Sunday, September 5, 2010

SAMPAI BILA MINDA DIJAJAH BUDAYA ASING?

Mungkin korang akan cakap, Mia ni terlewat untuk bercerita mengenai merdeka. Tetapi bagi Mia, masih belum terlewat rasanya. Lagi pun baru saja seminggu tanggal 31 Ogos itu berlalu. Walau pun merdeka tahun ini kurang terasa kemeriahannya kerana masing-masing teruja hendak membuat persiapan raya, tetapi sebagai anak Malaysia, Mia tetap meraikannya. Pasang bendera comel di kereta (yang comel juga) dan kibarkan bendera di perkarangan rumah, itu dua perkara yang Mia lakukan pada tanggal tersebut. Pada waktu malam merdeka, Mia sempatlah pusing-pusing di sekitar KL, bukan nak merayap tak tentu pasal tau. Lagi pun Mia bersama keluarga. Lepas solat terawih di masjil AL Syakirin, KLCC, papa Mia ajak ronda-ronda KL. Nak tengok lampu-lampu yang berwarna-warni di sepanjang jalan.

Salah satu lokasi yang kami lalui pastinya Dataran Merdeka. Time tu menunjukkan angka 11 malam. Kawasan tu agak meriah jugaklah walau pun takde sambutan kemerdekaan seperti yang selalu dilakukan. Yelah...nak menghormati bulan Ramadhan yang mulia katakan. Tapi yang menyakitkan pandangan mata Mia dan keluarga ialah melihat ramai golongan muda berpeleseran, tentunya mat rempit yang merajai kawasan itu. ada yang duduk di atas motor secara berpasangan, silap berpelukan pulak tu. Ada yang duduk di tangga berhampiran bendera tertinggi. Jugak berpasangan. Amboooii tak malunya dorang, siap beraksi mesra. Berkepit, berpeluk....masyaallah! Tak malu satu hal. Dorang ni tak reti hormat bulan Ramadhan ke? Mama Mia dah mengomel bila melihat aksi-aksi tersebut. Papa pula sekadar geleng kepala. Sempat jugak dia berkata, mujur jugalah anak-anaknya tidak begitu.

Sebagai seorang remaja, Mia malu jugak dengan telatah golongan segenerasi dengan Mia ni. Nampak sangat minda mereka masih terkongkong. Ada juga yang mindanya dikuasai nafsu. Bila papa Mia memandu ke Bukit Bintang, ternampak pula sekumpulan anak muda yang berpakaian ala punk sedang melepak di depan Maybank Sg Wang Plaza tu. Siap ada botol-botol arak disisi. Paling mengejutkan mereka itu berbangsa Melayu...dah tentu beragama Islam! Memalukan sungguh. Orang yang lalu lalang disitu tidak diendahkan. Mereka seakan tenggelam dengan dunia fantasi sendiri. Apa nak jadik dorang ni!

Mia tertanya sendiri, sejauh manakah kita ini merdeka? Ye...negara sudah lama aman merdeka, terlepas dari taklukan penjajah. Tetapi bangsa kita...masyarakat kita... sudah merdekakah kita semua? Ada yang kata, sudah merdeka berdasarkan kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan di serata tempat. Ya, memang merdeka jika itu perkara yang dikaitkan. Tetapi minda kita? Merdekakah?

Baru-baru ini, Mia berbuka puasa dengan beberapa orang kawan Mia. Salah seorangnya memang ‘New York version’ habis! Barangan buatan Malaysia, dia tak pandang. Semua yang dia miliki import-import belaka. “I kalau shopping, paling busuk pun kat KLCC dan Pavilion saja. I lebih prefer shopping kat Singapore. Tapi selalu jugaklah I shopping kat oversea macam London dan NY. Takut jugak nak beli barang kat sini even bertulis jenama mewah. Entah gred yang paling low class kot!” Aduiii... berdesing telinga mendengarnya. Tahulah dia anak kepada jutawan yang memiliki jet peribadi sendiri. Belajar pun di Ausie, setiap minggu dia boleh balik KL kalau dia hendak! Kawan-kawan Mia yang lain terlopong mendengar. Masa tu kami berbuka di sebuah restoran eksklusif di Pavilion. Jangan haraplah nak berbuka di gerai atau restoran biasa, mesti dia tak nak. Isyy...Mia sempat bisik kat sorang kawan Mia, menyesalnya ajak dia jumpa. Paling memualkan bila dia bertanya kereta apa yang kitorang bawak. Mia cakaplah setakat Myvi saja. Kawan-kawan Mia yang turut serta pun ada yang bawak Proton Persona, Waja dan Gen2. Ada jugaklah sorang dua yang bawak kereta import. Bila dia mendengar jawapan kitorang yang bawak kereta buatan Malaysia ni, dia terus mencebik. Katanya, “Eh, kalau kat luar negara, kereta-kereta local ni jadik teksi jer tau!” Aduuuhhhhh....sekali lagi ‘bernanah’ telinga mendengar. Mia malas nak layan lagik, terus Mia ajak kawan Mia balik. Boleh muntah darah kalau terus mendengar dia mengutuk barangan buatan Malaysia ni. Dah lah asyik merungut Malaysia ni panas. Nak jer Mia sound direct, suruh dia pegi duduk kat kutub utara sana. Entah-entah kat sana kena halau dengan beruang kutub! Loya tauuuuu!!


Nota Kaki : Mia bangga jadik anak Malaysia!

2 comments:

zety said...

kalau lah saya di tempat awak dah lama kene ayat pedas die tu..tak sedar diri..cube tanya kat die lahir kata mana?dah putuh melapak sangat kulit tu,hidung mancung sangat kah dia?atau hidung tak mancung pipi tersorong sorong..

MIA said...

hidung x mancung, pipi tersorong2 jawapannya...ahaks.

Post a Comment

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template