Wednesday, February 16, 2011

HAI....SIAPA NAMA?


Boleh berkenalan tak? Kerja kat mana? Umur berapa? Dah kawen ke belum? Boleh bagi pin number Blackberry?

Itu sebahagian dari mesej-mesej yang kerap Mia terima di facebook. Kalau dah mesej sedemikian rupa, pastinya dari lelaki. Dan paling buat Mia terkejut ialah 50 peratus darinya adalah lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga. Terpampang wajah anak-isteri di laman facebook masing-masing. Tetapi tetap mahu ‘mencucuk jarum’ jugak. Nak test power lah kononnya! Seperti mana watak Sudin dan Ajis yang menyanyi di dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’... “Ulat bulu naik daunnnnnnnn.... apa nak buatttttt?”

Memanglah Mia bukanlah seorang yang prejudis menolak perkenalan melalui alam siber TETAPI AGAK-AGAKLAH. Tengok status lah brader! Dah tahu status bertukar dari bujang ke suami orang, ada hati pulak nak mengurat anak dara orang. Hey lauyalahhh!! Not my taste OK!Terus-terang Mia katakan yang Mia memang menolak perkenalan dari orang-orang sebegini. Kalau setakat nak bertukar-tukar pendapat, nyatakan saja di wall, lebih terbuka. Tak payahlah nak dapatkan nombor telefon atau pun BB Pin. Kang lebih-lebihlah pulak! Tetapi ada juga gadis-gadis yang seperti tak kisah melayan ‘HAK MILIK SEORANG ISTERI’. Dalam erti kata lain, tak kisah nak berkenalan dengan suami orang. Ada yang berani menjalinkan hubungan sulit atau dalam erti kata lain, sanggup berskandal dan menjadi kekasih gelap. Kawan-kawan Mia pun ramai yang terjebak.

Dari hubungan secara maya, mula berani bertemu di alam realiti. Mengaturkan pertemuan antara dua jiwa konon. Bila hati dah terpaut dek kata-kata penuh romantik, ada jugak yang terpikat biar pun ada lelaki yang sudah beruban dan perut memboroi. Argh! Itu hanya ciri-ciri fizikal saja, pejamkan saja mata janji poket tebal! Itu kata seorang kawan Mia bernama Ain. Dia telah pun hampir 2 tahun menjadi kekasih gelap kepada Arman, lelaki berusia 48 tahun yang sudah pun memiliki 2 orang isteri dan 9 orang anak! Tapi Ain tak kisah! Asalkan lelaki pujaan hatinya boleh menaja hidupnya. “Cukuplah aku dapat menumpang kasih sayang Arman...”, itu pengertian dari Ain.

Ada seorang lagi kawan Mia yang bernama Maya, dia ni memang cun habis. Maklumlah anak kacukan, model part time pulak tu. Tapi dia sudah menjalinkan hubungan sulit dengan Mus, yang berusia 55 tahun. Dah pasti ‘pakcik’ Mus ini sudah beranak-pinak. Anak sulung ‘pakcik’ Mus ini pun lebih tua dari Maya. Tapi kata Maya, dia pun tak kisah. Biarlah ‘pakcik’ Mus sudah gondol kepalanya, perut boroi mengalahkan ibu mengandung 4 bulan, tetapi kasih sayang antara mereka tetap erat. Motif sangat!

Eh! Ada lagi.... Rita, anak kepada jiran Mia. Dia pun berskandal dengan Hashim, cikgu zaman sekolah rendah yang dijumpai semula di facebook. Hebat kan! Cikgu Hashim ni rambutnya dah takde hitam langsung. Serba putih. Misai janggut dia pun serba putih. Tapi kelebihan pada Cikgu Hashim, badannya masih tegap biar pun menghampiri usia 60 tahun! Bak kata Rita, “Rambut putih tu seksilah, u! Macam Richard Gere.... Hensem!”


Mia geleng kepala. Mia cukup kenal dengan keluarga Cikgu Hashim. Tapi tak sampai hati nak memberitahu mereka tentang hubungan terlarang antara Cikgu Hashim-Rita.
Tapi kalau Mia terus mendiamkan diri, macam bersubahat pulak kan. Alaaa... apa nak buat ni! Serba salah dibuatnya tau!


Ops! Sapa kata perempuan saja yang kerap terjebak dengan kisah cinta bersama kekasih gelap sebegini. Lelaki pun sama tauuuu.. Seorang officemate Mia, Shukri, bercinta dengan isteri orang yang juga dikenali melalui facebook. Shukri ni baru jer dapat ijazah....so agak-agaklah umurnya pun tak sampai 25 tahun. Tapi kekasih gelapnya berusia 2 kali ganda darinya. Tapi Shukri pun tak kisah! Alahaiii...Bercerita tentang kisah kekasih gelap, payah kalau nak ulas panjang-panjang. Pokok pangkal diri sendiri. Isssyy..janganlah Mia terjebak dengan cinta sebegini. Touch wood...touch wood!!!



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template