Tuesday, October 19, 2010

CANTIK KE???


Semalam Mia mengunjungi sebuah shopping mall di Petaling Jaya. Saja nak bawak makcik Mia yang baru datang dari Kedah berjalan-jalan. Penat membeli-belah, Mia duduk seketika. Mata Mia terpandangkan seorang makcik tua yang duduk di kerusi bersebelahan. Di hadapannya ada stroller baby. Kiri kanannya pula ada beberapa shopping bag. Mia ingatkan dia tu orang gaji sesapa ntah. Tiba-tiba ada seorang wanita datang menghampirinya. Eh..muka wanita tu sebijik macam seorang model terkenal. Bila Mia amati lagi, memang betullah wanita tu model yang banyak memperagakan pakaian di pentas fesyen dan berlakon iklan komersial. “Mak, tunggu sini kejap. Saya nak pergi beli kasut...”tutur wanita tersebut pada makcik tua itu sambil meletakkan baby di dalam stroller. Kemudian ada dua lagi kanak-kanak kecil berlari-lari di tepi makcik itu. Laaaa....mak model tu ke. Terkejut jugak Mia. Lepas tu model tu berlalu pergi meninggalkan emaknya menjaga cucu-cucunya bersendirian. Kesian Mia tengok makcik tu, melayan kerenah cucu-cucunya yang nakal dan sorang lagi cucunya yang ada dalam stroller meragam.

Dalam hati Mia, “Amboiiiii.....Dia syok shopping. Tapi anak-anak dia, mak dia yang terkulat-kulat menjaganya....Harapkan muka jer lawa! Tapi buat mak sendiri cam orang gaji!”

Nobody perfect! Itu kenyataan. Pada pengamatan Mia, walau muka cantik atau kacak sekali pun, bab hati tak semestinya indah seperti zahir. Ada juga yang muka biasa-biasa je, tapi batin cukup cantik. Ada orang di sekeliling Mia, muka memang lawa.. persis ratu cantik dunia. Tapi perangai..tu diaaa! Teruk beb.... Dengki, iri hati, cemburu dengan orang lain, busuk hati dan memacam lagi peel yang kalau diceritakan...aduhaiii.... malas. Ada juga orang di sekeliling kita, muka ado-ado jer...tapi perangainya...wah..indah... baik hati, suka membantu, jujur, sopan....... kan!

Manusia ni memang dilahirkan ada keistimewaan dan kekurangan tersendiri. Keistimewaan yang dimiliki harus dipergunakan sebaik mungkin. Namun kekurangan yang lompong sana sini tu, kalau boleh diperbaiki bagi lebih elok, kan afdal. Kalau tak boleh nak diperbaiki, reti-retilah cover line. Jangan sampai pecah lobang!!

Ada sorang opismate Mia. Namanya Amat. Dia ni driver kepada bos Mia. Muka dia..emm...ramai yang kata macam ‘pecah pintu’.. isssyyy tak baikkan..kutuk kurniaan Tuhan. Tapi bagi Mia, abang Amat ni baik orangnya. Cakap lemah lembut, menghormati orang, baik hati, suka menolong, jujur dan paling penting, dia memang tak tinggal solat. Walau pun orang sering menjadikan dia sebagai mangsa untuk buat itu ini, tapi abang Amat ni ikut jer..jenis tak kisah. Alasannya, “Ala, apa salahnya membantu sesama sendiri. Kitakan manusia. Benda elok pulak tu....” itulah jawapannya bila Mia cakap ngapalah dia ni suka tolong orang buat benda-benda yang ntah apa-apa ntah. Ada yang mintak tolong dia pegi beli jeruk sebab mengidam, abang Amat pergi ikutkan jugak. Tapi kalau benda-benda yang best macam makan-makan besar atau berkaraoke, tak pulak diajak abang Amat. Dorang bagi alasan, level abang Amat sebagai driver tak setanding dorang-dorang ni yang keja bertaraf eksekutif.

Ni ada lagi satu story, masa Mia menginap di sebuah asrama di utara tanah air masa menuntut di IPT dulu. Namanya Julie (opsss...bukan nama sebenar tau!), dia ni memang cantik....menawan. Anak orang kaya you alllllll... tetapi mempunyai habit yang pelik iaitu suka mencurik barang orang lain. Walhal dia mampu belinya sendiri. Tetapi habit yang satu ni memang dia tak boleh nak tinggalkan sampai terpaksa menjalani terapi! Hanya 2 semester saja dia kat asrama, lepas tu pihak kolej mintak keluarganya ambik dia balik. Sebab boleh dikatakan saban minggu ada jer laporan kecurian yang melibatkan Julie. Yang bestnya..Julie mengaku tau! Macam-macam bendalah yang di’kidnap’nya antaranya pakaian, aksesori, handphone dan macam-macam lagi. Akhirnya dia terpaksa berhenti belajar di IPT berkenaan dan memasuki kolej swasta. Sekarang Mia tak tahu apa jadik kat dia.

Jadi, moral of the story...bersyukurlah dengan kurniaan Yang Maha Esa, jangan terlalu taksub dengan kelebihan yang you all ada dan mempergunakannya di jalan yang salah. Sebab bila kita terlalu bangga dengan apa yang ada, akan timbul riak lah pulak. Itu kan sikap yang tak bagus! Betul tak?


Saturday, October 16, 2010

Emmm...pikir..pikir...pikir!

Alaaaaa..Keta Mia buat hal lagik..... kali ni brake shaft plak problem.. Last month, timing belt hampir putus! sadis betull...dah banyak Mia invest kat keta ni... Papa dah bising, katanya Mia memang tak reti jaga keta!! Alaaaa Papa ni.....





So Papa sarankan Mia tukar keta jer... Tapi dia cakap, "Sila pakai duit sendiri! Dah keja!" Apa lah papa ni... bagik cadangan, kalau dia kasik duit down payment, ok jugakkkkk... isyyy....





So skang ni Mia tengah pikir..... Nak tukar ketaaaaaa... atauuuu....terus invest ngan keta semput ni....





Issyy..Mia terbayang2.....

Amacam??????

Tuesday, October 5, 2010

Bila hidup ala Hollywood!

Baru-baru ni Mia berkesempatan bercuti di salah sebuah pusat peranginan di Cherating, Pahang, bersama keluarga sempena cuti raya. Kami pergi secara berkonvoi sebanyak 5 buah kereta. Kebetulan sepupu Mia bertunang pada hari raya ke tiga kat Kuantan. Dah terlanjur ke sana, kami terus ke Cherating dan menginap di sana selama 3 hari dua malam. Seronok betul, ala-ala family gathering. Macam-macam aktiviti yang dilakukan termasuklah BBQ di tepi pantai pada waktu malam. Pada malam terakhir di Cherating, keseronokan kami di sana dicemari dengan parti liar di pantai tersebut. Tengah berseronok ber-BBQ sambil bergurau senda, tiba-tiba kitorang terkejut dengan jerit pekik dan muzik yang kuat dipasang. Rupanya ada sekumpulan remaja yang tengah berparti di pantai yang sama. Yang tak bestnya, dorang tu berparti liar! Yang perempuan siap berpakaian seksi....two piece bikiny! Yang lelaki pula tak berbaju (tapi nasib baik masih berseluar), dan parti tersebut bukan saja dihiasi dengan muzik yang membingitkan, tetapi bersepah botol-botol arak. Dah la siap menari-nari, bercumbu-cumbuan dan memacamlah pemandangan yang menyakitkan mata!

Melihat aksi-aksi sebegitu,beberapa cousin Mia menghampiri kumpulan remaja liar itu. dengan harapan mahu memberikan nasihat kepada mereka agak tidak bertindak liar. Dahlah usia masih remaja, Melayu pulak tu! Memalukan sungguh! Tapi nasihat cousin Mia langsung tidak diambil peduli malah teruk pula dimaki hamun cousin Mia tu. Malah ada pulak yang bertindak kurang ajar dengan mencarut-carut dan mengugut nak membelasah cousin Mia.

Melihat keadaan yang semakin panas tu, seorang pakcik Mia yang bekerja sebagai pegawai tinggi polis menghampiri kumpulan terbabit. Sebelum tu pakcik Mia dah siap telefon balai polis berhampiran. Bila pakcik Mia tunjukkan kad kuasa, barulah nampak kecut kumpulan remaja terbabit. Terus dorang blah sorang demi sorang sebelum sempat polis sampai.

Makcik-makcik Mia yang turut serta membebel-bebel dengan kejadian tersebut. Kata dorang, inilah bahananya kalau mak bapak tak reti jaga anak. Membiarkan anak-anak terbabit dengan kegiatan tak bermoral, aktiviti liar dan setaraf dengannya. Bila dah terhantuk, baru nak tersedar kot. Itu pun nasib kalau belum terlambat nak tersedar dan sempat nak insaf.

Itu baru parti liar kat tepi pantai yang makcik-makcik, pakcik-pakcik dan mak ayah Mia lihat di depan mata. Banyak lagi benda-benda yang tak bermoral ini berlaku di luar sana. Nasib baiklah Mia, adik-beradik dan cousin-cousin Mia takde yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral ni. Kitorang pun hidup dalam kemodenan tapi nasib baik masing-masing tahu jaga diri dan tidak tergugat dek pengaruh buruk. Masih berpijak di bumi yang nyatalah.

Ada jugak cousin Mia yang menetap di oversea. Tapi mereka masih mengikut adat resam dan budaya orang Melayu. Masih tahu dan sedar hukum-hakam. Tapi ada juga orang yang Mia kenal, belajar kat oversea beberapa tahun jer, bila balik Malaysia, cakap Melayu pun tak reti! Ada yang nak berslanga bagai! Alahai.....

Ada sorang kenalan Mia, dia dilahirkan di London dan dibesarkan di Singapura. Tapi memilih Malaysia untuk menuntut ilmu. Sebuah universiti swasta tempatan jadi pilihan dia. Baru jer 5 bulan di Malaysia, tapi dia sudah mampu menguasai bahasa Melayu dengan agak baik. Malah dia cukup suka berbaju kurung cotton walau pun dalam cuaca panas terik. Dia juga suka makan nasi lemak, teh tarik, roti canai dan sambal belacan. Sekarang ni dia tengah belajar-belajar makan ulam-ulaman dan petai! Masa raya lepas, dia sempat datang ke open house Mia dan cukup suka makan ketupat bersama rendang! Dia cakap, untung betul orang Malaysia sebab kaya dengan adat resam dan budaya pelbagai kaum. Tapi katanya lagi, sayang...ramai rakyat kita yang seakan terlupa budaya sendiri. Malunyaaaa......dalam hati Mia!
 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template