Monday, May 3, 2010

Menyalahgunakan atau mempergunakan?




Awal tahun ni, Mia mula berjinak-jinak dengan gymnasium. Bukan kerana berat badan Mia naik, cuma nak jaga kecergasan saja. Maklumlah usia masih muda nie lah kita perlu menjaga kesihatan dan kecergasan. Barulah masa makin berumur nanti, tak sakit sana sini. Lagi pun Mia kenalah jaga bentuk badan supaya sentiasa slim... Atau dalam erti kata lain.. jaga sahamlah! Kannn....

Dalam seminggu, Mia memperuntukkan masa selama sejam untuk tiga kali sesi seminggu untuk work out. Itu pun kengkadang Mia 'ponteng' jugaklah, lebih-lebih lagi kalau ada perkara penting atau pun terpaksa stay kat opis sebab keja melambak.

Jadi Mia memilih untuk mendaftar dengan sebuah gym yang terletak di sebuah pusat membeli-belah terkenal. Yelah, selepas abis sesi bersenam nie, bolehlah Mia sambung sesi lain iaitu shopping! Hahaha...

Sebenarnya Mia bukan nak berciter pasal sesi work out Mia ni, tapi tentang instruktor kat gym ni. So sweeettttt!!! Bertambah semangat Mia nak work out...yelah boleh cuci mata u all! Ramainya yang hensem...dah lah body mantap. Aduhaiii.....

Dalam ramai instructor kat sini, adalah sorang yang cukup menarik perhatian Mia. Namanya Zack. Dia orang pantai timur. Handsome tau. Dia rajin tolong Mia...eh bukan tolong apa... Tolong ajar teknik yang betul untuk work out dan menggunakan equipment yang ada. Mula-mula tolong jer, pastu dah mulalah kitorang kuar minum lepas work out. Pastu tukar-tukar no phone. Dan surprised! Dalam kurang dari 2 minggu kenal, Zack mula ajak Mia couple... Terkejut Mia dibuatnya. Pantasnya... Tapi Mia tak naklah buat keputusan terburu-buru. Kan baru kenal, takut lah salah langkah nanti, kes naya kan. Jadi Mia minta agar kami kenal each other dulu. Kawan dulu..barulah boleh fikir langkah selanjutnya. Nasib baik Zack bersetuju.

Sejak kenal Zack, memang Mia rasa happy sangat. Yelah...ada orang ambik berat, sayang kat kita, romantik pulak tu. Terbuai rasa juga dibuatnya. Zack memang pandai 'tackle' hati Mia. Boleh dikatakan hari-hari kitorang jumpa...dating!

Hendak dijadikan cerita, baru lebih kurang sebulan Mia mengenali Zack lebih rapat, tiba-tiba saja dia menghilangkan diri. Takde kabar berita, puas Mia bertanya pada kengkawan dia kat gym. Memasing tak tahu. Punyalah cuak Mia dibuatnya... Call dan SMS tak berjawab. Uwaaaa!!! Nak runtuh hati ini dibuatnya. Masuk seminggu dia 'ghaib', tiba-tiba Mia mendapat SMS dari 1 nombor yang tidak dikenali.

"U Mia kan... I nak jumpa u. Urgent. Pasal Zack. Kita jumpa esok kat OU, kol 3pm. Nanti dah sampai sana i call u, bagitau jumpe kat ner....penting! - Atirah"

Mia rasa gelabah sekejap. Sapa Atirah? Apa kena -mengena dia dengan Zack? Untuk mendapatkan kepastian, Mia setuju berjumpa dengan dia.

Tiba hari yang dinantikan, akhirnya Mia bersemuka dengan Atirah. Kami berjumpa di Coffee Bean. Orangnya memang cantik, umur dalam lingkungan awal 30an. Berdebar-debar jugak dibuatnya. Atirah pandang tepat mata Mia, barulah dia bercerita...

"I tau U kawan dengan Zack. Untuk pengetahuan U, Zack tu was my boy. Memang I dah kawen, dah ada anak pun. I don't know how I can fall in love with him? Selama ni tak penah terfikir di hati I untuk curang dengan hubby I. Tapi bila I kenal Zack kat sebuah gym di JB , I jadi lupa pada status. Seminggu saja kami kenal, terus skandal. ..."ucap Atirah.

Mia jadi terkedu. Terkejut. Tergamam. Terbungkam. terkaku. Speechless!

Panjang lebar Atirah berciter. Kisah skandal mereka. Kisah dia menanggung hidup Zack selama 3 bulan sebelum lelaki itu tinggalkan dia selepas hubungan mereka diketahui oleh husband Atirah. Malah husband Atirah juga hantar konco-konconya pukul Zack, sampai lelaki itu masuk hospital! Sejak dari itu, hubungan antara Atirah dan Zack terputus!

"I cari Zack bukan sebab apa... I tak nak dia buat dekat U, camner dia buat kat I. Untuk pengetahuan U, bukan I sorang jadi mangsa dia. Masuk I jer, dah 5 orang perempuan jadi mangsa Zack. Untungnya U, sebab u're single lady! Lagi pun U muda lagi. Tak macam mangsa-mangsanya yang lain...semuanya bini orang dan umur pun lebih tua dari dia! Bayangkan, bukan setakat tergadai wang ringgit, tetapi ada yang tergadai body sekali! I harap hubungan U dengan Zack tak sampai ke tahap itu,"sambung Atirah lagi.

Sekali lagi Mia mengucap panjang. Syukur kerana hubungan Mia dengan Zack tidak sampai ke tahap yang 'ITU'. Memang Mia dah mula sayangkan Zack, tetapi hati ini bagaikan berbelah bagi untuk menerima dia. Mungkin inilah signal... supaya Mia tak cepat tenggelam dengan pujuk rayu Zack. Dan nasib baik jugaklah Zack belum sempat kikis duit Mia!

Perkara ini dah hampir 2 bulan berlalu. Sampai sekarang Mia tak pernah berjumpa dengan Zack. Seminggu yang lepas, tiba-tiba Mia dapat mesej dari Zack melalui FB. Zack nak jumpa Mia. Tapi Mia tak reply pun mesej dia. Semalam dia SMS Mia, tapi sekali lagi Mia ignore saja. Mia jadi menyampah pulak dengan dia.

Mengapa dia harus menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya, untuk mengambil kesempatan sebegini? Dia hensem, baik tutur kata. Tapi...isyyy...seriau Mia dibuatnya. Hari ni saja, rasanya dah lebih dari 10 kali dia call Mia. Tapi biarkan saja...semua missed call! Mia tak sanggup nak jawab. Dia SMS lagi, tanya mengapa Mia tak jawab. Mia dah sombong. Dah lupakan dia. Biar lah dia tuduh Mia apa-apa pun.

Ada kawan-kawan Mia nasihatkan Mia supaya jawab panggilan dia. Dengar apa yang dia ingin sampaikan. Tapi ada juga kawan-kawan Mia yang melarang Mia dari berhubung dengan Zack. Bimbang lelaki itu cuba menagih simpati Mia pulak. Dorang cakap toksah nak 'serah diri' dengan lelaki sebegitu. Macam gali lubang kubur sendiri pulak!

Mia tak tau nak cakap apa lagi. Walau pun dalam hati, namanya masih terpahat, tetapi akan Mia cuba kikis perlahan-lahan. Untuk melupakan dirinya, Mia akan ingat apa yang telah dilakukan terhadap perempuan-perempuan yang jadik mangsa dia termasuk Atirah. Memang Zack tak sempat nak jadikkan Mia mangsanya (itu pun kalau memang dia berniat begitu). Dan untuk itu, Mia kenalah kebalkan hati...jangan mudah terpedaya!

Mia harap u all pun jangan mudah terpedaya dan percaya dengan perkara seumpama ini. Jangan membiarkan diri u all mangsa keadaan. Berhati-hatilah dalam setiap langkah dan pergaulan. Kadangkala wajah yang sempurna itu tidak mencerminkan isi hati & sikapnya. Itu juga pesanan buat diri Mia sendiri...







Nota Kaki : Masih mencari Prince Charming....


1 comments:

Tuah said...

Assalamualaikum...,,
nice history.. apepun kiter kna blajar dri ksilapan... mungkin zack dh brubah.. tp mcm mner pun awk spatutnyer dgr pnjelasan dier.. bkn nk sokong sikap si zack.. cuma biarla kiter dgr pnjelasan kdua2 blah pihak.. bru la adil nmenyer..
hopefully sye ucap tahniah sbb story2 awk cukup membuka hati saya utk brfikir dgn lebih positif tentang khidupan..
sya dh jarang nk baca page blakang2 yg ader kat dlm majalah remaja.. tup2.. sye trselak stu page yg brwarna merah jambu.. sye bca punye baca..
rupenyer lady mia yg tulis.. jd sye pun nk tahu lebih lanjut cerita kluarannyer pada june tahun nie.. jd sye pun bukak blog dier.. alhamdulillah sye dpat juga brtemu ngan blog nyer.. ape pun sya cukup brbesar hati dapat jumpe awk punyer blog..^_^

Post a Comment

 
Copyright L.A.D.Y M.I.A 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template