya lagi, sayang...ramai rakyat kita yang seakan terlupa budaya sendiri. Malunyaaaa......dalam hati Mia!

Saturday, September 25, 2010

Hutang berjela...enjoy tetap tak ingat dunia!

Baru-baru ni ada seorang kenalan Mia mengeluh, kad kreditnya sudah over limit. Semuanya kerana kemaruk bershopping tak kira waktu. Bukan sekeping kad kredit yang tersusun di dompetnya. Tapi 3 sekali, berbeza bank pulak tu. Mia pelik jugak macamana dia boleh miliki sejumlah 3 keping kad kredit sedangkan gajinya tak sampai RM3 ribu pun dengan jawatan sebagai eksekutif pentadbiran saja. Tapi katanya, bank yang offer kad kredit ni memang ‘pemurah’, sudahlah boleh meluluskan permohonan tak sampai 24 jam!

Disebabkan dia kemaruk bershopping sana sini, sekarang ni dia menanggung beban melebihi RM20 ribu! Peh! Tercengang Mia dibuatnya. Mia sendiri mengaku memiliki sekeping kad kredit dengan jumlah limit hanya RM6 ribu, tapi serasanya Mia, tak sampai RM500 saja yang Mia pakai, itu pun setiap bulan Mia akan membayarnya sebab menggunakannya hanya untuk mengisi minyak kereta. Mia akui memiliki kad kredit untuk masa-masa kecemasan saja seperti kalau kereta rosak atau terpaksa mendapatkan rawatan di hospital pada ketika wang tunai tiada ditangan. Kalau bab-bab shopping ni, Mia lebih prefer pakai CASH sebab senang Mia nak uruskan keluar-masuk aliran duit Mia.

Tapi kawan Mia ni berbeza, dia mengaku memang ralit berbelanja. Kalau sebulan dia menggunakan RM1 ribu dari kad kreditnya, dia cuma membayar tak lebih dari RM200 sebulan. Lama-kelamaan hutangnya semakin bertambah. Bukan saja terpaksa menanggung ‘interest’ tapi jugak ‘late charges’! Sekarang ni dia siap dapat surat dari mahkamah untuk membicarakan kes yang memungkinkan akan melabelkan dia sebagai muflis. Mia nasihatkan dia agar merujuk kes ini ke AKPK iaitu agensi yang bersedia membantu dari segi nasihat untuk pengurusan hutang.

Ini antara satu cerita hutang yang memberikan tauladan kepada diri Mia sendiri. Mia mengaku jugalah seorang shopaholic, tetapi Mia berbelanja mengikut tahap kemampuan Mia. Nak pergi bercuti pun ikut kemampuan. Apatah lagi kalau nak membeli sesuatu yang mahal. Mia akan timbang tara pro dan kontra. Apa kepentingan dan kegunaan barangan tersebut. Mia tak nak mengikut pepatah, “Biar papa, asal bergaya!” Walawwweiiii it’s not me okay!

Ada satu lagi citer mengenai kawan seopis Mia. Beberapa bulan yang lepas, dia datang berjumpa dengan Mia, katanya hendak meminjam RM150, ada urusan keluarga katanya. Dan dia berjanji akan membayarnya pada minggu berikut. Kalau ikutkan ketika itu memang hujung bulan, dan Mia memang tidak punya wang tunai yang banyak. Tapi kenangkan dia merayu dan berjanji akan memulangkannya kembali dalam tempoh 2-3 hari, Mia pejamkan mata jugalah memberi padanya. Tunggu punya tunggu, ni dah masuk 5 bulan dia berhutang dengan Mia. Tapi Mia diamkan saja, ala RM150 jer kan.... Eh! Taklah sampai nak ‘burn’kan hutang tu, tapi sendiri mau ingatlah!

Suatu hari tu, Mia saja bersembang dengan seorang kakak kat opis Mia, cerita bab hutang ni, rupanya kawan yang berhutang tu pun pernah meminjam duit kakak ni... RM600 beb... dah tu hampir 2 tahun yang lalu tapi sampai la ni tak bayar-bayar! Dari anak si Zue (yang berhutang) masih dalam pantang, sampailah dah boleh berjalan. Dan yang paling menyakitkan hati kakak tu, baru-baru ni dia mendapati si Zue dan keluarganya siap boleh pergi bercuti ke Jakarta-Bandung lagi. Lepas tu baru-baru ni Zue siap tukar handphone lagi tu. Mana la kakak tu tak bengang, lagi pun Zue siap lari-lari tak nak jumpa orang-orang yang dia pernah berhutang termasuk Mia. Dan Mia jugak dapat tahu, rupanya Zue berhutang dengan ramai opismate lain dengan jumlah yang agak besar. Wah..wah...wah.... berhutang sana sini, tapi boleh pergi bercuti, tukar handphone baru... dan bebaru ni Mia nampak Zue mengunjungi satu kedai barang kemas!
Itu cerita pasal Zue. Ni ada satu lagi citer bab hutang. You all percaya tak bab hutang ni boleh menjejaskan ikatan persahabatan? Beb, keluarga pun boleh pecah belah disebabkan duit tau. Ada kawan Mia bercerita, tahun lepas dia ada pinjamkan RM1 ribu pada kawan baiknya. Masa bulan 3 yang lalu, dia mintak baliklah duit tu sebab dia nak menjalani pembedahan, jadi perlukan duit untuk deposit kat hospital. Memacam alasan yang diberikan oleh kawannya itu. akhirnya kawan Mia terpaksa berjumpa dengan family ‘orang’ itu. dan paling memeranjatkan family dia kayooooo wooooo.....rumah agam di Titiwangsa besar gila. Siap ada ferrari. Dengar cerita ada jet peribadi lagi. Tapi mengapa ‘orang’ itu meminjam duit? Entahlah...tak nak menyusahkan keluarga kot. Tapi menyusahkan kawan boleh pulak!

Untuk yang kaki hutang tu, Mia nasihatkan agar cermin-cerminkan lah diri you all. Jangan gali lubang kubur sendiri...kes naya betul. Berpijaklah di bumi yang nyata!

Nota Kaki : Hutang Mia yang paling besar...Cuma hutang kereta dengan bank jer sebab tak mampu tak beli cash!

Sunday, September 5, 2010

SAMPAI BILA MINDA DIJAJAH BUDAYA ASING?

Mungkin korang akan cakap, Mia ni terlewat untuk bercerita mengenai merdeka. Tetapi bagi Mia, masih belum terlewat rasanya. Lagi pun baru saja seminggu tanggal 31 Ogos itu berlalu. Walau pun merdeka tahun ini kurang terasa kemeriahannya kerana masing-masing teruja hendak membuat persiapan raya, tetapi sebagai anak Malaysia, Mia tetap meraikannya. Pasang bendera comel di kereta (yang comel juga) dan kibarkan bendera di perkarangan rumah, itu dua perkara yang Mia lakukan pada tanggal tersebut. Pada waktu malam merdeka, Mia sempatlah pusing-pusing di sekitar KL, bukan nak merayap tak tentu pasal tau. Lagi pun Mia bersama keluarga. Lepas solat terawih di masjil AL Syakirin, KLCC, papa Mia ajak ronda-ronda KL. Nak tengok lampu-lampu yang berwarna-warni di sepanjang jalan.

Salah satu lokasi yang kami lalui pastinya Dataran Merdeka. Time tu menunjukkan angka 11 malam. Kawasan tu agak meriah jugaklah walau pun takde sambutan kemerdekaan seperti yang selalu dilakukan. Yelah...nak menghormati bulan Ramadhan yang mulia katakan. Tapi yang menyakitkan pandangan mata Mia dan keluarga ialah melihat ramai golongan muda berpeleseran, tentunya mat rempit yang merajai kawasan itu. ada yang duduk di atas motor secara berpasangan, silap berpelukan pulak tu. Ada yang duduk di tangga berhampiran bendera tertinggi. Jugak berpasangan. Amboooii tak malunya dorang, siap beraksi mesra. Berkepit, berpeluk....masyaallah! Tak malu satu hal. Dorang ni tak reti hormat bulan Ramadhan ke? Mama Mia dah mengomel bila melihat aksi-aksi tersebut. Papa pula sekadar geleng kepala. Sempat jugak dia berkata, mujur jugalah anak-anaknya tidak begitu.

Sebagai seorang remaja, Mia malu jugak dengan telatah golongan segenerasi dengan Mia ni. Nampak sangat minda mereka masih terkongkong. Ada juga yang mindanya dikuasai nafsu. Bila papa Mia memandu ke Bukit Bintang, ternampak pula sekumpulan anak muda yang berpakaian ala punk sedang melepak di depan Maybank Sg Wang Plaza tu. Siap ada botol-botol arak disisi. Paling mengejutkan mereka itu berbangsa Melayu...dah tentu beragama Islam! Memalukan sungguh. Orang yang lalu lalang disitu tidak diendahkan. Mereka seakan tenggelam dengan dunia fantasi sendiri. Apa nak jadik dorang ni!

Mia tertanya sendiri, sejauh manakah kita ini merdeka? Ye...negara sudah lama aman merdeka, terlepas dari taklukan penjajah. Tetapi bangsa kita...masyarakat kita... sudah merdekakah kita semua? Ada yang kata, sudah merdeka berdasarkan kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan di serata tempat. Ya, memang merdeka jika itu perkara yang dikaitkan. Tetapi minda kita? Merdekakah?

Baru-baru ini, Mia berbuka puasa dengan beberapa orang kawan Mia. Salah seorangnya memang ‘New York version’ habis! Barangan buatan Malaysia, dia tak pandang. Semua yang dia miliki import-import belaka. “I kalau shopping, paling busuk pun kat KLCC dan Pavilion saja. I lebih prefer shopping kat Singapore. Tapi selalu jugaklah I shopping kat oversea macam London dan NY. Takut jugak nak beli barang kat sini even bertulis jenama mewah. Entah gred yang paling low class kot!” Aduiii... berdesing telinga mendengarnya. Tahulah dia anak kepada jutawan yang memiliki jet peribadi sendiri. Belajar pun di Ausie, setiap minggu dia boleh balik KL kalau dia hendak! Kawan-kawan Mia yang lain terlopong mendengar. Masa tu kami berbuka di sebuah restoran eksklusif di Pavilion. Jangan haraplah nak berbuka di gerai atau restoran biasa, mesti dia tak nak. Isyy...Mia sempat bisik kat sorang kawan Mia, menyesalnya ajak dia jumpa. Paling memualkan bila dia bertanya kereta apa yang kitorang bawak. Mia cakaplah setakat Myvi saja. Kawan-kawan Mia yang turut serta pun ada yang bawak Proton Persona, Waja dan Gen2. Ada jugaklah sorang dua yang bawak kereta import. Bila dia mendengar jawapan kitorang yang bawak kereta buatan Malaysia ni, dia terus mencebik. Katanya, “Eh, kalau kat luar negara, kereta-kereta local ni jadik teksi jer tau!” Aduuuhhhhh....sekali lagi ‘bernanah’ telinga mendengar. Mia malas nak layan lagik, terus Mia ajak kawan Mia balik. Boleh muntah darah kalau terus mendengar dia mengutuk barangan buatan Malaysia ni. Dah lah asyik merungut Malaysia ni panas. Nak jer Mia sound direct, suruh dia pegi duduk kat kutub utara sana. Entah-entah kat sana kena halau dengan beruang kutub! Loya tauuuuu!!


Nota Kaki : Mia bangga jadik anak Malaysia!

Wednesday, August 11, 2010

Selamat berpuasa..

Assalamualaikum untuk semua...

Dikesempatan ini, Mia nak ucapkan selamat berpuasa buat semua. Semoga kedatangan ramadhan ini mendatangkan lebih keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Maaf Mia sekarang ni mengalami kekangan masa untuk aktif di blog... Sibuk sangatlah... Mia pun dah mula start kelas.. ops.. Mia sambung belajar tau... So kelas Mia kebanyakannya malam... perit jugak bekerja di siang hari... malam pulak ada kelas.. tapi demi masa depan, Mia gagahkan diri jugaklah...

Ok untuk semua...nanti Mia sambung berceloteh yer...jaga diri elok2 tau... tatatatatatattata!

Friday, August 6, 2010

Tentang seseorang….




Tadi on the way balik dari Shah Alam menuju ke Kota Damansara, tayar kereta Mia pancit. Uwaaaa!!! Masa tu dalam pukul 3pm. Dah la panas gila. Paling haru.. Mia tak reti tukar tayar kereta lahhh! Mula la call orang sana sini nak mintak tolong. Malangnya masing-masing sibuk dengan kerja. Aduhaii.. tengah mengeluh sendirian, ada sebijik keta berhenti.. BMW 3 Series you all!!! Cuak jugak, takut orang jahat ke.. Yelahh..orang jahat sekarang ni pun banyak yang menggunakan kereta mewah untuk menipu. Betul tak? Kena bersangka buruk dahulu… isy..isy..isy..

Yang muncul driver (owner kot?) kereta tu. Alamak! Hensemnyaaaa.. isyy..mula tak jadik nak bersangka buruk! Tarik balik pesepsi negatif tadik! Hehehe…

Mamat tu perkenalkan dirinya sebagai Zain. Rupanya dia kawan kepada cousin Mia. Dia pernah jumpa Mia katanya masa hari raya kat rumah cousin Mia. Alamak! Mia tak perasan pulak! Ruginyaaaa….Lepas dia tolong tukarkan tayar kereta, Mia ingat nak belanja dia minum lah.. Kan cuaca panas, kesian tengok dia berpeluh-peluh. Tapi dia mintak maaf katanya ada meeting dekat TV3.. Alamakkk! Malunya Mia… Tapi dia janji hendak call Mia. So bolehlah Mia kotakan janji Mia… hehehe…

Isyy.. gediknya Miaaaaa. Don’t do that girl! Shame on you!! Mia marah diri sendiri ni.. Malu..malu… mintak-mintak Zain call… tak boleh tido lah Mia malam ni!!!!

Sunday, August 1, 2010

SOALAN ORTODOKS? SORRY, TAK LAYAN!

Tadi Mia pergi majlis persandingan Zureen. Akhirnya kahwin jugak kawan Mia yang sorang ni. Yelah sudah sedekad menunggu lamaran jejaka pilihan hati. Pelbagai onak dan ranjau telah dilalui. Akhirnya ikatan pernikahan termeteri jugak. Mia tumpang gembira.

Bukan main meriah lagi majlisnya. Mia datang dengan mama dan papa. Yelah keluarga Zureen pun kenal dengan keluarga Mia. Kat sana, ramailah jumpa kengkawan lama. Dan sepeti biasalah, Mia dihujani soalan bila nak kawen! Mia Cuma tersengih sambil menjawab, “Insyaallah, kalau Allah sudah mengizinkan...”. Itu sajalah yang Mia dapat jawab. Lepas tu ada pulak yang tak puas hati dengan Mia, bagi spekulasi bertubi-tubi. Macam Mia ni terlalu memilihlah, sibuk sangat dengan kerjalah, dan ada yang paling hampehs kata Mia ni tak suka lelaki ke? Gosh!!! Gila ke apa.... nasib baik soalan itu bukan ditanya dihadapan mama dan papa. Mia dengan selamba (tapi panas hati) menjawab, “Kalau I tak suka lelaki, ada kena mengena dengan u all ke?”. Elisa, kawan baik Mia sempat membisik, “Isy, dorang ni tak sayang mulut ke?”. Yang best nya, Eddy, salah seorang kawan rapat Mia yang tolong menjawab, “Kalau aku ditanya macam tu, aku bagik jawapan pelempang sorang-sorang!” Mia senyum je. Bagi Mia, malas nak layan spekulasi-spekulasi sedemikian rupa. Lantak dorang lah!

Lepas itu, sorang lagi kawan rapat Mia, Sarah yang baru saja 6 bulan melangsungkan perkahwinan jugak diasak pertanyaan, “Bila nak dapat anak?’, “Dah 6 bulan kawen, takkan tak lekat lagik kot?”, “Kau pegilah check kat hospital, pasal apa tak mengandung lagi”. What the......!Merah padam muka Sarah dan suaminya, Zul, bila mendengar soalan-soalan ortodoks ini. Kesian Mia dengan dia orang. Sakit hati punya pasal, Mia tolong menjawab bagi pihak Sarah-Zul (biar pun dah macam-macam dorang jawab). “Yang u all sibuk sangat sampai camni, kenapa? Ni kan takdir Tuhan, bukan u all yang tentukan. Hello.... yang dah kawen beranak pinak pun, bukan bererti boleh hidup bahagia selamanya. So jagalah rumahtangga sendiri!” Ambik! Mia memang dah tahap geram!

Sangat geram! Bukannya apa...mengapa soalan-soalan ortodoks dan spekulasi tak masuk dek akal ini sering kali berlegar-legar di kalangan masyarakat kita? Yang belum kawen, pasti akan dapat soalan BILA NAK KAWEN? Yang dah kawen tapi belum dapat anak mesti dapat soalan BILA NAK ADA ANAK? Yang dah kawen dan dah ada anak, ada jugak soalan BILA NAK TAMBAH ANAK? Mengapa takde pulak soalan BILA NAK KAWEN LAGIK? (bagi yang lelaki) dan soalan yang paling orang takkan tanya, BILA NAK MATI?

Nota Kaki : Mati itu takdirkan? Ye. Takdir. Abis kawen, anak itu bukan takdir? Ingat, setiap antara kita ada perjalanan dan ketentuan takdir sendiri.
 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template