Saturday, September 25, 2010

Hutang berjela...enjoy tetap tak ingat dunia!

Baru-baru ni ada seorang kenalan Mia mengeluh, kad kreditnya sudah over limit. Semuanya kerana kemaruk bershopping tak kira waktu. Bukan sekeping kad kredit yang tersusun di dompetnya. Tapi 3 sekali, berbeza bank pulak tu. Mia pelik jugak macamana dia boleh miliki sejumlah 3 keping kad kredit sedangkan gajinya tak sampai RM3 ribu pun dengan jawatan sebagai eksekutif pentadbiran saja. Tapi katanya, bank yang offer kad kredit ni memang ‘pemurah’, sudahlah boleh meluluskan permohonan tak sampai 24 jam!

Disebabkan dia kemaruk bershopping sana sini, sekarang ni dia menanggung beban melebihi RM20 ribu! Peh! Tercengang Mia dibuatnya. Mia sendiri mengaku memiliki sekeping kad kredit dengan jumlah limit hanya RM6 ribu, tapi serasanya Mia, tak sampai RM500 saja yang Mia pakai, itu pun setiap bulan Mia akan membayarnya sebab menggunakannya hanya untuk mengisi minyak kereta. Mia akui memiliki kad kredit untuk masa-masa kecemasan saja seperti kalau kereta rosak atau terpaksa mendapatkan rawatan di hospital pada ketika wang tunai tiada ditangan. Kalau bab-bab shopping ni, Mia lebih prefer pakai CASH sebab senang Mia nak uruskan keluar-masuk aliran duit Mia.

Tapi kawan Mia ni berbeza, dia mengaku memang ralit berbelanja. Kalau sebulan dia menggunakan RM1 ribu dari kad kreditnya, dia cuma membayar tak lebih dari RM200 sebulan. Lama-kelamaan hutangnya semakin bertambah. Bukan saja terpaksa menanggung ‘interest’ tapi jugak ‘late charges’! Sekarang ni dia siap dapat surat dari mahkamah untuk membicarakan kes yang memungkinkan akan melabelkan dia sebagai muflis. Mia nasihatkan dia agar merujuk kes ini ke AKPK iaitu agensi yang bersedia membantu dari segi nasihat untuk pengurusan hutang.

Ini antara satu cerita hutang yang memberikan tauladan kepada diri Mia sendiri. Mia mengaku jugalah seorang shopaholic, tetapi Mia berbelanja mengikut tahap kemampuan Mia. Nak pergi bercuti pun ikut kemampuan. Apatah lagi kalau nak membeli sesuatu yang mahal. Mia akan timbang tara pro dan kontra. Apa kepentingan dan kegunaan barangan tersebut. Mia tak nak mengikut pepatah, “Biar papa, asal bergaya!” Walawwweiiii it’s not me okay!

Ada satu lagi citer mengenai kawan seopis Mia. Beberapa bulan yang lepas, dia datang berjumpa dengan Mia, katanya hendak meminjam RM150, ada urusan keluarga katanya. Dan dia berjanji akan membayarnya pada minggu berikut. Kalau ikutkan ketika itu memang hujung bulan, dan Mia memang tidak punya wang tunai yang banyak. Tapi kenangkan dia merayu dan berjanji akan memulangkannya kembali dalam tempoh 2-3 hari, Mia pejamkan mata jugalah memberi padanya. Tunggu punya tunggu, ni dah masuk 5 bulan dia berhutang dengan Mia. Tapi Mia diamkan saja, ala RM150 jer kan.... Eh! Taklah sampai nak ‘burn’kan hutang tu, tapi sendiri mau ingatlah!

Suatu hari tu, Mia saja bersembang dengan seorang kakak kat opis Mia, cerita bab hutang ni, rupanya kawan yang berhutang tu pun pernah meminjam duit kakak ni... RM600 beb... dah tu hampir 2 tahun yang lalu tapi sampai la ni tak bayar-bayar! Dari anak si Zue (yang berhutang) masih dalam pantang, sampailah dah boleh berjalan. Dan yang paling menyakitkan hati kakak tu, baru-baru ni dia mendapati si Zue dan keluarganya siap boleh pergi bercuti ke Jakarta-Bandung lagi. Lepas tu baru-baru ni Zue siap tukar handphone lagi tu. Mana la kakak tu tak bengang, lagi pun Zue siap lari-lari tak nak jumpa orang-orang yang dia pernah berhutang termasuk Mia. Dan Mia jugak dapat tahu, rupanya Zue berhutang dengan ramai opismate lain dengan jumlah yang agak besar. Wah..wah...wah.... berhutang sana sini, tapi boleh pergi bercuti, tukar handphone baru... dan bebaru ni Mia nampak Zue mengunjungi satu kedai barang kemas!
Itu cerita pasal Zue. Ni ada satu lagi citer bab hutang. You all percaya tak bab hutang ni boleh menjejaskan ikatan persahabatan? Beb, keluarga pun boleh pecah belah disebabkan duit tau. Ada kawan Mia bercerita, tahun lepas dia ada pinjamkan RM1 ribu pada kawan baiknya. Masa bulan 3 yang lalu, dia mintak baliklah duit tu sebab dia nak menjalani pembedahan, jadi perlukan duit untuk deposit kat hospital. Memacam alasan yang diberikan oleh kawannya itu. akhirnya kawan Mia terpaksa berjumpa dengan family ‘orang’ itu. dan paling memeranjatkan family dia kayooooo wooooo.....rumah agam di Titiwangsa besar gila. Siap ada ferrari. Dengar cerita ada jet peribadi lagi. Tapi mengapa ‘orang’ itu meminjam duit? Entahlah...tak nak menyusahkan keluarga kot. Tapi menyusahkan kawan boleh pulak!

Untuk yang kaki hutang tu, Mia nasihatkan agar cermin-cerminkan lah diri you all. Jangan gali lubang kubur sendiri...kes naya betul. Berpijaklah di bumi yang nyata!

Nota Kaki : Hutang Mia yang paling besar...Cuma hutang kereta dengan bank jer sebab tak mampu tak beli cash!

5 comments:

Anonymous said...

UISHHH,SEKSA BETULLAH.ITULAH KUASA KERTAS YANG BERNOTKAN RINGGIT MALAYSIA.MAMPU MEMBAHAGIAKAN DAN JUGA MAMPU MEMBEBANKAN.SO,KENALAH PANDAI-PANDAI BERJIMAT.

Unknown said...

ni kawan HANTU...mtk2 dijauhkn kawan cm ni.x leh bg muka sgt kt kwan yg suka memjm.nti kita yg merana

fatian athiea said...

biasa la tu..
hidup d dunia hnya sementara..
so, enjoy.hahaa




follow kmu..
harap dapat singgah kembali yup:)

NURUL ASMA MOHAMED AZAHAR said...

follow my blogger kak mia

MIA said...

kan..bila masuk bab duit ni, keluarga pun bleh pecah belah...

Post a Comment

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template